News

Begini Caranya Untuk Memohon Sijil Halal Untuk Perniagaan Dari JAKIM

Sebagai seorang pengasas produk di Malaysia, sudah pastinya anda ingin mendapatkan sijil dan cop halal dari JAKIM. Produk seperti makanan, barangan kosmetik, perubatan dan sebagainya adalah antara barangan yang layak untuk mohon sijil halal. Sijil halal bukan setakat penting untuk mendapatkan kepercayaan pengguna Muslim tetapi ia juga boleh membantu anda untuk menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

Cara Untuk Mendapatkan Sijil Dan Cop Halal Dari JAKIM

Dengan adanya sijil halal pada produk, pengguna Muslim akan berasa lebih yakin bahawa produk yang dihasilkan adalah selamat mengikut syarak’. Permohonan sijil halal ini tidaklah rumit malah sangat mudah cara pemprosesannya. Yang penting, anda mestilah mematuhi syaratnya dengan teliti dan lengkap untuk melancarkan proses permohonan.

Pemohon Yang Layak Memohon:

Sebelum memohon anda perlulah memeriksa kelayakkan anda. Berikut adalah senarai ketegori yang layak dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal:

  1. Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer).
  2. Pengedar/penjual (distributor/ trader).
  3. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer).
  4. Pembungkusan semula (repacking).
  5. Premis makanan(food premise).
  6. Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).

Permohonan Akan Ditolak Dan Tidak Layak:

  1. Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  2. Produk yang tidak halal.
  3. Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan.
  4. Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Pewarna rambut (hair color / hair dye).
  6. Produk siap diproses (finish processed product)yang dikeluarkan di luar negara.
  7. Baja dan makanan binatang.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengisi Borang Sebagai Pemohon?

Pemohon perlulah mengisi borang yang bersesuaian :

  1. Produk / Barangan Gunaan
  2. Premis Makanan
  3. Rumah Sembelih

Anda juga boleh Muat Turun Borang Permohonan Sijil Halal Premis Makanan disini.

Lakukan permohonan anda secara online di sini.

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

  1. Profil syarikat.
  2. Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan.
  3. Bahan ramuan yang digunakan.
  4. Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan.
  5. Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan).
  6. Jenis bahan pembungkusan.
  7. Proses dan prosedur pengeluaran.
  8. Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada).
  9. Peta lokasi premis / kilang.
  10. Pemohon hendaklah menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan Halal” untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

Sebelum Memohon, Pastikan Anda Sudah Mendapatkan Kesemua Lesen Dan Permit Perniagaan Ini

Sebelum perniagaan dapat beroperasi secara sah, ia perlu memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan seperti yang di syaratkan oleh perundangan.

  1. Semak alamat kilang/premis anda dan kenalpasti PBT yang mengeluarkan lesen tersebut.
  2. Sekiranya di Shah alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk perniagaan anda. Terus ke bahagian perlesenan MBSA.
  3. Setelah PBT dikenalpasti, siapkan dokumen-dokumen yang lengkap dengan teratur. Untuk tidak perlu berulang-alik berkali-kali ke pejabat PBT, pastikan dokumen-dokumen asas ini telah lengkap:
  4. A) Salinan SSM pendaftaran perniagaan
  5. B) Salinan IC pemilik syarikat
  6. C) Salinan Pelan premis
  7. D) Salinan Sijil kursus pengendali makanan yang di iktiraf oleh KKM
  8. E) Salinan dokumen pengesahan suntikan typhoid.

Kadar Caj Pembayaran:

Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun

  1. Industri Kecil – RM200
  2. Industri Kecil & Sederhana – RM800
  3. Industri Multi Nasional – RM1,400

Ciri-ciri Industri

  1. Industri Kecil – Nilai jualan tahunan kurang dari RM 500,00. 00 dan pekerja kurang dari 50 orang.
  2. Industri Kecil & Sederhana – Nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta
  3. Industri Multi Nasional – Nilai jualan tahunan melebihi RM 25 juta, mempunyai rangkaian di beberapa buah negara dan pekerja melebihi 150 orang.

Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun

  1. Premis Kecil – RM200
  2. Premis Sederhana – RM800
  3. Premis Besar – RM1,400

Saiz Premis Rumah Sembelih

Bilangan sembelihan sehari mengikut jenis haiwan.

  1. Premis Kecil
  • Ayam (dan atau sejenisnya): < 2000
  • Kambing (dan atau sejenisnya): < 500
  • Lembu (dan atau sejenisnya): < 50
  1. Premis Sederhana
  • Ayam (dan atau sejenisnya): 2000- 3000
  • Kambing (dan atau sejenisnya): 500 -700
  • Lembu (dan atau sejenisnya): 50- 100
  1. Premis Besar
  • Ayam (dan atau sejenisnya): >3000
  • Kambing (dan atau sejenisnya): > 700
  • Lembu (dan atau sejenisnya): > 100

Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun

Premis Makanan / Restoran / Dapur Hotel / Penyajian Makanan – RM 200 bagi setiap unit/cawangan

Soalah Lazim Ketika Memohon Sijil Halal

1. Bolehkah orang bukan Muslim memohon untuk mendapatkan sijil halal?

Menurut laman web Al-Barakah, pensijilan Halal Malaysia tidak melihat kepada pemilik syarikat samada Islam ataupun Tidak.

Yang penting adalah mereka memenuhi syarat permohonan pensijilan halal Malaysia seperti yang dinyatakan di MS1500:2019 & Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM Domestik 2020).

2. Mengapakah produk yang dihasilkan dirumah tidak layak untuk memohon Sijil Halal?

Menurut laman web Al-Barakah, untuk memohon pensijilan halal, aspek keselamatan makanan amat penting. Peniaga tidak boleh menjalankan pemprosesan di dapur rumah kerana terdapat barangan dapur kegunaan isi rumah yang mungkin akan bercampur dengan bahan-bahan bagi penghasilan produk makanan anda.

Dengan kata lain, pematuhan halal merangkumi kesemua aspek keselamatan dan kualiti rantai pengeluaran produk (supply chain) bagi mengelakkan sebarang pencemaran kepada penghasilan produk anda.

Bagi memohon pensijilan halal, hanya bahan-bahan mentah bagi penghasilan produk sahaja yang boleh berada di kawasan pemprosesan.

Jangan Lupa Untuk Kongsi Info Ini Dengan Rakan-Rakan

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua. Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan Halal boleh layari di laman web www.halal.gov.my

Sumber: Al-Barakah | Semakan Online

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close