Food

10 ‘Secret Menu’ Daripada Starbucks Yang Anda Boleh Cuba Sendiri

Apa yang membuatkan Starbucks begitu popular adalah kerana kita boleh ‘reka’ sendiri minuman kita. Sebab tulah secara tak langsung terciptanya menu-menu rahsia ini. Setelah dicuba oleh pelbagai orang, kami kongsikan 10 ‘Secret Menu’ dari Starbucks yang anda boleh cuba sendiri. Lagi-lagi bila bosan, atau teringin nak hadiahkan diri sendiri dengan minuman yang eksklusif.

10 ‘Secret Menu’ Starbucks

1. Upgraded Java Chip Frappuccino

Gambar: @FoodieMY
  • Pesan 1 Java Chip Frappuccino
  • Sirap Hazelnut
  • Dark Mocha
  • Baked Almonds sebagai hiasan

2. Butterbeer Frappucino

Peminat Harry Potter mesti pernah dengar tentang Butterbeer. Tak, jangan risau, diorang tak letak bir pun dalam menu ni. Tapi yang penting minuman ni sedap sangat! Lemak berkrim macam tu.

Gambar: @starbuckssecretmenu.net
  • Pesan 1 Creme Frappucino dengan whole milk
  • Sirap Toffee Nut (4 pam untuk venti, 3 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
  • Sirap Caramel (4 pam untuk venti, 3 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
  • Tambah Whipped Cream (kalau nak)
  • Caramel drizzle

3. Ferrero Rocher Frappucino

Kalau anda tergolong dikalangan orang yang suka gabungan coklat dan hazelnut, anda boleh cuba menu rahsia ni. Lagi best kalau anda bawa siap-siap coklat Ferrero Rocher supaya boleh hiaskan di atasnya setelah siap.

Gambar: @totallythebomb
  • Pesan 1 Double Chocolate Chip Frappucino (Kalau anda nak kafien pilih Java Chip)
  • Sirap Hazenut (2 pam untuk venti, 1.5 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
  • Sirap Mocha (3 pam untuk venti, 2.5 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
  • Hazelnut drizzel sebagai hiasan (Tak semua cawangan ada jadi tak bubuh pun boleh)
  • Masukkan apa-apa snek coklat yang anda ada.
  • Boleh tambah whipped cream mengikut citarasa masing-masing.

4. Chocolate Chip Cookie Dough Frappucino

Bukan nak katalah, tapi kadang-kadang doh mentah pun sedap. Kalau ada yang suka makan doh biskut bolehlah cuba menu ni. Rasanya memang sama!

Gambar: @StarbucksRecipes
  • Pesan 1 Chai Creme Frappuccino
  • Dibancuh dengan susu soya
  • Kisar dengan whipped cream dan Java Chips
  • Cinnamon Dolce syrup (3 pam untuk venti, 2.5 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
  • Hias dengan Chocolate Whipped Cream dan Mocha Drizzle

5. Toffee Nut Frappe

Toffee Nut Frappe ini lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas. Tetapi alang-alang nak cuba tu, apa salahnya kita tambah baik sedikit menunya kan?

Gambar: @Burpple
  • Pesan 1 Toffee Nut (Lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas)
  • Frappuccino chips
  • Chocolate Drizzle
  • Caramel Drizzle
  • Tambah 1 skop aiskrim

6. Caramel Almond Macchiato

Menu rahsia ini tidaklah susah seperti yang lain. Tetapi kadang-kadang, perubahan yang sedikit pun boleh mengubah segalanya!

Gambar: @themacrobarista
  • Pesan 1 Caramel Macchiato
  • Pilih susu Almond
  • Caramel Drizzle sekeliling cawan

7. Red Velvet Frapp

Jarang sekali ya nak cari minuman yang betul-betul dikisar dengan kek. Peminat tegar kek berperisa Red Velvet perlu cuba menu rahsia ni. Satu dalam sejuta!

Gambar: @ketotbae (Twitter)
  • Pesan 1 Cream Frap
  • Tambah sepotong kek red velvet (kisar separuh)
  • Whipped Cream
  • Taburkan lagi separuh kek ke atas Whipped Cream sebagai hiasan.

8. Snickers Frapp

Snek Snickers memang terkenal dengan inti karamelnya yang liat dan likat. Sekiranya anda nak rasa minuman yang kaya dengan rasa karamel, anda kena cuba menu rahsia ni.

Gambar: @Pinterest
  • Pesan 1 Java Chip Frapp
  • Sirap Toffee nut / sirap Peppermint (3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
  • Hazelnut Drizzle di sekeliling cawan
  • Whipped Cream
  • Mocha Drizzle

9. Nutella Frappucino

Siapa je yang tak suka Nuttela? Tapi pernah tak anda tertanya-tanya macam mana rasanya kalau dijadikan minuman? Dengan gabungan rasa kacang dan coklat yang harmoni, anda mesti nak lagi!

Gambar: @totallythebomb
  • Coffee Frappuccino
  • Hazelnut syrup (1.5 pam untuk venti, 1 pam untuk grande, 1/2 pam untuk tall)
  • Mocha syrup (3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
  • Kisar sekali dengan Whipped Cream
  • Hias dengan Whipped Cream dan sirap Caramel kalau nak.

10. Green Tea Frapp Chips

Teh hijau pernah menjadi satu kegilaan di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Tapi memang tak dinafikan, rasanya sangat unik dan enak. Lebih-lebih lagi bila ditambah perisa pudina. Cubalah sendiri1

Gambar: @huffpost
  • Pesan 1 Green Tea Frap
  • Susu rendah lemak
  • Sirap Caramel / lebih digalakkan sirap Peppermint (3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
  • Whipped Cream
  • Chocolate Drizzle
  • Tambah Mocha Chips.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close