Malaysia

Kompilasi Tweet Kenapa Kita Perlu Bangga Menjadi Rakyat Malaysia

“Walau apa pun yang terjadi, Malaysia tetap di hati,” Kata-kata ini telah dijulang beribu kali oleh rakyat Malaysia. Walaupun kita mempunyai pendapat dan aspirasi yang berbeza, jiwa kita masih sama. Biarlah hujan emas sekalipun di negara orang. Oleh kerana itu, sempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 ini, kami telah mengumpul kicauan-kicauan yang menarik dari Twitter. Sebagai bukti kenapa kita perlu bangga menjadi rakyat Malaysia.

Kompilasi “Sebab Kenapa Kita Perlu Bangga Menjadi Rakyat Malaysia” Di Twitter

1. Lagu Ku, Lagu Mu, Lagu Kita

Tak kiralah anda berbangsa apa sekalipun, anda akan mudah terhibur dengan apa jenis lagu sekalipun, tak kira bahasa. Orang Cina pun boleh enjoy lagu dangdut, yang Melayu pun boleh layan lagu Tamil. Tak kisahlah! Sebab kita dah bersama-sama membesar didalam komuniti yang berwarna-warni dan pelbagai. Jadi kita sangat senang untuk terima perbezaan.

 

2. Kreativiti Bertaraf Antarabangsa

Ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Sudah berpuluh kali hasil kreativiti and inovasi rakyat Malaysia dijulang di persada antarabangsa. Restoran dengan tempat duduk yang bertingkatlah, seni membuat potret menggunakan kuib rubiklah.. Eh, banyaklah! Ha, sambung!

Gambar: @RajaCuti (Twitter)

 

3. Atlet Yang Rendah Diri Dan Mudah Untuk Disayangi

Sedar tak sedar, semasa berlangsungnya Sukan Olimpik 2020, rakyat Malaysia telahpun bersatu hati. Kita mengerti bahawa tanggungjawab seorang atlet adalah sangat berat. Kita juga faham bahawa setiap seorang daripada mereka telah melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara. Jadi apabila kita telah bersama-sama menyaksikan perjananan mereka, nangis dan tawa mereka juga turut sebati dengan kita.

Tak kiralah sama ada mereka berjaya menang pingat atau tidak, kita tetap bangga dengan pencapaian mereka!

4. Pilihan Makanan Yang Menarik Dan Pelbagai

Yang ini memang tak boleh dinafikan lagi. Di negara mana lagi kita boleh jumpa restoran mamak, sebelah kedai yong tau fu, sebelah gerai cendol? Di Singapura mungkin, tapi tak apalah sebab kita serumpun. Walau sejauh mana pun kita berhijrah, tak akan ada negara yang boleh tandingi keenakan dan kepelbagaian makanan yang ada di negara ni. Mat Salleh pun tergoda ๐Ÿคญ

5. Hantar Kak Limah Untuk Selesaikan Pergaduhan “Keyboard Warrior”

“Keyboard warrior” di Malaysia memang tak boleh dibuat main tau. Sekali kena serang, mesti terus rasa macam nak tukar identiti. Sebagai contoh, disebabkan ramai rakyat Malayia yang menekan rakyat Israil dengan ayat “Israil koyak”, kini perkataan “koyak” telahpun menjadi terkenal dan digunakan diseluruh dunia! Kali ni, mereka nak cuba hantar Kak Limah pulak untuk beri tekanan dekat Israil. Tengoklah ni! Kelakar!

Kenapa Anda Bangga Menjadi Rakyat Malaysia?

Perkongsian dari kami ini hanyalah daripada apa yang kami boleh jumpa di Twitter. Tapi bagaimana dengan anda? Ada tak pengalaman yang membuatkan anda rasa bangga untuk menjadi rakyat Malaysia? Sempena bulan kemerdekaan yang penuh emosi ini, kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruang komen dibawah ya! Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64!

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close