Ramadan

Majlis Berbuka Anak Yatim Dikejutkan Dengan Duit Raya & Biasiswa Junior Monster!

Baru-baru ini, Mamee Double Decker mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 100 orang anak yatim yang juga dikunjungi tetamu terhormat. Majlis dimeriahkan lagi dengan menyampaian duit raya sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan serta biasiswa Junior Master untuk anak-anak pekerja Mamee!

Majlis Berbuka Puasa MITI Bersama Anak Yatim

Photo: MAMEE

Program Ihya Ramadan – Majlis Berbuka Puasa MITI Bersama Anak Yatim telah berlangsung dengan meriahnya di Mamee Double Decker, Subang Jaya. Program yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz turut menarik perhatian pelbagai pihak dengan kehadiran para pemimpin industri dan wakil daripada agensi di bawah MITI.

Antara yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee, Yang Berbahagia Tan Sri Pang Tee Chew, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee, Yang Berbahagia Datuk Seri Pang Tee Nam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee Double Decker, Yang Berusaha Encik Pierre Pang Hee Ta, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Yang Berbahagia Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Yang Berbahagia Datuk Wira Arham Abdul Rahman, disertai dengan pegawai kanan setiap agensi. Majlis yang bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim seiring dengan suasana ramadan yang mulia ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 100 orang anak-anak yatim dari Subang Jaya dan Puchong.

Dalam program ini, Yang Berhormat Menteri MITI turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sebagai tanda kasih sayang serta penghargaan. Tambahan pula, Mamee Double Decker turut memberi sumbangan goodies bag yang mengandungi produk-produk Mamee kepada anak-anak yatim yang hadir.

Biasiswa Junior Monster

Photo: MATRADE (X)

Namun, sorakan tak terhingga mengiringi pengumuman pelancaran program Junior Monstar Scholarship yang diberikan penghormatan kepada Yang Berhormat Menteri MITI untuk melancarkannya dan seterusnya menyampaikan mock cek berjumlah RM50,000 kepada penerima sulung program ini iaitu pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei yang juga merupakan anak perempuan kepada Setiausaha Pengurusan kami di Melaka, Puan Jane Yeo. Program ini merupakan inisiatif syarikat Mamee untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak pekerja kami dalam pelbagai bidang, termasuk akademik, seni dan sukan.

Pautan: Facebook | Instagram

Baca Juga: Nak Sihat Berseri Di Hari Raya Seperti Farah Ann? Mudah Je Dengan Swisse

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close