News

Video: Gadis Terpaksa Tebalkan Muka Selongkar Sampah Untuk Cari “Retainer” Gigi

Seperti yang kita tahu, nak baik pulih gigi bukan mudah. Lebih-lebih lagi kerana harganya alat-alatan dan rawatan yang sangat mahal. Nak ratakan gigi sahaja boleh cecah ratusan malah ribuan ringgit harganya. Jadi tidak hairanlah gadis ini sanggup tebalkan muka selongkar sampah untuk mencari semula retainer giginya yang tidak sengaja dibuang.

Tak Sengaja Terbuang Retainer Gigi Dalam Tong Sampah

Video cemas yang berdurasi 1 minit 12 saat itu telah berjaya meraih views sebanyak 900k setakat ini di TikTok. Menurut @drrwhed._ beliau secara tidak sengaja telah terbuang retainer gigi didalam tong sampah. Yang membuatkan suasana itu lebih kekok adalah kerana ada orang sekeliling yang pandang-pandang. Ada pula yang tegur gadis itu, “Awak cantik-cantik kenapa selongkar sampah?”

@drrwhed._terpaksa selongkar tong sampah food court aeon nilai ? @myseraaaaaaaaaaa ##bittertruth ##fypdongggggggg

♬ original sound – manishhhhhhh


Namun begitu gadis ini tetap gigih mencari retainer giginya sebab menurut beliau harga retainer itu mencecah ratusan ringgit. Nasib baiklah ada pak guard yang prihatin memberikan gadis tersebut plastik untuk sarung tangan semasa selongkar sampah.

Jangan Bungkus Retainer Dalam Tisu!

Setelah menyelongkar beberapa tong sampah, gadis itu berjaya menemui retainer tersebut. Patutlah boleh terbuang sebab retainer tu dibalut dengan tisu. Nasib baik rupanya tak menggelikan sangat masa jumpa.

Rupanya ramai yang telah menghadapi situasi yang sama haha! Lepas ni taulah korang ye, jangan balut retainer dalam tisu tau. Simpanlah satu dua kotak dalam beg tangan ke untuk elakkan perkara ni berlaku okay?

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close