News

Comelnya! Meja Makan Dengan Lubang Rekaan Dari Jepun Ini Sesuai Untuk Kucing Manja

Pencinta kucing mesti sering “terganggu” ketika hendak makan kerana kucing perliharaan masing-masing sentiasa ingin duduk bersama-sama di meja makan. Dengan ada nya meja makan dengan lubang rekaan dari Jepun ini, kita dah boleh duduk makan bersama keluarga “semeja” dengan anak bulus yang terlebih melekap ini. Jom kita tengok bentuk dan rekaan nya!

Sekiranya Anda Mempunyai Kucing Yang Serba Ingin Tahu, Meja Makan Ini Sangat Sesuai Untuknya

Sekali pandang, tidak ada beza pun meja makan biasa dengan meja makan rekaan dari syarikat Dinos ini. Setelah dibelek betul-betul, baru perasan yang meja itu kelihatan seperti perabot gaya moden, lengkap dengan kerusi panjang untuk kita duduk. Uniknya, kucing dapat muncul di tengah-tengah meja.

Meja oak ini disebut Neko ke Kutsurogu (“Bersantai dengan Kucing”) Meja Ruang Makan ini mempunyai lubang di tengahnya. Lubang ini akan membolehkan kucing kita mengintip dan melihat pemiliknya yang duduk di sekitar meja makan tersebut.

Akses ke bukaan datang dengan platform yang dibentang di antara kaki meja, dan dilengkapi dengan penutup yang boleh anda tutup sementara bukaannya jika anda ingin menjauhkan kucing anda dari meja. Walaupun penutupnya di tempatnya, kucing anda masih boleh bersantai di platform bawah.

Tambahan lagi, anda boleh menggunakan platform itu sebagai rak simpanan seperti buku dan majalah sekiranya kucing anda tidak berminat untuk melepak di sana. Tapi macam mustahil je kan? Meja makan ini dijual di laman web e-dagang Jepun, Dinos dengan harga JPY159,500 (RM6,210). Harga yang tinggi, tetapi untuk royalti kucing.tidak salah berbelanja lebih kan?

Artikel berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close