Promotion

10 Restoran Yang Menawarkan Promosi Untuk Anda Yang Telah Divaksin

Sejak beberapa bulan yang lepas, banyak kedai makanan dan minuman telah mengambil initiatif untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin COVID-19. Walaupun ada juga beberapa promosi yang mempunyai had waktu dan sudah pun tamat, ada juga beberapa yang masih aktif dalam menawarkan promosi bagi mereka yang telah divaksin. Jom kita lihat 9 kedai lokal yang menawarkan promosi vaksin di Malaysia.

10 Restoran Untuk Anda Dapatkan Makanan & Minuman PERCUMA Serta Promosi Berbaloi Selepas Vaksin:

1. Domino’s Pizza

Gambar: Domino’s Pizza (Facebook)

Tawaran yang paling digemari ramai semestinya Domino’s Pizza! Sesiapa yang telah vaksin boleh dapat bukan satu, tapi DUA pizza bersaiz regular dengan harga RM19 sahaja! Lebih-lebih lagi, promosi ini bermula dari 16th Julai 2021 jadi jika anda telah vaksin, pergi ke restoran Domino’s Pizza berdekatan dan tunjukan bukti status atau sijil vaksinasi anda kepada pekerja Domino’s dan dapatkan pizza-pizza anda.

Promosi: RM19 untuk dua (2) pizza bersaiz regular.

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tempoh: Bermula 16 Julai 2021 sehingga diberitahu kelak.

Pautan: Facebook | Instagram

2. LlaoLlao

Promosi Vaksin
Gambar: Llao Llao Malaysia (Facebook)

Bila terakhir anda makan manisan yoghurt kegemaran ramai ini? Bayangkan keasidan youghurt yang disaluti dengan sos karamel dan dipadankan dengan bijiran dan buah-buahan kegemaran. Terliur berfikir! Jadi, jika anda telah divaksinasi, ambillah peluang ini untuk dapatkan 15% diskaun dari bil anda dengan hanya menunjukkan pengesahan yang anda telah divaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Promosi: 15% diskaun dari bil anda.

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tempoh: 26 Mei 2021 – 31 Ogos 2021

Pautan: Facebook | Instagram

3. Burger Lab

Promosi Vaksin
Gambar: myBurgerLab (Facebook)

Siapa yang gemar pergi ke SS15 hanya untuk makan Burger Lab? Kami sangatlah faham! Bagaimana kalau burger kegemaran anda ini menawarkan baucar RM10 untuk semua yang telah mendapat vaksin COVID-19? Ya!  Anda cuma perlu muat turun aplikasi myBurgerLab+ dan daftar diri anda dengan menekan butang “I’m Vaccinated!”. Kemudian, anda hanya perlu ikut langkah-langkah seterusnya yang dipaparkan pada applikasi tersebut untuk mendapatkan baucar anda.

Promosi: Baucar RM10.

Cara: Muat turun aplikasi myBurgerLab+ & daftar dengan menekan butang “I’m Vaccinated!”.

Tarikh: Sah mulai sekarang sehingga diberitahu kelak.

Pautan: Facebook | Instagram

4. Churrito’s Fresh Mex

Promosi Vaksin
Gambar: Churitto’s Fresh Mex (Facebook)

Siapa di sini peminat makanan Mexico? Kami ada restoran yang tepat buat anda. Burrito, nacho, taco? Semuanya boleh anda dapat di restoran Tex-Mex ini! Lebih-lebih lagi, Churrito’s sedang menawarkan Virgin Mojito dan Soft Taco secara PERCUMA untuk semua yang telah divaksin! Rujuk di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

Promosi: PERCUMA satu (1) Virgin Mojito & satu (1) Soft Taco.

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tempoh: Sah mulai sekarang sehingga diberitahu kelak.

Pautan: Facebook | Instagram

5. Bo The Avacado

Promosi Vaksin
Gambar: Bo The Avocado (Facebook)

Mulakan hari anda dengan minuman avocado yang bukan saja sedap tapi juga sihat! Bo The Avocado juga menawarkan satu (1) Avocado Smoothie PERCUMA bagi semua yang telah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 (untuk dibawa pulang / walk-in saja). Anda hanya perlu menghantar sijil atau status vaksinasi & juga e-email anda melalui DM Instagram Bo The Avocado, kongsi post dibawah di InstaStory anda (teg @bo.the.avocado & #lindungidirilindungisemua) dan pihak mereka akan menghantar e-baucar kepada anda melalui e-mail.

Promosi: PERCUMA Satu (1) Avocado Smoothie.

Cara: Hantarkan status vaksinasi dan e-mail anda ke Instagram Bo The Avocado melalui ‘DM’.

Tarikh: 24th May 2021 – 30th September 2021.

Pautan: Facebook | Instagram

6. Peekabo Cafe

Promosi Vaksin
Gambar: Peekabo Cafe (Facebook)

Peminat Totoro akan tahu cafe di Bukit Jalil yang bertemakan animasi ini. Bukan itu saja, kek keju atau burnt cheesecake mereka juga menjadi sebab kunjungan ramai! Ha, anda tahu tak anda boleh dapatkan sepotong cheesecake secara PERCUMA jika anda telah divaksin? Rujuk di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Promosi: PERCUMA satu (1) potong burnt cheesecake.

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tarikh: Selagi stok masih ada.

PautanFacebook | Instagram

7. Soyya

Promosi Vaksin
Gambar: Soyya (Facebook)

Hilangkan dahaga dengan segelas minuman susu soya tulen. Semestinya akan memberi khasiat kepada tubuh badan anda selepas divaksin. Oh, Soyya juga sedang menawarkan 1 minuman Soyya (untuk dibawa pulang) bagi semua yang telah menerima suntikan vaksin. Tapi, tawaran ini hanya sah selama 10 hari selepas tarikh vaksinasi anda, jadi jangan terlepas peluang ini!

Promosi: PERCUMA satu (1) minuman Soyya.

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tarikh: Sah selama sepuluh (10) hari selepas tarikh vaksinasi anda.

PautanFacebook | Instagram

8. Bean Jr.

Gambar: Bean Jr. (Facebook)

Kalau dah minat susu soya, mesti minat Tau Fu Fah kan? Mulai 1 Jun 2021, Bean Jr menawarkan satu Tau Fu Fah PERCUMA bagi semua yang telah divaksin. Seperti biasa, anda hanya perlu tunjukkan bukti vaksinasi dan anda boleh bawa pulang mana-mana manisan Tau Fu Fah kegemaran anda!

Promosi: PERCUMA Satu (1) Tau Fu Fah.

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tarikh: Mulai 1 Jun 2021.

PautanFacebook | Instagram

9. Vanilla Crepe

Gambar: Vanilla Crepe (Facbook)

Anda dengar tak? Vanilla Crepe sedang menawarkan sepotong kek PERCUMA bagi setiap pembelian kek kedua. Tunjukkan sijil vaksinasi anda dan anda boleh membawa pulang dua kek dengan berharga untuk satu sahaja! Ya, promosi ini hanyalah untuk semua yang mempunyai Sijil Digital Vaksinasi. Tapi, jangan risau kerana promosi ini tiada had waktu (sehingga diberitahu kelak) jadi, anda boleh dapatkan kek PERCUMA itu pada bila-bila masa.

Promosi: PERCUMA satu (1) potong kek untuk pembelian kedua.

Cara: Tunjukkan sijil vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tarikh: Sah mulai sekarang sehingga diberitahu kelak.

Pautan: Facebook | Instagram

10. JUICY

Gambar: JUICY Malaysia (Facebook)

Peminat-peminat K-Pop atau K-Drama mesti tahu tentang kewujudan JUICY kan? Kalau anda nak tahu, JUICY adalah jenama jus No. 1 di Korea dan kini telah membuka beberapa cawangan di Malaysia. Jadi, segarkan diri anda dengan jus yang segar dan enak dari JUICY kerana mereka sedang mengadakan promosi – 50% DISKAUN bagi minuman kedua bagi semua yang telah divaksinasi. Tapi, jika sedang menunggu giliran, anda boleh dapatkan satu topping PERCUMA dari JUICY!

Promosi: 50% DISKAUN bagi pembelian minuman kedua | Satu (1) topping PERCUMA (telah berdaftar & menunggu giliran)

Cara: Tunjukkan status vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tarikh: Sah sehingga diberitahu kelak.

Pautan: Facebook | Instagram

#LindungiDiriLindungiSemua

Bagi sesiapa yang telah divaksin atau sedang menunggu giliran bolehlah dapatkan makanan dan minuman PERCUMA serta promosi yang amat berbaloi. Anda hanya perlu menunjukkan bukti status atau sijil vaksinasi anda kepada pekerja restoran yang disenaraikan diatas dan dapatkan hadiah anda! Jangan lupa patuhi SOP dan kekal selamat. Itu saja, bye!

Artikel Lain:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Sekarang, Episod Baru Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close