Bantuan Kerajaan

Skim Rumah Pertamaku 2021: Bantuan Pembiayaan Rumah Pertama Sehingga 110%

Tidak perlu wang pendahuluan!

Pastinya anda pernah dengar tentang Skim Rumah Pertamaku yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 2011. Pada mulanya, program ini hanya boleh disertai oleh kakitangan kerajaan, ataupun anak-anak negeri. Namun begitu, sekarang pekerja swasta atau mereka yang bekerja sendiri juga boleh memohon skim ini! Syarat kelayakannya juga sangat mudah.

Skim Rumah PertamaKu (SRP 2020)

Skim Rumah PertamaKu (SRP) – Skim Rumah PertamaKu (My First Home) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10, 000 (tertakluk kepada RM5000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan kita (yang pertama kali ingin membeli rumah) mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank terlibat! Ini bermaksud, anda tak perlu bayar wang pendahuluan. Tambahan pula, program ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (CSRP) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar “kerugian pertama”. Untuk membuat permohonan, boleh klik terus laman web SRP.

Namun, apakah ciri-ciri dan faedah utama untuk kita memohon Skim Rumah PertamaKu ni? Pembelian rumah pertama ini bergantung kepada kemampuan.

  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap daripada pasaran pertama atau sekunder).

Kriteria Kelayakan Skim Rumah Pertamaku

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli Rumah Pertama
  • Pekerja Bergaji atau Bekerja Sendiri
  • Pemohon individu atau bersama.

Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah:

  • Tidak lebih daripada RM5000 – bagi pemohon individu / bersama
  • Lebih daripada RM5000 dan tidak lebih dari RM10, 000 (bagi pemohon bersama, tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak melebihi RM 5000).
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.

Harta Kediaman Yang Layak Dibeli

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk melalui potongan gaji atau arahan tetap)
  • Insurans/ Takaful kebakaran diwajibkan.

Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000:

  • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh APKP dan boleh diakses dalam portal AKPK Rumahku di sini.
  • Tempoh moratorium selama 5 tahun.

Bank-Bank Yang Terlibat Dengan Skim Rumah Pertamaku

Selain itu, permohonan pinjaman/ pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank-bank yang mengambil bahagian berdasarkan kriteria skim dan piawaian penajajaminan kredit bank masing-masing. Permohonan untuk pembiayaan di bawah skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti di bawah:

Bank-bank ini boleh terus dihubungi menerusi panggilan ke nombor-nombor di bawah mengikut setiap bank. Dibawah juga kami ada lampirkan brochure yang disediakan oleh pihak Cagamas. Baca dengan teliti KRITERIA PENTING SKIM. Klik terus disini untuk ke laman web SRP.

Walaupun Skim Rumah Pertama ini sudah diumumkan dalam belanjawan tahun 2011, tapi masih ramai yang kurand tahu tentang pemilikan rumah pertama buat penjawat swasta dan bekerja sendiri.

Semoga ilmu ini dapat disebarkan dan sampai kepada mereka supaya mereka juga mampu untuk memiliki rumah pertama seperti mereka yang lain. Secara kesimpulannya, bukan sahaja penjawat awam, malah penjawat swasta dan mereka yang bekerja sendiri juga turut berpeluang untuk mendapatkan rumah pertama masing-masing melalui Skim Rumah PertamaKu ini.

Sumber: Akses Info

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *