JPJ
JPJ: Dapatkan Pengurangan Saman Sebanyak 70% Bermula 13 April – 11 Jun 2021
Diskaun ditawarkan selama 2 bulan
Sekarang adalah waktu yang terbaik untuk mereka yang ingin membayar saman! Nampaknya kebelakangan ini, banyak saman JPJ yang telah dikeluarkan dan tidak semua orang mampu untuk membayarnya. Daripada itu, sempena Ulang Tahun JPJ Ke-75, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun sebanyak 70% ke atas semua kompaun yang berkaitan.
Diskaun 70% Ditawarkan Oleh JPJ Selama 2 bulan
Didalam sidang akhbar hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, diskaun itu membabitkan 3.5 juta notis saman dan kompaun yang masih aktif sejak 2010 sehingga kini. Tawaran itu turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh dua bulan ini bermula 13 April – 11 Jun depan.
“Tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran berlangsung kecuali kes dalam sebutan mahkamah.” Diskaun ini membabitkan saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah:
- Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
- Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
- Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta;
- Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya (Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam)
Diskaun Diberi Untuk Membantu Orang Ramai
“Pengurangan saman in adalah untuk membantu orang ramai membayar saman dengan kadar lebih rendah selain memberikan penganaran kepada mereka di atas pelanggaran peraturan jalan raya,” katanya. Pada masa yang sama, Ka Siong berkata, beliau menasihatkan orang ramai supaya melakukan bayaran saman secara atas talian bagi mengelak kesesakan di kaunter dan cawangan JPJ.
Dimana Boleh Bayar Saman?
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
- Melalui perkhidmatan e-Services;
Sumber: Kerja Kosong
Artikel Berkaitan: