JPJ

JPJ: Begini Caranya Untuk Kemaskini Warna Cat Kereta Dengan JPJ Secara Percuma

Baru-baru ini kita dikejutkan dangan berita di media sosial dimana cat kenderaan tidak boleh diubah suai sesuka hati. Ini mendatangkan kekeliruan di kalangan kita kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Hal ini tertakluk kepada Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu – Pemeriksaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat kepada Ketua Pengarah.

Kemas Kini Warna Cat Kereta Dengan JPJ Demi Keselamatan Bersama

Pengemaskinian warna kenderaan adalah penting supaya jika berlaku apa-apa seperti kemalangan atau kecurian, warna kenderaan yang didaftarkan boleh dijadikan rujukan. Daripada itu, kita mestilah mematuhi prosedur tertentu jika kita ingin menukar warna kenderaan.

Bagi yang belum tahu prosedur menukar warna kenderaan JPJ, di sini kami kongsikan bagaimana cara untuk berurusan di JPJ, seperti yang diterangkan oleh pihak JPJ sendiri. Informasi ini boleh dirujuk pada laman rasmi JPJ.

PANDUAN TUKAR CAT / WARNA KENDERAAN JPJ

Merujuk Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan. Kesimpulannya, meskipun warna kenderaan tidak lagi dinyatakan dalam geran, namun JPJ masih lagi mengambil kira maklumat terbabit untuk dimasukkan ke dalam MySikap sebagai rekod.

Jadi, untuk urusan tukar warna cat kenderaan, tak kiralah motor atau kereta atau apa-apa kenderaan lain, kita boleh rujuk prosedur JPJ yang dinyatakan dalam infografik di bawah.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Cat dahulu kenderaan.
  2. Apabila siap di cat, hadir ke Pejabat JPJ.
  3. Jika melebihi dari 1 warna, warna yang paling banyak @ dominan di anggap warna kenderaan .
  4. Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai bertugas.
  5. Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap
  6. Tiada bayaran dikenakan.

Untuk mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ, anda boleh memuat turun borang JPJ K8 di portal rasmi JPJ terlebih dahulu. Anda cuma perlu datang ke kaunter JPJ untuk menghantar borang serta melakukan pemeriksaan sahaja. Tak perlu kelam kabut untuk isi borang masa tengah sesak di kaunter JPJ tu nanti.

Sudah jelas bukan? Yang penting, prosedur ini percuma sahaja jadi tidak akan menjadi masalah kepada orang ramai untuk melakukannya. Jadi lepas ni sama-samalah kita beringat dan ambil maklum tentang prosedur tukar cat kenderaan di JPJ ya. Jangan lupa ingatkan kawan-kawan dan keluarga sekali!

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Artikel berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close