Merdeka

Bau Wangi Level International! Ini Produk #SapotLokal Yang Wajib Korang Tahu!

Merdeka, Merdeka! Bergema laungan, terbangkit rasa semangat patriotik waktu sambutan Hari Merdeka yang ke-67. Rasa bersemangat jugak nak kongsi dengan korang produk #SapotLokal yang wajib korang tahu!

Dengan menyokong produk #SapotLokal, korang bukan sahaja mendapatkan kualiti yang setanding jenama antarabangsa, tetapi juga menyumbang kepada ekonomi negara tau! 

Summerie: Produk Lokal Bau Wangi & Diperbuat dari Bahan Semulajadi 

Haaa, sebenarnya Summerie merupakan jenama dari Malaysia yang menggunakan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi. Korang mesti pernah nampak kat Guardian, betul tak?

Summerie bangga mempersembahkan produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Summerie memang fokus kepada keberkesanan dan keselamatan, jadi setiap produk dihasilkan dengan teliti menggunakan bahan semula jadi yang terbaik untuk korang.

Untuk pengetahuan korang, produk Summerie mengandungi bahan utama iaitu Minyak Biji Bunga Matahari yang diperkaya dengan khasiat baik untuk kulit dan rambut. Rangkaian produk Summerie merangkumi shower cream, syampu, deodoran, dan pencuci kebersihan feminin, sesuai untuk gadis-gadis di Malaysia.

Paling best, kesemua produk Summerie bebas dari bahan-bahan berasaskan haiwan dan tiada Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES), paraben, alkohol, minyak mineral, atau pewarna sintetik. Bahan yang digunakan adalah lebih daripada 91% bahan semula jadi. Memang sesuai sangat untuk korang yang ada kulit sensitif atau rambut yang perlukan Tender Loving Care (TLC). Yang penting juga, semua produk Summerie adalah dijamin Halal oleh Jakim.

Summerie SapotLokal

Tahu tak korang, ada banyak kebaikan memakai produk berasaskan bahan semula jadi tau. Bahan semula jadi seperti ekstrak buah-buahan misalnya ekstrak cranberry & madu yang terdapat pada produk Summerie dapat membantu memberikan khasiat tambahan pada kulit serta manfaat jangka panjang.

Untuk korang yang mempunyai kulit sensitif atau alahan pada bahan tertentu, cuba beralih kepada produk semula jadi seperti Summerie. Mulakan dengan sabun badan dan kemudiannya ke rangkaian lain pula. Produk semula jadi boleh membantu mengurangkan risiko iritasi dan memberikan penjagaan yang lebih lembut untuk kulit dan rambut korang.

Jom #SapotLokal & Raikan Hari Kemerdekaan Bersama Summerie x Bunga dan Bintang

Summerie SapotLokal

Sempena Hari Kemerdekaan ini, jom join peraduan #SapotLokal bersama Summerie X Bunga & Bintang, seorang ilustrator seni local yang terkenal. Dengan setiap pembelian produk Summerie RM 20 ke atas di Guardian, korang berpeluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif yang menampilkan karya seni Bunga & Bintang dalam kolabrasi bersama Summerie

Ini adalah peluang yang korang untuk menyokong #SapotLokal sambil merayakan kemerdekaan. Jangan lepaskan peluang ini!! Jom #SapotLokal dan rasai perbezaan dengan produk semula jadi Summerie #SummerieNaturallyStrong!

Pautan: Website | Facebook | Instagram

Baca Juga: Birthday 7DAYS Ke-7 Dengan Perisa Double Cream BAHARU, Roadshow & Banyak Lagi!

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close