News
MySPR: Cara Yang Mudah Untuk Daftar Sebagai Pengundi Secara Online
Dengan keadaan negara yang kini semakin goyang, ramai anak-anak muda yang berminat untuk mengambil tahu hal politik negara. Kepada anak muda yang berumur 21 tahun ke atas, anda kini layak untuk berdaftar sebagai pengundi. Dan yang paling penting, cara untuk mendaftar juga sangat mudah dan boleh dilakukan secara atas talian sahaja.
Daftar SPR, Semak Status Mengundi & Tukar Alamat Mengundi Melalui MySPR
Jika anda masih belum mendaftar boleh segerakan Mendaftar dengan cara dibawah:
- Di Pejabat SPR (ON)
- Di Pejabat POS (ON)
- Melalui On-Line (ON) di https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Cara Daftar Pengundi Baru Online Di MySPR
Jika anda belum berdaftar dan ingin mendaftar sebagai pengundi baru, sila ikuti langkah mudah berikut:
- Layari http://www.spr.gov.my.
2. Tekan butang MYSPR DAFTAR.
3. Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
4. Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
5. MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
6. Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
7. Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
8. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
9. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 am-12.00 pm waktu bekerja akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 pm.
- Permohonan yang dihantar selepas 12.00 pm waktu bekerja akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 pm.
- Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 pm.
10. Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
11. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
12. Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
13. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
14. Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
15. Klik pada menu STATUS SAYA.
16. Sila tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
17. Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
18. Setelah selesai, boleh tekan pada butang HANTAR.
Cara Semakan Pengundi Online Melalui MySPR
Untuk membuat semakan pengundi online melalui portal MySPR, anda boleh ikuti langkah berikut:
- Sila layari laman web rasmi SPR di pautan https://pengundi.spr.gov.my/pengundi/
2. Boleh masukkan nombor kad pengenalan yang lengkap tanpa sebarang tanda (-) atau space.
3. Sila masukkan aksara Captcha yang dipaparkan.
4. Tekan pada butang SEMAK.
5. Maklumat pengundi & tempat mengundi akan dipamerkan.
Cara Tukar Alamat Mengundi
Untuk membuat permohonan tukar alamat pengundi, anda boleh mengikuti langkah seperti berikut:
- Sila Layari web http://www.spr.gov.my.
2. Sila klik menu STATUS SAYA.
3. Boleh Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
4. Skrin Borang A (Pertukaran Alamat) akan dipaparkan diskrin.
5. Kemaskini / isikan alamat yang ingin ditukar itu.
6. Buat pengesahan & tekan pada butang HANTAR/CETAK BORANG A.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018
Dimana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri berdekatan anda.
Boleh melalui sistem aduan di link berikut http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi
Walaupun sudah ramai yang ambil kisah dengan gerakan politik didalam negara, tetapi masih ada segelintir yang masih menunjukkan sikap endah tak endah dengan isu ini. Sudah sampai masanya orang muda mula menceburi dan menghayati keadaan politik negara dengan lebih mendalam. Supaya Malaysia boleh terus bergerak ke hadapan sejajar dengan arus peredaran masa. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda.