News
#KempenBenderaPutih Tanda Rakyat Bersolidariti Dan Bersedia Menghulurkan Bantuan
Sama-sama kita berganding bahu membantu satu sama lain
Kempen Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan Dapat Sambutan
Dari semalam, Kempen meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing mula mendapat perhatian. Kempen menaikkan bendera putih itu bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.
Antara lain, mesej seumpamanya disertakan dengan pesanan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru dalam menghadapi kesulitan. Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.
“Kepada yang susah, tiada makanan, naikkan #benderaputih di rumah anda, biar orang sekeliling membantu setakat yang termampu. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih”
Mendapat Sokongan Penuh Dari Warganet
“Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera,” kata seorang pengguna Twitter, Hafizol Hakami.
Seorang lagi pengguna Twitter, Akmal Masduki menyeru agar mereka yang memerlukan bantuan mengibarkan bendera putih supaya jiran mendapat maklum tentang keadaan mereka. “Sangat berdosa jika kita tidak bertanya khabar dan kesejahteraan jiran. Ini kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu,” katanya.
Sumber: Twitter
Artikel Berkaitan: