Berita

Cara-Cara Untuk Elak Daripada Dicas RM100 Apabila ‘Check-In’ Di AirAsia

Sebelum ini, kita dimaklumkan bahawa AirAsia akan mengenakan cas sebanyak RM 20 untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa sekiranya urusan ‘check-in’ dilakukan di kaunter. Kini kadar cas tersebut dinaikkan lagi kepada  RM100.

Cas RM100 Akan Dikenakan Kepada Penumpang Yang Melakukan Urusan ‘Check-In’ Di Kaunter

Melalui kemas kini terbaharu laman sesawang AirAsia pada 22 Februari 2022 yang lalu, syarikat penerbangan tersebut akan mengenakan cas RM100 untuk setiap urusan daftar masuk atau ‘check-in’ yang dibuat di kaunter. Cas ini merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa untuk 8 negara. Syarat baharu ini akan mula berkuatkuasa bermula 1 Mac 2022 (Selasa).

Antara negara-negara yang akan turut dikenakan cas ini adalah Malaysia, Vietnam, Brunei, Laos, Taipei, Kaohsiung, Honolulu Hawaii, dan India. Berikut adalah jadual kadar cas yang akan dikenakan bagi setiap negara yang tersenarai:

Cas Tinggi Sebagai Langkah Mengalakkan Penumpang Mengunakan Medium ‘Check-In’ Digital

Turut disertakan didalam laman sesawang tersebut, pihak AirAsia menerangkan bahawa terdapat 3 saluran ‘check-in’ yang boleh digunakan secara percuma iaitu:

  • Laman Sesawang Air Asia

  • Aplikasi Mudah Alih – airasia Super App: Fly & Ride. Boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play.

  • Kiosk di lapangan terbang

Langkah ini juga dilihat penting supaya dapat membentuk perjalanan melalui udara tanpa sentuhan. Tambahnya lagi, mereka amat menitik beratkan amalan tanpa sentuhan di kala pandemik COVID-19 bagi mengurangkan sentuhan fizikal antara tetamu dan staf.

Cas ini boleh dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit di kaunter lapangan terbang. Anda boleh membayar menggunakan akaun kredit AirAsia namun perlu menempah sesi ‘check-in’ di kaunter dalam talian.

Apakah situasi atau individu yang dapat pengecualian daripada membayar cas ini?

  • Tetamu kelainan upaya
  • Tetamu bersama bayi di bawah usia 24 bulan
  • Tetamu remaja yang terbang bersendirian (12 hingga 16 tahun)
  • Penerbangan staf (sediakan ID90/ID90X)
  • Tetamu yang terjejas akibat perubahan jadual dan pembatalan penerbangan
  • Ketiadaan kiosk lapangan terbang atau kesemua servis digital tergendala
  • Tetamu yang tidak dapat melengkapkan proses check-in kerana sistem tergendala
  • Tetamu yang membeli naiktaraf tempat duduk atau servis tambahan berbayar di kaunter check-in
  • Ahli AirAsia Platinum dan AirAsia Black
  • Tetamu Premium Flex (kecuali AirAsia India) dan tetamu Flatbed
  • Tetamu Corporate Full Flex (GCP) dan tetamu Corporate Lite (GCPL)(kecuali AirAsia India)
  • Tetamu Red Carpet
  • Tetamu Red Pass (AirAsia India sahaja)
  • Tetamu menggunakan waran perjalanan dan tempahan kerajaan
  • Marsyal udara yang sedang dalam tugas
  • Tetamu yang sudah melakukan check-in dalam talian, namun terpaksa mencetak pas masuk di kaunter
  • Warga emas berusia 70 tahun dan ke atas

Daripada itu, pastikan anda sampaikan maklumat ini dan bantu mereka yang jarang menggunakan AirAsia untuk ‘Check-In’ secara digital. Lebih-lebih lagi kepada warga yang lebih berumur dan kurang terdedah dengan sistem baru ini.

Baca Juga: Bimbang Akan Kesihatan Ibunya, Anak Mohon Beri Sokongan Melalui Kedai Makan Mereka

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close