Bantuan Kerajaan

ETS KTM : Nikmati Diskaun RM10 Bila Menaiki ETS Sempena Promosi ‘Syoknya Naik Kereta Api’

Kepada mereka yang gemar bersiar-siar, anda kini boleh melakukan aktiviti kegemaran anda itu dengan harga yang lebih murah kerana Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sedang menawarkan diskaun tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sebanyak RM10. Diskaun ini dijalankan bersempena dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia ‘Syoknya Naik Kereta Api.’

Naik ETS Dengan Diskaun RM10

Menurut KTMB, diskaun RM10 ini diberikan bagi menggalakkan orang ramai melancong di dalam negeri. Tetapi, diskaun ini adalah tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan. Bagi memastikan pengguna menerima diskaun RM10 ini, pengguna perlu memasukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI’ sebelum membuat pembayaran tiket ETS tersebut. Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web KTMB atau melalui aplikasi KTMB Mobile.

Tarikh Promosi

Promosi diskaun tiket sebanyak RM10 menerusi kempen ‘Syoknya Naik Kereta Api’ ini akan berlangsung selama 3 bulan iaitu daripada 1 April hingga 30 Jun 2021. Namun, promosi ini berkemungkinan akan tamat lebih awal daripada tarikh tersebut sekiranya jumlah kod promosi habis lebih awal. Kod promo yang ditawarkan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat atau first come, first serve.

Jadual Perkhidmatan ETS

Pihak KTMB memaklumkan jualan tiket perkhidmatan ETS akan mula dibuka bermula 15 Mac 2021. Sebanyak 24 perkhidmatan ETS disediakan dengan jadual sedia ada dan penumpang boleh membuat perancangan awal untuk membeli tiket menerusi laman web rasmi KTMB di https://bit.ly/3quxiHI.

KTMB juga menasihatkan orang ramai untuk membeli tiket lebih awal bagi mendapatkan tambang yang lebih rendah dan penjimatan berganda berbanding pembelian tiket di saat akhir.

Syarat Kelayakan

Walau bagaimanapun, diskaun RM10 bagi pembelian tiket ETS ini tertakluk kepada syarat kelayakan iaitu:

  1. Promosi ini adalah untuk warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pengguna perlu mendaftar dan mempunyai Passenger Name Record (PNR) dalam KTMB Integrated Ticketing System (KITS).
  3. Pembelian tiket melalui transaksi dalam talian (online) sahaja.
  4. Pembelian tiket bagi adalah untuk perkhidmatan ETS sahaja. Pembelian tiket bagi perkhidmatan KTM Intercity akan dimaklumkan kemudian.
  5. Pembelian tiket adalah bagi dewasa dan kanak-kanak sahaja.
  6. Promosi adalah tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.
  7. Promosi ini hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi atau balik) bersamaan atau melebihi nilai RM11.00.
  8. Pengguna layak menebus sekali sahaja kod promo bagi kempen ini untuk transaksi yang dilakukan dibawah dengan memasukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI’ sebelum proses pembayaran;
    i) Pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam satu (1) transaksi; atau
    ii) Pembelian tiket bagi perjalanan dua hala yang dibuat dalam satu transaksi.
  9. Kod promo tertakluk kepada first come, first serve.
  10. Tempoh pembelian tiket adalah bermula 15 Mac 2021 untuk perjalanan 1 April-30 Jun 2021 atau sehingga habis jualan kod promosi.

Cara Pembelian Tiket

Untuk membeli tiket dan mendapatkan diskaun RM10, pembelian boleh dijalankan menerusi 2 cara iaitu:

Laman Web

  1. Layari laman web https://online.ktmb.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log In/Sign Up.’
  3. Klik tulisan ‘Sign Up Now.’
  4. Isi maklumat dan klik butang ‘Sign Up.’
  5. Log in dengan memasukkan email dan kata laluan.
  6. Pilih destinasi dan tarikh perjalanan.
  7. Sebelum membuat pendaftaran, masukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI.’
  8. Buat pembayaran dan pembelian selesai.

Aplikasi KTMB Mobile

  1. Muat turn aplikasi KTMB Mobile (KITS)
  2. Klik bahagian ‘Register.’
  3. Isi maklumat dan klik butang ‘Register.’
  4. Log in dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Pilih destinasi dan tarikh perjalanan yang dikehendaki.
  6. Sebelum membuat pendaftaran, masukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI.’
  7. Buat pembayaran dan pembelian selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi diskaun RM10 sempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia Syoknya Naik Kereta Api, sila layari laman web https://online.ktmb.com.my/.

Sumber: Semak Online

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close