News

PDRM: Pergerakan Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Isnin Hingga Khamis Bagi Tujuan Tertentu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius peningkatan kes-kes baharu Covid-19 sejak empat hari yang lalu. Usaha-usaha untuk mengekang penularan Covid-19 telah diperketatkan oleh PRDM, di mana pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan tertentu sahaja.

Pergerakan Rentas Negeri Hanya Pada Hari Berkerja

Pergerakan rentas negeri hanya dihadkan kepada hari tertentu sahaja, iaitu melibatkan hari berkerja.

Urusan Yang Dibenarkan

  • Pekerjaan
  • Kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja)
  • Perubatan
  • Pendidikan
  • Pasangan jarak jauh

Hari Pergerakan Rentas Negeri

Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada:

  • Isnin – Khamis

Manakala pergerakan pada hujung minggu (Jumaat – Ahad) adalah tidak dibenarkan.

Rentas Negeri Yang Dilarang

Pergerakan rentas negeri atas tujuan sosial seperti menghadiri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis/jamuan adalah DILARANG. Aturan ini akan berterusan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

Berkenaan Bazar Ramadan & Pasar Malam

Berhabung ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan. Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan tersebut dihentikan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM) I BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close