Perumahan
3 Sebab Anda Boleh Dapatkan Rumah Pertama Anda Dengan Mudah – Rumah Sedia Didiami IJM Land
Adakah anda ingin memiliki rumah sendiri? Sudah tentu! Ia merupakan salah satu matlamat yang penting untuk mempunyai tempat tinggal sendiri. Kini dengan kempen IJM Land First Home Made Easy, impian anda dapat direalisasikan dengan begitu mudah sahaja!
Rumah Pertama Anda Lebih Mudah Dimiliki Dengan Pelbagai Insentif IJM Land
IJM Land Berhad adalah pemaju hartanah yang terunggul di rantau Malaysia sejak 1989 dan mempunyai perbandaran yang pesat di negeri seperti Selangor, Johor, Penang, Sabah dan banyak lagi. IJM Land juga mempunyai pembangunan hartanah bertaraf global yang terletak di United Kingdom.
Kini anda boleh memiliki rumah IJM Land pertama anda dengan mudah melalui promosi First Home Made Easy. Inilah sebabnya:
1. Mudah Dimiliki
Projek-projek yang tersenarai ini hanya memerlukan deposit yang rendah (yuran tempahan minimum). Kempen ini juga menawarkan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM1,226!
2. Sedia Untuk Didiami
Sudah tertarik dengan mana-mana perbandaran di IJM Land? Jika ya, ada berita lebih baik iaitu kesemua projek tersenarai telah pun siap dibina dan hanya menunggu untuk dipindah masuk sahaja.
3. Mampu Milik
Dengan promosi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021 yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021, anda boleh menikmati pelbagai insentif seperti 10% diskaun atas harga pembelian hartanah, pengecualian duti setem atas Memorandum Pemindahan (MOT) dan pengecualian duti setem atas Instrumen Perjanjian Pinjaman.
*Hartanah terpilih saja.Tertakluk pada Terma & Syarat.
4 Projek Popular Yang Anda Boleh Miliki:
1. Centra Residences, Desa Palma, Johor Bahru
Centra Residences merupakan sebuah pangsapuri servis pegangan kekal yang mempunyai lokasi strategik di Desa Palma, Johor Bahru. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan jaraknya hanya 15km dari bandar Johor Bahru dan Kompleks CIQ Sultan Iskandar yang dapat memudahkan perjalanan harian.
2. Suria 1 @ Sebana Cove, Pengerang, Johor
Suria 1 yang terletak di Pengerang, Johor adalah sebuah kawasan perumahan dalam perbandaran resort Sebana Cove. Ia merupakan sebuah rumah teres yang mempunyai reka bentuk yang luas serta dikelilingi dengan pelbagai kemudahan awam seperti gelanggang bola keranjang, gim terbuka dan banyak lagi.
3. Kalista 2, Seremban 2, Negeri Sembilan
Projek ketiga di bawah kempen ini adalah Kalista 2 di Negeri Sembilan. Kalista 2 adalah pangsapuri eksekutif pegangan kekal yang berkeluasan 1,182 kaki persegi dan terletak dalam sebuah perbandaran yang telah memenangi pelbagai anugerah. Di sini, terdapat kemudahan komprehensif dan kemudahan bertaraf dunia seperti Rooftop Sky Garden, gim, dewan serbaguna, stesen BBQ dan banyak lagi untuk mengisi masa lapang anda.
4. Riverine Diamond, Kuching, Sarawak
Projek yang keempat dikenali sebagai Riverine Diamond terletak di Kuching, Sarawak. Riverine Diamond merupakan kediaman tertinggi di pusat bandar Kuching yang menawarkan permandangan sungai Sarawak atau pusat bandar yang tiada tandingan. Setiap unit dilengkapi dengan perabot lengkap dan barangan berjenama seperti penghawa dingin, alat pemanas air dan banyak lagi.
Ayuh Daftar Sekarang Sebelum Disember 2021 Untuk Menikmati Insentif-Insentif Ternyata!
Tunggu apa lagi? Hubungi IJM Land hari ini jugak untuk memiliki rumah pertama anda dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut, klik disini.
—
Baca Juga: Wanita M’sia Ini Berkongsi Penggunaan Herba Dalam Masakan Hariannya