Food

Texas Chicken Melancarkan Promosi Bersempena Hari Malaysia Dengan 2 Ketul Ayam Goreng + 1 Minuman Ringan dengan Harga RM7.99 Sahaja

Texas Chicken Melancarkan Promosi Bersempena Hari Malaysia Dengan 2 Ketul Ayam Goreng + 1 Minuman Ringan dengan Harga RM7.99 Sahaja

Kita telah memasuki bulan September, ini bermakna Hari Malaysia sudah hampir tiba. Kepada semua peminat Texas Chicken, kami ada berita gembira! Restoran ini akan mengadakan promosi satu hari sahaja sempena Hari Malaysia. Tandakan kalendar anda dan terus baca info dibawah untuk tawaran yang hebat!

Nikmati Promosi 2 ketul Ayam + 1 Minuman Ringan (saiz sederhana) Dari Texas Chicken Dengan Harga RM7.99 sahaja

Betul apa yang anda dengar, promosi Texas Chicken akan diteruskan dengan tawaran 2 ketul ayam goreng + 1 minuman ringan bersaiz sederhana. Tawaran yang berharga RM7.99 ini hanya boleh didapati pada 16 September 2021, iaitu pada Hari Malaysia ini!

Begini caranya, untuk mendapatkan tawaran ini. Anda boleh kunjungi restoran Texas Chicken yang terdekat, atau beli baucar promo dari Shopee pada 16 September 2021. Urus niaga ini hanya untuk satu hari sahaja, jadi dapatkan baucar ni cepat sebelum habis.

Link: https://tinyurl.com/TCMYMalaysiaDay (hanya boleh diakses pada 16 September, melalui telefon bimbit)

Baucar promo dari Shopee boleh ditebus dari 18 September – 1 Oktober 2021 di mana-mana cawangan Texas Chicken di Malaysia (kecuali Genting Highlands & Gateway @ KLIA2) secara pembelian dine-in (hanya di restoran yang terpilih), bawa pulang atau pandu lalu.

Mungkin ramai yang tertanya adakah anda boleh membeli lebih dari satu baucar. Jawapannya adalah ya! Setiap pengguna boleh membeli maksimum 4 baucar di Shopee, tapi jangan lupa tinggalkan untuk orang lain juga ya? Kalau anda mengunjungi cawangan Texas Chicken pada 16 September 2021 pula, tiada had untuk jumlah set yang boleh dibeli. Ingat tawaran ini hanya untuk ayam berperisa Original atau Spicier Spicy sahaja.

Foodies ingat ya, promosi ni cuma satu hari je tau! Jadi jangan lupa tandakan tarikh ini dan dapatkan set sangat berbaloi ini di cawangan restoran Texas Chicken terdekat, ataupun beli baucar Texas Chicken ini secepat mungkin di Shopee. Kuantiti sangat terhad, jangan ketinggalan!

Beli baucar di sini: https://tinyurl.com/TCMYMalaysiaDay (hanya boleh diakses pada 16 September, melalui telefon bimbit)

Link: Facebook | Website

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close