Lifestyle

Murahnya Hati TikToker Ni Sampai Belanja Orang 1 Troli, Memang Merdeka Terpaling Ngam!

“Tanggal 31, bulan 8, 57”

Bergemanya lagu ikonik ini, berkibarlah Jalur Gemilang yang melambangkan rasa cinta yang lebih akan negara kita! Begitu juga kisah TikToker yang menyentuh hati ini pastinya akan menguatkan lagi semangat kebersamaan dalam rakyat Malaysia. Tapi, apa yang lebih menarik adalah pakaiannya. Ha, korang nak tahu apa yang terjadi? Jom kita tengok!

Kisah Menyentuh Hati Bulan Merdeka Ini!

Baru-baru ini, platform kegemaran ramai iaitu TikTok bergegar lagi dengan sebuah video yang amat menyentuh hati rakyat Malaysia. Siapa tak kenal Mr Zach, seorang TikToker yang terkenal dengan sifat murah hati, mengejutkan seorang wanita & anaknya. Nak tahu apa yang dibuatnya? Ha, Mr Zach Belanja 1 Troli!

Alkisahnya, Mr Zach nak belikan neneknya kopi tapi tak cukup RM2. Jadi, dia mendekati seorang wanita yang bertroli penuh untuk meminta bantuan. Walaupun duit yang diminta hanya RM2, wanita itu memberi Mr Zach RM10 kerana dia juga mempunyai seorang nenek dan Mr Zach terlihat seperti orang baik.

Apa yang wanita itu tak tahu – kebaikannya akan dibalas dengan lebih banyak lagi! Sampai saja di kaunter pembayaran, Mr Zach terus mengejutkan wanita itu dan anaknya dengan Belanja 1 Troli mereka yang penuh dengan barang! Kejadiannya amat menyentuh hati ramai netizen.

Bergenang air mata netizen tengok video ni. Sama-sama puji kebaikan Mr Zach dan wanita dalam video ni – saling bantu-membantu.

Tapi, kenapa Mr Zach berpakaian begitu ya? Dan perasan tak apa yang Mr Zach nak beli walaupun tak cukup duit tadi?

Semangat Kebersamaan Tak Terhenti Pada Nilai Murni Saja

Apa yang rakyat Malaysia banggakan semestinya kebangaan bersama. Bukan setakat nilai-murni yang menyatu-padukan kita semua, tapi juga makanan & minuman lokal! Roti Canai, Nasi Lemak, Char Keutiau & banyak lagi. Tapi padanan ruji untuk makanan ini semua semestinya kopi!

Ramai juga yang mencari jenama kopi ni sebenarnya. Tahu tak dalam video itu, sebenarnya Mr Zach nak beli Ah Huat White Coffee! Boleh nampak sangat betapa minatnya Mr Zach dengan kopi berjenama Malaysia ini sampai berhias seperti Boss Ah Huat dengan terompah merah ikonik pun dipakainya!

Sentuh sikit tentang Ah Huat White Coffee – minuman jenama Malaysia ini sangat popular di luar negara seperti Singapura, Hong Kong & China. Bukan saja datang dalam pelbagai siri seperti White Coffee, Kopi O, Charcoal Roast & banyak lagi – produk mereka juga mempunyai sijil HALAL!

Dengar-dengar, Boss Baru Ah Huat yang akan diperkenalkan tak lama lagi nak sebarkan kebaikan dan semarakkan lagi semangat perpaduan rakyat Malaysia melalui kempen Belanja 1 Troli. Ha, barulah satu bangsa satu negara – saling bantu-membantu sesama kita seperti Mr Zach ni. Lihat video penuh disini.

@zacharychiah Mula2 makcik ingat saya scammer, tp tiba2…? #zacharychiah #iamzach #kindness #malaysia ♬ original sound – IamZach

Nantikan Boss Baru Ah Huat!

Sementara kita sama-sama tunggu Boss Baru Ah Huat, jom pupukkan semangat kebersamaan, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu antara satu sama lain! Bukan untuk bulan Merdeka ini saja, tapi untuk selama-lamanya. Nak tahu kenapa Mr Zach suka kopi ni, cepat-cepat cuba Ah Huat White Coffee dari Lazada atau Shopee sekarang!

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca Juga: Tukar Mood Anda Serta Merta Dengan Snek Buttons Yang Lazat Dan Comel Dari Julie’s

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close