JPJ

JPJ: Harga Lesen Memandu Motosikal/Kereta Dan Peraturan Terkini Mulai Jun 2021

Tiada lagi pegawai JPJ duduk di sebelah!

Wah, sekarang nak ambil lesen memandu pun dah mudah. Nampaknya JPJ telah mengeluarkan peraturan dan harga baharu untuk pengambilan lesen memandu pada tahun 2021. Berikut adalah maklumat baru yang perlu anda tahu sekiranya anda ingin mengambil lesen memandu tahun ini.

Harga Lesen Memandu Mulai Jun 2021

Penentuan bagi pakej harga dan kos ambil lesen memandu kereta atau motor termasuk kereta auto sama ada anda di semua negeri adalah berdasarkan yuran lesen belajar memandu yang ditetapkan kerajaan Malaysia

Berikut adalah senarai kadar bayaran yang dikenakan yang ditawarkan sekarang, anda boleh semak pakej belajar memandu di bawah:

  • Motosikal B2 (motor B2 tidak lebih 250 cc) : RM350 – RM450
  • Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 – RM1100
  • Lesen memandu kereta manual D : RM1150 – RM1300
  • Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik DA : RM1250 – RM1500
  • Untuk umur 21 tahun dan ke atas boleh mohon dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori.

Senarai Peraturan Baru Lesen Memandu

  1. Setiap sekolah memandu wajib paparkan kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta untuk tahun 2021 samada belajar memandu di semua negeri di Malaysia.
  2. Setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah.
  3. Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi.
  4. Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian

Periksa Harga Lesen Memandu Terkini

Sila periksa kadar harga yang anda pilih dan ambil tidak melebihi julat harga maksimum yang ditetapkan. (Jika harga yang ditawarkan terlalu mahal, anda boleh pilih institut memandu Malaysia yang lain.) Untuk lebih jimat, anda boleh pilih pakej untuk motor dan kereta sekaligus di mana-mana institut latihan memandu.

Selain itu, sesi ujian pada sebelah petang mempunyai kebarangkalian yang lulus Ujian Praktikal JPJ yang sangat tinggi. Hal ini kerana, pada ketika itu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula keletihan.

Cara Daftar Lesen Memandu Kali Pertama

Berikut adalah cara daftar lesen kali pertama:

Pendaftaran Lesen Memandu

Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran. Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Anda diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)

Kursus KPP di akademi memandu akan diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

Ujian Komputer Lesen Memandu

Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.

Lesen L

  • Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
  • KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
  • KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

Ujian QTI Lesen Memandu

Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

Ujian Praktikal JPJ

Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

Soalan Lazim

Umur berapa boleh ambil lesen motor?

Jikalau anda berumur 16 tahun dan ke atas, anda layak untuk mengambil kategori motor samada B full ataupun untuk lesen B2.

Umur berapa boleh ambil lesen kereta?

Manakala apabila anda melepasi umur 17 tahun pula ketika anda habis SPM, anda layak untuk daftar lesen kereta pula.

Bolehkah bayaran lesen memandu dilakukan secara ansuran?

Bergantung kepada institut memandu yang anda pilih.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Anda boleh rujuk senarai institusi memandu di Malaysia mengikut negeri:

  1. Kedah
  2. Perlis
  3. Pulau Pinang
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Selangor
  7. Perak
  8. Kelantan
  9. Terengganu
  10. Pahang
  11. Johor
  12. Sabah
  13. Sarawak
  14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sumber: Kerja Kosong

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close