PEMERKASA
PEMERKASA: Cara Penebusan Bantuan eBelia RM150 Melalui Shopee, Touch ‘n Go Dan Boost
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Kredit RM150 kepada golongan yang layak. eBelia ini khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) yang telah diumumkan oleh PM pada 17 Mac 2021 yang lalu.
Apakah E-Wallet eBelia PEMERKASA?
Melalui pembentagan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah umumkan bantuan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, kemudian telah dinaikkan menjadi RM150 pada tahun ini.
Malalui program ini, mereka yang layak akan mendapat bantuan RM150 secara one-off dan boleh ditebus melalui beberapa aplikasi yang telah dipilih. Anda kini boleh melakukan transaksi tanpa tunai dalam urusan pembelian barangan secara online.
Siapa Yang Layak Dapat eBelia Bantuan RM150?
Dalam program PEMERKASA ini, kerajaan telah menetapkan Program eBelia ini khas untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar institut Pengajian Tinggi.
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma/ SKM4 ke atas)
Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan. Kerajaan ada juga mengumumkan Bantuan RM1000 Golongan Belia khas untuk mereka yang layak.
Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150
Tarikh & tempoh tuntuntan kredit e-Wallet ini adalah dari 1 Jun – 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.
Cara Penebusan & Permohonan Kredit e-Wallet RM150
Kerajaan telah memilih beberapa e-Wallet yang popular di Malaysia dan anda boleh tebus melalui aplikasi berikut:
1. Touch ‘n Go
Cara Daftar Touch ‘n Go e-Wallet
1. Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui:
- Google Playstore: Klik pautan ini
- Apple App Store: Klik pautan ini
2. Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
3. Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
4. Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
5. Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG e-Wallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.
Cara Tebus Kredit eBelia RM150 Melalui TNG eWallet
Untuk membuat penebusan kredit RM150 di bawah program eBelia, sila ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi TNG eWallet san klik pada ikon eBelia Credit
- Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
- Tekan butang “Let’s Go”.
- Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
- Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
- Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverikasi dalam masa 48 jam.
2. ShopeePay
Cara Daftar ShopeePay Malaysia
1. Muat turun aplikasi Shopee anda melalui:
- Goggle Playstore: Klik pautan ini
- Apple App Store: Klik pautan ini
2. Buka aplikasi Shopee setelah selesai muat turun.
3. Pergi ke ikon ‘Shopee Pay’ di homepage Shopee (Jika anda tidak dapat melihat ikon ini, pastikan anda telah kemaskini (update) aplikasi ini terlebih dahulu).
4. Masukkan butiran peribadi seperti nama anda dan nombor kad pengenalan.
5. Kemudian, cipta nombor PIN (yang perlu diingat) untuk pengesahan.
6. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.
Cara Tebus Kredit Percuma eBelia ShopeePay
- Buka homepage Shopee dan tekan ikon eBelia.
2. Tekan “Claim Now”.
3. Tekan “Verify Now”.
4. Semak nama dan nombor IC dengan betul. Ambil gambar IC di bahagian hadapan dan belakang. Ambil gambar selfie anda dengan jelas. Tandakan kotak “I Agree” dan tekan “Confirm”.
3. Boost
Cara Daftar Boost eKYC
1. Muat turun aplikasi Boost melalui:
- Google Play: Klik pautan ini
- Apple Apps Store: Klik pautan ini
2. Di bawah tab “Profile”, tekan “My Wallet”.
3. Tekan “Upgrade”
4. Ikut arahan yang telah diberikan. Ambil gambar IC anda dihadapan dan belakang serta gambar selfie anda.
5. Tekan “Submit” dan tunggu untuk pengesahan.
Sumber: Portal Malaysia
Artikel Berkaitan: