Plan nak bercuti ke Melaka? Tak tahu nak cari makanan sedap kat mana? Harini kami akan senaraikan 20 makanan yang viral dan sedap kat Melaka. Make sure korang pergi tau kalau taknak rugi sebab semua makanan kat sini confirm sedap giler!
20 Makanan Viral Melaka 2019
Sementara nak tunggu traffic light hijau tu, apa kata korang baca dulu tempat best untuk makan and confirm korang puas hati. Kami list 20 makanan so confirm cukup untuk masuk bucket list korang sepanjang percutian ke Melaka.
1. Asam Pedas Claypot
Melaka memang famous dengan Asam Pedas, bagi yang first time datang ke Melaka, tak sah kalau tak cuba Asam Pedas. Asam Pedas ni kira macam makanan wajib la kalau datang Melaka. So kalau nak cuba Asam Pedas yang sedap dan padu kat Melaka ni, korang bolehlah try kat Asam Pedas Claypot Kota Laksamana ni. Asam Pedas kat sini dihidangkan dalam Claypot dan kalau korang dah bosan nak makan ikan, korang boleh cuba asam pedas tetel.
Tetel? Apa tu? Kalau nak tau, tetel ni ialah bahagian daging yang lembut dan dicampurkan urat serta lemak. Tak rugi kalau korang cuba sebab memang sedap giler! Asam pedas kat Melaka ni biasanya datang dalam set yang ada asam pedas pilihan korang, nasi putih bersama ulam dan sambal belacan.
Alamat: Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana, 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca
Waktu Operasi: 6 pm-4 am, 6 pm-8.15 am (Sabtu)
2. Coconut Shake
Tengah jalan panas-panas, dapat minum ais mesti nyaman je tekak tu kan. Selain asam pedas, coconut shake juga merupakan signature dish di Melaka. Walaupun coconut shake ni kat mana-mana negeri pun boleh dapat, tapi kalau datang Melaka wajib juga minum yang kat sini punya coconut shake. Ada dua coconut shake yang famous kat Melaka ni iaitu Coconut Shake Original Klebang dan Coconut Shake Batu Berendam. Selain coconut shake, kedua-dua kedai ini juga jual makanan lain seperti keropok lekor, aneka kuih-muih dan lain-lain.
Alamat 1: Klebang Original Coconut Shake, 5, 75200 Klebang, Melaka
Waktu Operasi: 11 am-6.30 pm, 2.30 pm-6.30 pm (Jumaat)
Alamat 2: Coconut Shake Melaka, No.5, Tingkat Bawah Jalan Kanan Satu Taman Ria, Batu Berendam, 75350 Melaka
Waktu Operasi: 9.30 am-10.30 pm , 9.30 am-8 pm(Ahad)
3. Mango Float Royale
Selain Coconut Shake, Mango Float Royale juga salah satu menu yang korang wajib cuba. Mango float ini diperbuat daripada jus manga yang masak ranum dan manis. Buah manga dikisar halus bersama ais menjadikan jus ini sangat pekat dan penuh dengan rasa buah mangga yang sangat memikat selera. Apa lebih menarik, ia juga disertakan dengan hirisan buah manga dalam bentuk kiub dan aiskrim vanila diatasnya. Bagi yang menyukai buah, ini pastinya memenuhi citarasa anda.
Alamat: Mango Float Royale, Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca
Waktu Operasi: 11 am-11.30 pm, 11 am-6.30 am(Ahad)
4. Mee Kari Sodang
Jika anda berkunjung ke Mango Float Royale, gerai ini berhadapan dengan gerai Mango Float Royale. Mee Kari Sungai Putat ini juga merupakan tempat yang anda patut datang untuk cuba mee kari yang sangat sedap lagi lazat. Perkataan mee kari sodang ini berasal dari mee kari itu sendiri yang disertakan dengan sotong dan udang. Kuah kari yang pekat dituangkan keatas mee serta sotong dan udang yang diletak diatas hidangan tersebut. Apa yang membuatkan mee kari ini lebih sedap adalah sos ala thai yang diletakkan diatas sodang tersebut yang menghasilk
Alamat: Mee Kari Sungai Putat, Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca
Waktu Operasi: 1.30 pm-7 pm , (Sabtu | 2 pm-7 pm) , Tutup: Ahad
5. Laksa Telur Sarang
Jika anda bukan peminat mee kari, anda juga boleh cuba laksa telur sarang yang lokasinya turut berdekatan Mango Float Royale. Rata-rata yang berkunjung ke Laksa Telur Sarang ini pastinya berpuas hati dengan kepekatan dan rasa kuah laksa dek isi ikan yang sangat banyak. Selain kuah laksa yang sangat sedap, telur sarang juga merupakan keunikan yang ada di Laksa Telur Sarang ini. Telur ayam yang digoreng ranggup menjadikan rasa laksa ini sangat unik dan lazat! Jika anda seorang penggemar laksa, ini pastinya menu yang akan memenuhi citarasa anda.
Alamat: Lot 950, KM8, Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, 75350 Melaka
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (12 pm – 6.30 pm, 8.30 pm-11.30 pm), Ahad (11 am- 6 pm)
6. Ayam Penyet Lamongan
Kalau anda penggemar nasi ayam penyet, kedai ini pastinya destinasi wajib anda jika berkunjung ke Melaka. Kedai ini terletak berhampiran MITC dan mempunyai hiasan dalaman yang menarik. Ayam Penyet Lamongan menawarkan lebih dari 7 pilihan set nasi ayam penyet dengan pelbagai pilihan lauk untuk dipilih. Antaranya ialah ayam penyet, ayam bakar, daging bakar, pecal lele dan sotong. Apa yang pastinya membuka selera anda ialah sambalnya yang sangat sedap dan pastinya memenuhi selera anda.
Alamat: Ayam Penyet Lamongan, Malacca International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Waktu Operasi: 12 pm-10 pm
7. Mee Besen
Mee besen? Macam mana nak habiskan ni? Jangan risau, walaupun makanan anda didatangkan dalam besen, anda akan diberikan mangkuk kecil untuk makan. Terdapat 4 saiz untuk mee besen iaitu S(2 orang), M(4 orang), Superbig(4/5 orang) dan Jumbo(7/8 orang) yang masing-masing berharga RM6-RM30 ringgit.Selaim mee besen, disini juga terdapat talam western dengan harga RM18-RM35. Terdapat juga makanan lain yang boleh dicuba di Mee Besen original seperti spagetti dan pelbagai pilihan air.
Alamat: Mee Besen Original, 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Malacca
Waktu Operasi: 3.30 pm-10 pm, Tutup: Isnin
8. Kuih Keria Antarabangsa
Bagi sesiapa yang dah pernah ke Melaka mesti tahu pasal Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil ni. Kalau nak beli, memang kena beratur dan sebelum kedai buka lagi pun orang dah start beratur. Semua kuih keria ni digoreng dan dijual panas-panas. So kalau terlepas batch pertama, boleh tunggu batch kedua dan seterusnya. Nak dapat yang sedap memang lambat sikit so sabar la ye. Tapi kalau queue panjang dan kuih keria dah tak banyak, memang pekerja akan bagitau korang untuk beredar. Jadi jangan pula marah diorang sebab penat-penat beratur tapi tak dapat. Kalau ada rezeki korang, confirm sejuk je hati tu makan kuih keria panas-panas yang rapuh diluar lembut dan gebu didalam.
Alamat: Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Malacca
Waktu Operasi: 12 pm-7 pm, Tutup: Jumaat
9. Cendol Jam Besar
Kalau tengah jalan-jalan kat The Stadthuys Bandar Hilir Melaka, ini port yang korang patut terjah sebab cendol dia memang the best and sedap giler. Lokasinya betul-betul seberang jalan berhadapan dengan Jam Besar. Macam-macam jenis cendol korang boleh cuba kat sini. Kalau korang pencinta durian, korang wajib order cendol durian. RM4 je tau cendol durian dia, tapi rasa memang sedap giler dan mesti korang puas hati. Selain cendol, kedai ni jugak menjual aneka ABC dan fresh watermelon juice. Jangan main-main, jus tembikai dia tu fresh siap dalam buah tau! Dia tebuk buah tembikai tu dan blend isi tembikai tu direct dalam buah guna hand mixer lepastu minum la korang dengan straw dari dalam buah tu. Sambil minum tu, boleh la korang layan view Sungi Melaka.
Alamat: Cendol Jam Besar, Bandar Hilir, 75200 Malacca
Waktu Operasi: 9 am-6 pm
10. Pak Putra Tandoori & Naan
Jangan buat gila kalau turun Melaka tapi tak pergi Pak Putra ni sebab korang akan menyesal. Apa yang special kat Pak Putra ni ialah dia punya Naan dan Tandoori. Kalau korang ialah cheese lover, korang kena cuba triple cheese naan. Pehh, nama pun triple kan? Memang meleleh-leleh dan bertali la cheese tu. Kalau korang makan waktu panas-panas, memang tak angkat kepala! Tandoori dia pulak memang juicy dan flavorful in every bite. Harga kat sini berpatutan dengan rasa makanan dia yang sedap giler tu.
Alamat: Pak Putra, 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca
Waktu Operasi: 5 pm-1 am
11. Roti Canai Kayu Arang
Pening nak sarapan apa? Sorang nak makan roti canai sorang nak makan lontong? Jangan risau, korang boleh cuba makan kat Roti Canai Kayu arang ni. Tempat ni macam one stop centre sebab macam-macam makanan ada kat sini! Roti canai ada, lontong ada, nasi lemak ada, ayam gunting dan dotong king ada, sate pun ada! Macam nama kedai ni sendiri, special roti canai kat sini sebab dia bakar atas kayu arang dan roti canai kat sini pun ikut trend tau, siap ada roti canai nanchos kau!
Alamat: Roti Canai Kayu Arang Melaka, 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu Operasi: 7 am-12 pm
12. Big Bowl Ice
Kalau korang mencari kedai dessert yang best dan sedap, Big Bowl Ice ni antara lokasi yang anda patut kunjungi. Kedai ini menjual pelbagai jenis aiskrim yang mampu mencairkan dan mengugat iman korang! Aiskrim disini bukannya aiskrim biasa tetapi aiskrim yang dibuat upon order. Korang boleh pilih variasi aiskrim korang dan order korang akan terus dibuat. Ada dua jenis aiskrim disini iaitu Snow atau Shaved dan korang boleh pilih saiz untu aiskrim yang korang pilih. Yang recommended kat sini ialah Milk Snow Ice with Mangoes and Ice-cream. Memang terbaik la. Big Bowl Ice mempunyai 2 cawangan di sekitar Melaka, iaitu Kota Laksamana dan Batu Berendam so korang boleh la pergi yang terdekat dengan korang.
Alamat 1: Big Bowl Ice Kota Laksamana, 11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca
Waktu Operasi 1: 12 pm-12 am (Isnin-Khamis,Ahad) , 12 pm-1 am(Sabtu, Ahad)
Alamat 2: Big Bowl Ice (M) Sdn. Bhd., Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Malacca
Waktu Operasi 2: 11.15 am-12.15 am (Isnin-Khamis,Ahad), 11.15 am-12.30 am(Sabtu, Ahad)
13. Aida Rich Cafe
Jika korang berada di sekitar MITC, cafe ini antara tempat untuk korang patut kunjungi untuk makan tengahari. Selain hiasan dalaman yang cantik kat sini, makanan kat cafe ni juga sangat sedap guys! Selain asam pedas, cafe ini turut menjual western food dan Laksa Nyonya. Laksa nyonya kat sini memang sedap giler siap boleh tapau lagi lepas makan. Kuah lemak dia memang kena bila makan dengan laksa ditambah pulak udang besar dalam laksa tu. Memang puas hati makan.
Alamat: Aida Rich Cafe, 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Malacca
Waktu Operasi: 12 pm-11 pm
14. Billionaire’s Concept Cuisine & Grind Shack
Bagi yang ingin menikmati makanan western dalam suasana yang best, cafe hispter ini pastinya memenuhi kehendak anda. Cafe yang simple dan berkonsepkan minimalist ini sangat sesuai untuk dikunjungi oleh anak muda mahupun bersama keluarga. Selain itu cafe ini juga sesuai bagi meraikan hari lahir atau sebarang sambutan. Makanan wester disini pastinya halal dan pengusaha cafe ini juga 100% muslim.
Alamat: Billionaire’s & Grind Shack, No 6, Jalan Lagenda 6, Taman I-Lagenda, 75400, 75400, Malacca
Waktu Operasi: 12 pm-12 am, 4 pm-12 am(Jumaat)
15. Api-api Steamboat
Jika korang jenis yang sukakan unlimited food, korang kena cuba Api-Api Steamboat iaitu steamboat pilihan no.1 di Melaka. Terdapat pelbagai jenis makanan dan pilihan untuk anda nikmati di sini sama ada dengan cara grill mahupun rebus dengan kuah tomyam. Harga di restoran Api-Api juga sangat berpatutan menjadikan ianya antara pilihan pelajar universiti di Melaka.
Alamat: Api-Api Steamboat & Grill, No. 8, Jalan Lagenda 6, Taman I-Lagenda, Melaka, 75400 Malacca
Waktu Operasi: 12 pm-12 am
16. Mee Bodoh
Dah kenapa mee ni bodoh pulak? Korang mesti pelik kan dengan nama mee yang ekstrem ni. Tapi..jangan risau, walaupun nama mee ni mee bodoh, rasa mee ni sedap tau. Mee ni diberi nama bodoh sebab ia digoreng kosong menggunakan minyak dari sambal sahaja dan kemudian ditabur hirisan timun diatasnya. Yang membuat mee ni lagi sedap dengan adanya telur mata kerbau yang digoreng separuh masak dan sambal tu. Pehhh bodoh-bodoh pun terangkat tau rasa dia. Nak makan kat sini korang kena awal tau sebab kejap je dah habis dan uniknya kat sini, korang terus duduk je kat meja-meja yang kosong dan pelayan akan datang hantar mee tu tanpa korang mintak. Untuk telur tu pulak, kalau korang nak baru korang beratur untuk ambil. Haa gituu. So, ada yang pernah cuba tak mee bodoh ni?
Alamat: Mee Hassan, 390, Jalan Tengkera, 75200 Malacca
Waktu Operasi: 7.30 am-10.45 am
17. Nasi Beriani Roket
‘Sekali rasa pasti mengigau’- itulah slogan untuk nasi beriani roket ini. Specialnya nasi beriani kat sini sebab diorang ada lauk yang lain dari yang lain iaitu Nasi Beriani dengan Gearbox Kambing. Selalunya hanya ada pilihan ayam dan daging tetapi disini gearbox menjadikan nasi beriani ini lain dari yang lain. Nama Nasi Beriani Roket ini diilhamkan dari penggunaan pengukus bertingkat yang berbentuk seperti roket. Harga bagi lauk ayam dan daging ialah RM8 dan hanya RM12 untuk gearbox kambing. Harga ini sangat berpatutan dengan portion lauk yang cukup banyak bagi satu hidangan. Nasi Beriani Roket juga pernah muncul dalam rancangan Majalah 3 pada tahun ini. Kedai ini mempunyai 2 cawangan iaitu berdekatan Kota Fesyen MITC dan juga Durian Tunggal.
Alamat 1: Nasi Beriani Roket, 17, Jalan Kota Fesyen 1, Malacca International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Waktu Operasi 1: 11.30 am-7 pm, Tutup: Khamis
Alamat 2: BBeriani Roket Durian Tunggal, 64, 142, 76100 Durian Tunggal, Malacca
Waktu Operasi 2: 10 am-5 pm, Tutup: Isnin
18. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
Teringin makan nasi ayam tapi nak cuba yang lain dari yang lain? Korang boleh la cuba Ee Ji Ban Chicken Rice Ball ni sebab nasi ayam kat sini dia dah buat bulat bulat sekali ngap ajo. Selalunya Ee Ji Ban ni tak halal, tapi jangan risau sebab kat sini semua halal. Sebiji nasi tu harga RM0.40 dan korang boleh pilih pelbagai lauk untuk dimakan bersama nasi tu. Ee Ji Ban ni pernah juga masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dan Mad Markets Hanis Zalikha. Untuk korang yang nak cuba kelainan, tempat ini sangat sesuai!
Alamat: Ee Ji Ban Chicken Rice Ball, 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Malacca
Waktu Operasi: 10 am- 9.30 pm, Tutup: Khamis
19. Salted Egg Crab
Kalau anda penggemar seafood, tempat ini sangat sesuai untuk anda menikmati pelbagai jenis masakan lauk yang sedap. Kedai ini terletak di Portuguese Settlement dan ia merupakan perkampungan Portugis disini. Sebaik sahaja korang sampai, sekumpulan manusia akan menghampiri kereta korang dan mempromosikan gerai masing-masing. Tapi kalau bagitau nombor kedai, mereka semua akan berlalu. Penulis mencadangkan korang untuk mencuba Salted Egg Crab dikedai nombor 7 kerana hanya dikedai no.7 korang boleh try salted egg yang kering dan penuh dengan salted egg yang digoreng rangup. Biasanya salted egg yang kita pernah makan ialah yang berkuah dan creamy. Salted egg crab kat sini memang sedap giler dan memang akan repeat setiap kali ke Melaka.
Alamat: Gerai no.7, 7 Pescados Fishermans, Medan Selera MBMB Portuguese Settlement Melaka, 18, Jalan Daranjo, Perkampungan Portugis, 75050 Malacca
Waktu Operasi: 5 pm- 11 pm
20. Joes Only One Mango Juice
Kalau dah makan kat Portuguese Settlement, penulis nasihatkan jangan minum air lain sebab korang kena try air Mango Juice kat Joes Only One Mango Juice. Jus mangga kat sini bukannya jus mangga biasa yang manis tu, tetapi jus mangga yang dibuat dari mangga muda dan dicampur asam boi. Mangga muda akan dikisar untuk mendapatkan jusnya dan sedikit garam juga akan dimasukkan sekaligus menaikkan rasa lemak dari buah mangga itu. Memang berkerut ahi kalau kali pertama minum tapi memang akan kecur liur kalau dah lama tak dapat. Kalau korang malas nak jalan, korang boleh minta tolong pelayan kat kedai yang korang makan untuk order dan minuman anda akan terus dihantar ke meja.
Alamat: Medan Selera MBMB Portuguese Settlement Melaka, 18, Jalan Daranjo, Perkampungan Portugis, 75050 Malacca
Waktu Operasi: 5 pm-10 pm