Lifestyle
Tukar Duit Raya Dengan Mudah Di Mesin ATM Tanpa Perlu Beratur Panjang Di Kaunter
Sedar tak sedar, sudah tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita menghayati bulan Ramadan yang mulia ini. Rasanya dah boleh kot fikir nak masak apa untuk raya ni. Dan yang lebih penting, sudahkah anda sediakan duit raya yang cukup untuk dihadiahkan kepada anak-anak nanti?
Cara Mudah Menukar Duit Raya RM10 Tanpa Perlu Beratur Di Kaunter
Berbicara mengenai raya, pastinya duit raya menjadi salah satu ‘elemen’ penyeri keriangan perayaan. Justeru, berita baik buat anda, kini anda tidak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya di kaunter Maybank lagi kerana perkara tersebut boleh dibuat di mesin ATM sahaja. Lebih cepat dan mudah cara untuk mengendalikannya.
3 Langkah Mudah
Anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terpilih yang mempunyai perkhidmatan ini. Bagaimana cara anda hendak mengetahui bahawa ATM cawangan yang berhampiran mempunyai satu kad yang tertulis ‘Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’.
1. Masukkan kad bank anda dan nombor pin akaun bank seperti biasa.
2. Kemudian tekan ‘pengeluaran/deposit’ dan pilih jumlah yang anda inginkan.
3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba baru dan wangi dari mesin tersebut.
Selamat Mencuba!
Demi keselamatan bersama, elok sangatlah duit raya diambil begini sahaja. Kontak rapat juga dapat dikurangkan dan proses yang digunakan juga pantas dan efisyen. Sayangnya perkhidmatan ini hanya boleh didapati di Maybank sahaja pada waktu ini. Selamat mencuba ya!
Sumber: KerjaKosong
Artikel Berkaitan: