News

Terharu! Guru Bersungguh Cipta Alat Bantu Pelajar Buta Untuk Bebas Berlari

Mana-mana ibu bapa juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka. Begitu jugalah seorang guru. baru-baru ini, ada seorang guru yang menjadi perbualan hangat di media sosial. Video yang dikongsi oleh beliau di TikTok telah menambat hati para netizen dan berjaya meraih 48.6K Likes!

Bertungkus Lumus Cipta Alat Untuk Bantu Pelajar Buta Berlari

Video tersebut cumalah berdurasi selama 18 saat. Namun begitu, video pendek ini mampu buat anda mengalirkan air mata. Bukan sebab sedih, tapi terharu mengenangkan kesungguhan guru ini. Cikgu Azam telah mencipta alat untuk membantu anak muridnya yang cacat penglihatan untuk berlari dengan lebih bebas.

@cguazamRamai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya ?.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.♬ original sound – K H A I

Lazimnya, mereka yang cacat penglihatan perlu dipimpin tangan atau pegang bahu orang lain untuk berlari. Namun begitu, dengan adanya alat ini, mereka yang buta juga boleh berlari dengan bebas. Apa yang lebih menyayat hati adalah riak wajah anak murid beliau apabila dapat berlari dengan lebih bebas. Gembira betul!

Sebak Bila Alisya Berjaya Meraih Pingat Ketika Menyertai ‘Fun Run’

Di bahagian komen, Cikgu Azam sendiri mengaku yang beliau telahpun memenangi pelbagai pingat, namun begitu, pingat yang dimenangi oleh Alisya jauh lebih bermakna buat beliau. (Tahan air mata geng, tahann!!!)

@cguazamThis is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. ??? Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu♬ original sound – HRC IWAN?? – IWAN??

Semoga Malaysia Dapat Melahirkan Lebih Banyak Guru Seperti Ini

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri sendiri demi memberi cahaya kepada orang lain. Semoga dengan adanya lebih banyak guru-guru yang ikhlas memberi ilmu seperti Cikgu Azam, kualiti pelajar kita juga semakin meningkat.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close