IPT
UPU 2021: Cara Pembelian Nombor Pin ID Unik (Di ATM, Kaunter & SMS)
Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM, dan setaraf. Pemohon yang berminat dikehendaki membuat pembelian nombor pin ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN), mesin ATM, atau kemudahan SMS. Di bawah ini diterangkan lebih lanjut cara membuat pembelian melalui ketiga-tiga cara tersebut:
Tarikh Dan Harga No Pin UPU BSN
Tarikh pembelian no pin BSN ini bermula pada Februari 2021 untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf. Harga nombor pin BSN adalah bergantung kepada jenis program. Untuk makluman, harga no pin upu BSN ialah RM15.60. Jika anda membeli no pin untuk tujuan lain seperti pinjaman PTPTN, sila rujuk senarai harga no pin BSN seperti berikut:
*Lihat senarai Pembelian Pin BSN di sini.
1. Pembelian Tunai Di Kaunter BSN
Salah satu cara beli no pin upu BSN ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Melalui ini, kita tak perlu ada akaun bank BSN. Hanya perlu ada Kad Pengenalan. Kemudian, kena isi borang pembelian tunai seperti sampel di bawah.
*Lihat sampel Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap di sini.
2. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui ATM
Kalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID UPU ini melalui ATM saja. Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.
Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:
- Masukkan kad BSN.
- Pilih Beli Nombor ID (Pin).
- Pilih Program Kursus.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
- Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.
3. Cara Beli No Unik ID BSN Melalui SMS
Pengguna yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.
Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM. Untuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:
- Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
- Masukkan No. Pin dan pilih Urusan Lain
- Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
- Masukkan No. Telefon Bimbit
- Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
- SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
- Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
- Kemudian, SMS ke 36898 dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
- contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
- *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
Maklumat Lanjut
- Hubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 1300 88 1900
- Layari https://www.bsn.com.my/
–
Artikel Berkaitan: