Bantuan Kerajaan

KeTSA: Semak Kelayakan Untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40

Kepada mereka yang berada didalam kelompok miskin tegar, anda mungkin layak untuk menerima Program Rebat Bil Elektrik RM40. Program ini dilancarkan khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Semak Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik Untuk Penerima eKasih

Program Rebat Bil elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga 2018.

Dengan pengenalan program baharu ini, rebat bil elektrik RM20 yang dibuka kepada semua pengguna domestik. Namun begitu, ianya akan dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus miskin tegar dengan nilai rebat elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dalam sistem eKasih ICU JPM.

Apa Itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?

Program bantuan kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja uang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Mulai 2 Januari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Jilai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan. Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada november 2018.

 

Syarat Kelayakan

Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar uang tersenarai dan disahkan dalam sistem eKasih
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian hal Ehwal Ekonomi.
  • Perubahan bagi purata pendapatan per isi rumah bagi data eKasih adalah seperti berikut:

Syarat Penerima Program Rebat Bil Elektrik RM40 Bagi Tahun 2021

1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih

2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021.

3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja.

4. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya.

5. Jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.

4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistemm eKasih.

5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.

Cara Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 bagi Tahun 2021

Anda boleh membuat semakan kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2021 di Portal KeTSA dengan klik di pautan ini.

Terdapat dua kategori pengguna:

  1. KIR pemegang akaun bil elektrik: akan terima rebat secara automatik.
  2. KIR bukan pemegang akaun bil elektrik: sehingga KIR mengemas kini nombor akaun dengan utiliti.
  • Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan sehingga Disember 2021 berdasarkan tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
  • Kerajaan yang menyemak semula program rebat pada tahun-tahun yang akan datang selaras dengan keberkesanan program dan tertakluk kepada bajet dan keupayaan kewangan kerajaan.

Maklumat Lanjut Dan Soalan Lazim

1. Bagaimana jika elektrik saya lebih RM40 sebulan?

Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan. Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.

2. Bagaimana jika bil elektrik saya kurang RM40 sebulan?

Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik.

3. Bagaimana jika saya menukar nombor akaun bil elektrik?

Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun bil elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa. Rujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.

4. Saya tersenarai di dalam sistem eKasih. Namun begitu, saya tidak mempunyai mempunyai nombor akaun bil elektrik yang berdaftar atas nama saya. Sebaliknya, nombor akaun bil elektrik telah didaftarkan atas nama ahli keluarga (cth: suami, isteri, anak). Bolehkah saya mendaftar nombor akaun bil elektrik tersebut?

Pengguna boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan atas nama ahli keluarga contohnya suami atau isteri atau anak. Rujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.

5. Saya merupakan penyewa rumah dan nombor akaun bil elektrik telah didaftarkan di atas nama tuan rumah, Bagaimanakah saya hendak mendaftar nombor akaun bil elektrik di bawah program Rebat Bil Elektrik RM40?

Penyewa boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan dia atas penama lain (cth: tuan rumah). Rujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.

Jika anda memerlukan penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn.Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

  • MyGCC Hotline: 03-8000 8000
  • TNB Hotline: 1-300-88-5454
  • SESB Hotline: 088-515000/ 15454
  • Sarawak Energy Hotline: 1-300-88-3111

Sumber: Harian Post

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close