Belanjawan 2021

Jaringan Prihatin B40: Cara Pendaftaran Program

RM300 Peranti dan RM180 Data

Untuk pengetahuan anda, Program Jaringan Prihatin B40 telah diumumkan dalam Belanjawan 2021. Melalui pakej ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile. Berikut adalah cara pendaftaran program tersebut.

Program Jaringan Prihatin B40

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Kelayakan

Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.

Manfaat Program

Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

Nilai Bantuan / Subsidi

Terdapat 2 kategori yang layak menerima bantuan berikut:

  • Ada anak <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀
  • Tiada anak: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun ⠀⠀

Tarikh Pendaftaran Program

Tarikh pendaftaran adalah mulai 5 Mei – 31 Julai 2021.

Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

  1. Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)
  3. Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
    • Pembelian peranti baharu
    • Pembelian pelan data internet bulanan
  4. Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!

Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:

Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40

Anda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:

1. Digi

Daftar Digi Jaringan Prihatin

2. U Mobile

Daftar U Mobile Jaringan Prihatin

3. Celcom

Daftar Celcom Jaringan Prihatin

4. Unifi

Daftar Unifi Jaringan Prihatin

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close