Covid-19
MySejahtera: Cara Daftar Tanggungan Bagi Vaksin COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Umumnya, kita mendapat tahu cara mendaftar vaksinasi untuk tanggungan adalah melalui portal rasmi vaksin Covid-19. Terkini, kesemua pengguna aplikasi MySejahtera boleh mula mendaftarkan golongan warga emas yang menjadi tanggungan mereka bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi aplikasi Mysejahtera, bermula hari ini (19 Mac).
Daftar Tanggungan Vaksin COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika ini, pendaftaran bagi fasa dua program imunisasi berkenaan masih lagi rendah. Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Covid-19 melibatkan kumpulan beriso tinggi termasuk warga emas.
“Kita akan perkenalkan kemudahan dalam MySejahtera iaitu pendaftaran tanggungan. Pendaftaran ini tertangguh seminggu sebab saya minta supaya aplikasi ini stabil sebelum dilancarkan. “Saya difahamkan oleh pembangun aplikasi, esok dilancarkan pendaftaran tanggungan dalam MySejahtera dan orang ramai boleh mendaftarkan ibu bapa, datuk nenek mereka lebih mudah,” katanya.
Cara Mendaftar
Justeru itu, berikut merupakan langkah mudah untuk mendaftarkan nama ahli keluarga yang TIDAK mempunyai aplikasi MySejahtera;
- Buka aplikasi MySejahtera anda.
- Tekan bahagian ‘Close’ di kanan atas paparan.
- Klik bahagian ‘More.’
- Klik bahagian ‘Manage Dependents.’
- Sahkan maklumat diri tanggungan dan klik butang ‘Confirm’ jika tiada perubahan. Jika maklumat tersebut salah, klik butang ‘Edit.’
- Kemudian, klik pada ayat ‘Save’ yang bergaris.
- Jawab soalan yang diberikan dan klik butang ‘Hantar.’
- Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran berjaya dilakukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Vaksin COVID-19 ini, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/
Sumber: Utusan Malaysia I Public Health Malaysia
—
Artikel Berkaitan: