Ramadan

Zakat: Cara Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Shopee

Buat pengetahuan semua, umat Islam kini boleh membuat pembayaran zakat menerusi aplikasi Shopee apabila platform e-dagang tersebut dilantik sebagai ejen kutipan terkini beberapa negeri bagi memudahkan bayaran zakat secara dalam talian. Berikut adalah cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui aplikasi Shopee.

Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Shopee

Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna Shopee boleh menunaikan pembayaran zakat fitrah tanpa had pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan pantas. Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan.

Institusi Negeri-Negeri Yang Terpilih

Berikut adalah institusi negeri-negeri yang terpilih untuk membuat pembayaran melalui Shopee:

  • Pusat Pungutan Zakat – MAIWP
  • Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
  • Zakat Sabah (MUIS)

Cara Membuat Pembayaran

  1. Buka aplikasi Shopee, dan akan tertera ke ‘Home’
  2. Tekan bahagian ‘Deals, Top ups & Bills’
  3. Di bahagian ‘Donation & Finnace’, tekan Zakat Fitrah
  4. Pilih institusi negeri anda sama ada Pusat Pungutan Zakat – MAIWP, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak atau Zakat Sabah (MUIS)
  5. Pilih kadar zakat dan berapa orang yang anda ingin membuat pembayaran dan tekan ‘continue’.
  6. Isikan maklumat diri dan tekan ‘continue’.
  7. Pilih cara pembayaran.
  8. Dalam 2-3 hari akan dapat mesej/email untuk print resit.

Pembayaran zakat boleh dilakukan melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Dengan menunaikan zakat di Shopee, secara tidak langsung masyarakat dapat membantu golongan asnaf meneruskan kelangsungan hidup yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Anda boleh memuat turun aplikasi Shopee di Appstore dan Playstore

Sumber: Shopee I Nur Afifah (Twitter)

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *