Resepi

Resipi Mudah Kek Span Gebu-Gebas Ikut Resepi Dari Buku Teks Darjah 2

Menarik!

Hi Foodies! Ada peminat kek tak dekat sini? Kalau ada, kami nak share satu resepi kek yang menarik untuk anda. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mieyzah Razak menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), resepi kek span istimewa yang dicuba mengikut buku teks anaknya itu menjadi dengan ‘gebu’ sehingga menarik perhatian ramai warganet. Jom kita lihat cara membuat kek span ‘Gebu-Gebas’ ini!

Resipi Kek Span Gebu-Gebas:

Gambar: Mieyzah Razak (Facebook)

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 150 gram gula
  • 230 gram mentega
  • 200 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyediaan

1. Ayak tepung ke dalam bekas.

2. Pukul mentega hingga kembang.

3. Masukkan telur dan tepung gandum sedikit demi sedikit, kemudian kacau adunan sehingga sebati.

Gambar: Mieyzah Razak (Facebook)
Gambar: Mieyzah Razak (Facebook)

4. Masukkan essen vanilla.

5. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.

6. Sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan.

7. Bakar adunan selama 45 minit.

Gambar: Mieyzah Razak (Facebook)

Selamat Mencuba!

Macam itu lah cara nak buat kek span dari buku teks darjah 2 ini. Tak salah mencuba kan? Sesuai sangat unuk cuba resepi ini dengan anak-anak di rumah. Jangan lupa komen hasil masakan anda untuk kami dan selamat mencuba, Foodies!

Sumber: Mieyzah Razak (Facebook)

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close