Bantuan Kerajaan

PEMERKASA: 20 Inisiatif Strategik Kerajaan Bagi Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Negara

Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lima fokus dengan 20 inisiatif pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang 2021. Inisiatif ini juga dikenali sebagai PEMERKASA (Program Strategic Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi). Menurut beliau, ia akan memberi fokus dalam:

  • Mengawal penularan COVID-19
  • Memacu pemulihan ekonomi
  • Memperkukuh daya saing negara
  • Melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat
  • Mentransformasi ekonomi.

Jelas beliau lagi, PEMERKASA bernilai RM20 bilion dengan suntikan fisikal baharu berjumlah RM11 bilion. PEMERKASA menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

20 Inisiatif PEMERKASA

1. Inisiatif Pertama: Program Imunisasi COVID-19

  • Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada 3 billion kepada 5 bilion untuk mempercapatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021. Berbanding sasaran awal iaitu suku pertama 2022.
  • 15 ribu petugas akan ditempatkan di hampir 950 Pusat Pemberian Vaksin atau PPV di seluruh negara.
  • Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar RM200 sebulan akan dipanjangkan kepada petugas penjawat awam yang terlibat didalam program imunisasi di PPV berkenaan.

2. Inisiatif Kedua: Tiada Lagi Pelaksanaan PKP Menyeluruh

  • Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh ke seluruh negara atau negeri. Sebaliknya kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan kluster berkaitan sahaja.

3. Inisiatif Ketiga: Penguatkuasaan Perundangan Yang Ketat Dan Telus

  • MITI akan melaksanakan inisiatif Safe@Work yang mempertanggungkawabkan majikan untuk menyediakan tempat kerja dan penginapan yang kondusif.
  • Syarikat yang berdaftar dengan MITI akan dibenarkan beroperasi namun begitu, pekerja kontak rapat perlu diasingkan dan diletakkan didalam “safe work bubble” sehingga semuanya disahkan selamat dari COVID-19.
  • Syarikat pengilangan dan syarikat perkhidmatan yang menyertai program ini akan diberikan potongan cukai tambahan untuk perbelanjaan sewa permis dan asrama pekerja. 
  • Pemotongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50 ribu bagi setiap syarikat yang berdaftar dan lulus audit pematuhan Safe@Work. Syarikat boleh mendaftar bulai 1 April 2021.
  • Majikan yang membuat ujian pengesanan COVID-19 dibenarkan membuat potongan cukai tambahan ke atas kos ujian pengesanan COVID-19 bagi perbelanjaan yang dibuat sehingga 31 Disember 2021.

4. Inisiatif Keempat: Pelaksanaan Projek-Projek Kecil Seluruh Negara

  • Menambahkan peruntukan projek berskala kecik tahun 2021 daripada 2.5 bilion ringgit kepada 5 bilion ringgit.
  • Jenis projek kecik yang akan dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 ialah;
  1. Pembaikan infrastuktur dan fasiliti  awam yang rosak akibat banjir.
  2. Pembaikan jalan.
  3. Program ameniti sosial.
  4. Baik pulih perumahan berstrata termasuk penggantian lif di perumahan awam.
  5. Pembinaan gerai di kawasan PBT.
  • Kaedah kerja secara undian bagi pembaikan bencana banjir telah ditingkatkan daripada 100 ribu kepada 200 ribu ringgit.
  • Kerja-kerja kecil kontraktor tempatan akan dikhususkan kepada negeri dan daerah berkenaan.

5. Inisiatif Kelima: Geran Khas Prihatin 3.0

  • Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0 akan diteruskan supaya perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula.
  • Setiap perusahaan mikro dan PKS layak menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.
  • Permohonan GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April untuk PKS yang belum lagi menerima GKP.

6. Inisiatif Keenam: Kemudahan Mikro Kredit

  • Kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan tambahan RM 500,000 bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA, dan SME Corp.

  • Melalui BSN, dana sebanyak RM300 juta akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga RM50 ribu. Kadar faedah telah dikurangkan kepada 3% daripada 3.5%. Tempoh pinjaman adalah untuk 5 tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

  • Tekun Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak RM60 juta untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.
  • Program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10 ribu.
  • Motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100% duti eksais mulai 1 April hingga 32 Disember 2021.
  • Tekun POS-prenuer akan diperkenalkan supaya pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan.
  • Bantuan pembiayaan diberikan sehingga RM20 ribu untuk baik pulih kenderaan dan RM50 ribu untuk oembelian van atau lori.
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan melalui MARA. Sebanyak RM50 juta ringgit pembiayaan akan diberikan pada kadar faedah serendah 13%.
  • SME Corp. akan menyediakan RM50 juta untuk membanu PKS tempatan pada kadar faedah juga serendah 3%.

7. Inisiatif Ketujuh: Pengekalan Pekerjaan Dan Insentif Pengajian

  • Menyediakan peruntukan RM300 juta, di mana setiap pekerja akan menerima RM600 sebulan selama tempoh maksimum 6 bulan.
  • Bagi majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO, mereka akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang ditempatkan.
  • Sehingga 5 Mac 2021, Kerajaan telah menyalurkan lebih daripada RM14.4 bilion bagi membiayai program subsidi upah yang telah membantu 2.7 juta orang pekerja dan lebih daripada 330 ribu majikan
  • Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM700 juta bagi melanjutkan Program Subsidi Upah 3.0 selama tiga bulan lagi secara lebih bersasar. Terutamanya kepada sektor pelancongan, perdagangan borong dan runcit, serta perniagaan lain yang ditutup semasa PKP.
  • Kerajaan akan melanjutkan tempoh program perantisan selama 6 bulan, di mana pelatih yang mengikuti program ini akan diberi insentif sebanyak 800 ringgit.
  • Bagi menangani masalah pengangguran, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara, atau NEC.
  • Perbadanan Sumber Manusia Berhad atau HRDF, beberapa inisiatif telah diperkenalkan. Ini termasuklah:

Pertama: Platform Upskill Malaysia yang berperanan sebagai pusat maklumat bagi program peningkatan kemahiran dan latihan semula

Kedua: Portal e-LATiH yang mengandungi lebih 300 kursus latihan dalam talian yang ditawarkan secara percuma.

8. Inisiatif Kelapan: Merangsang Semula Sektor Pelancongan Dan Peruncitan

  • Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, Kerajaan akan:
  1. Melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021.
  2. Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022.
  3. Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.
  4. Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan.
  5. Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 1,000 ringgit untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
  6. Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.
  • Menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
  • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600 kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC.
  • Pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga 30 Jun 2021. Perniagaan yang terlibat adalah:
  1. Hotel
  2. Taman tema
  3. Pusat konvensyen
  4. Pusat membeli belah
  5. Pejabat syarikat penerbangan tempatan
  6. Agensi pengembaraan dan pelancongan

9. Inisiatif Kesembilan: Mengurangkan Beban Syarikat Dan Memperkasa Koperasi

  • Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menambah baik peraturannya berdasarkan perkembangan semasa.
  • Had pengumpulan dana akan dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta serta Equity Crowdfunding akan diperluaskan kepada syarikat berhad yang tidak tersenarai.
  • Untuk terus menggalakkan syarikat mengumpul dana menerusi pasaran saham, fi berkaitan penyenaraian akan dikecualikan selama 12 bulan bagi syarikat yang memohon penyenaraian di pasaran MAIN, LEAP atau ACE.
  • Rebat untuk fi penyenaraian tahunan bagi tahun 2021 juga akan diberikan kepada syarikat tersenarai yang telah melaporkan kerugian berdasarkan laporan suku tahunan mereka.
  • Bagi membantu mengurangkan beban syarikat yang menghadapi masalah kewangan dan boleh menyebabkan risiko penggulungan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersetuju nilai ambang keterhutangan (indebtedness threshold) dinaikkan daripada RM10 ribu kepada RM50 ribu.
  • SSM juga memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan menyediakan insentif pembiayaan sehingga RM100 ribu tanpa cagaran bagi membantu koperasi yang terkesan.
  • Sejumlah RM50 juta dari Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan diperuntukkan yang dijangka dapat membantu lebih 14,000 koperasi.
  • Kerajaan telah meluluskan geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit.
  • Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM20 juta dalam bentuk geran padanan bagi tujuan pembelian jentera kepada Koperasi Penanaman Sawit Mampan.

10. Inisiatif Ke-10: Mengukuhkan Persekitaran Perniagaan

  • Kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH akan perluaskan program Authorised Economic Operator Nasional yang memberi kemudahan laluan hijau kepada syarikat yang layak bagi urusan eksport dan import dan pemendekkan tempoh memproses permohonan pelaburan.

11. Inisiatif Ke-11: Automasi Dan Digitalisasi

  • Bank Negara Malaysia telah meningkatkan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar sebanyak RM2 bilion dan Fasiliti Automasi dan Digitalisasi sebanyak RM700 juta.
  • Di bawah MIDF, sebanyak RM200 juta disediakan untuk skim pembiayaan pembangunan automasi, digitalisasi dan penggunaan teknologi hijau.
  • MIDF juga telah bersetuju untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dari 5% kepada 3% bagi tempoh 12 bulan, bermula 1 April 2021.
  • Dana tambahan sebanyak RM50 juta bagi Geran Automasi Pintar di bawah MIDA turut disediakan.
  • Bagi menyokong IR4.0, peruntukan berjumlah RM50 juta akan diberi kepada program Industry 4WRD di bawah MITI.
  • SME Bank akan menyediakan dana pinjaman RM200 juta untuk membiayai pembelian mesin dengan insentif geran sehingga 20% ke atas nilai mesin.

12. Inisiatif Ke-12: Mengurangkan Jurang Digital

  • Subsidi pembelian telefon yang sebelum ini diperuntukan sebanyak RM180 akan ditambah baik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah untuk membeli telefon pintar atau peranti baru.
  • Perkhidmatan 5G dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM telah memperuntukkan RM3.2 bilion untuk tahun 2021 di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis-premis berkaitan.
  • SKMM akan memperkenalkan program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti.
  • Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.

13. Inisiatif Ke-13: Menggalakkan Pelaburan Dan Pasaran Eksport

  • Melaksanakan inisiatif eBizLink, iaitu platform pemasaran digital secara maya dan hibrid
  • Melaksanakan inisiatif Globepreneur yang bertujuan mengetengahkan lebih banyak syarikat PKS berpotensi ke pasaran antarabangsa.
  • Kerajaan juga akan menaikkan siling Geran Pembangunan Pasaran atau MDG daripada RM300 ribu kepada RM500 ribu bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa.
  • Bagi menjana sumber kekayaan baharu negara, geran padanan bernilai RM50 juta akan disediakan untuk membangunkan industri aeroangkasa dan peranti perubatan

14. Inisiatif ke-14: Menggalakkan Pembiayaan Mampan

  • Kerajaan bersama PBB Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah MySDG sebagai platform yang membolehkan pembiayaan dari pelbagai sumber untuk membiayai projek yang menepati kriteria SDG.
  • Bagi menyokong matlamat negara untuk menjadi hab kewangan lestari, Kerajaan akan melancarkan Sukuk Lestari berjumlah tidak kurang dari 1 bilion dolar Amerika
  • Hasil dari sukuk berkenaan akan membiayai program dan projek yang mempunyai elemen kelestarian di samping menangani kesan sosio-ekonomi akibat wabak COVID-19.

15. Inisiatif ke-15: Bantuan Kehilangan Pendapatan

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut:

– Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan

– Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

  • Kedua-dua kategori ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
  • kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.
  • Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.
  • Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka. Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.
  • Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan tempoh kuat kuasa perlindungan bagi ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual yang akan berakhir pada 31 Mac ini sehingga 30 Jun 2021.

16. Inisiatif Ke-16: Menambah Baik Program Bantuan Rentan

  • DBKL telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Anjung Kelana di Taman Desa Kuala Lumpur sebagai pusat perlindungan sementara.
  • Bagi mengurangkan kos sara hidup untuk golongan miskin yang tinggal di bandar, peruntukan sebanyak RM100 juta akan disediakan bagi program bantuan barangan dapur melalui inisiatif pembelian tanpa tunai.
  • Bagi menambah baik inisiatif mySalam, golongan B40 yang dibenarkan untuk dikuarantin di rumah atas sebab COVID-19 layak untuk menerima manfaat bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari selama maksimum 14 hari tertakluk kepada pengesahan oleh Pegawai Perubatan.
  • Program klinik bergerak merupakan satu program melibatkan penyediaan rawatan asas dan pemeriksaan percuma kepada warga tempatan.
  • MyMedic@Wilayah di bawah DBKL menyediakan perkhidmatan klinik bergerak meliputi kawasan PPR dan perumahan awam.
  • Sejumlah RM30 juta akan diperuntukkan bagi meluaskan perkhidmatan kesihatan ini ke seluruh negara melalui program KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) dengan kerjasama kumpulan pakar perubatan dari Hospital Pengajar Universiti.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melantik seramai 2,500 orang pegawai tambahan di bawah inisiatif MySTEP bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

17. Inisiatif Ke-17: Prihatin Wanita

  • Bagi memperkasa usahawan wanita, Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro, serta Program Shop Malaysia Online, Kerajaan akan menyediakan dana RM30 juta untuk membantu mereka beralih ke pasaran dalam talian.
  • BSN juga akan menyediakan sejumlah RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA untuk memberi galakan usahawanita menceburi bidang perniagaan.
  • Peruntukan sebanyak RM10 juta dalam bentuk dana padanan 70% bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri turut disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

18. Inisiatif Ke-18: Prihatin OKU

  • Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan. Untuk tujuan ini, sebanyak RM26 juta akan disediakan di mana ia akan memanfaatkan seramai hampir 5,000 OKU.
  • Program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan oleh OKU dan warga emas.
  • OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan dengan SSM secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan.
  • BSN telah menyediakan sebanyak RM25 juta di bawah Skim Mikrokredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga RM50 ribu dan kadar faedah serendah 3%.

19. Inisiatif Ke-19: Prihatin Belia

  • Program eBelia akan ditambahbaik dengan meningkatkan nilai kredit daripada RM100 kepada RM150 yang akan memanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta. Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.
  • Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta ringgit.
  • Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian kepada 2,000 orang usahawan belia.
  •  BSN juga menawarkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA- BELIA dengan kadar serendah 3% untuk membolehkan anak muda menceburi bidang perniagaan mendapatkan pembiayaan sehingga RM50,000.

20. Inisiatif Ke-20: Penerusan Subsidi Bagi Meringankan Kos Sara Hidup

  • Harga runcit petrol RON95 dan diesel ditetapkan pada paras harga siling RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
  • Harga sebenar di pasaran setong gas LPG bersaiz 14 kg pada masa ini adalah sekitar RM50. Namun, harga runcit telah ditetapkan pada paras RM26.60 setong.

Enam Pakej Bantuan Kerajaan

Setakat ini, Kerajaan telah mengumumkan enam pakej bantuan yang berjumlah RM340 bilion, iaitu:

  • PRIHATIN sebanyak RM250 bilion
  • Prihatin PKS sebanyak RM10 bilion
  • PENJANA sebanyak RM35 bilion
  • Kita PRIHATIN sebanyak RM10 bilion
  • PERMAI sebanyak RM15 bilion
  • PEMERKASA sebanyak RM20 bilion

Sumber: PMO.GOV

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close