Halal Foodie

Tabung Haji Terima Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ Dari Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi

Anugerah ‘Diamond Award’ merupakan pengiktirafan tertinggi dan paling eksklusif yang disampaikan di acara tahunan Anugerah Labaytum. Tabung Haji (TH) terima ‘Diamond Award’ buat julung kali setelah mempamerkan kecemerlangannya dari segi pengurusan jemaah Haji Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M. Anugerah tersebut mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai antara negara yang terbaik di dunia dari segi pengurusan jemaah Haji.

Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ Dari Kementerian Arab Saudi

Tabung Haji Labaytum Diamond Award

Lembaga Tabung Haji (TH), sebuah institusi pengurusan haji komprehensif negara, sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia hasil daripada prestasi cemerlangnya. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini menyampaikan anugerah berprestij ‘Diamond Award’ kepada TH di Majlis Anugerah Labaytum 2025 sebagai tanda mengiktiraf kecemerlangannya dalam pengurusan jemaah Haji bagi musim Haji 1446H/2025M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Mokhtar, berkata, “Kami amat berbangga kerana dapat meletakkan Malaysia sebagai penanda aras kecemerlangan pengurusan haji di persada dunia. Tahniah diucapkan kepada pasukan pengurusan dan warga TH yang berdedikasi dalam menyempurnakan satu lagi operasi musim Haji. Anugerah ini terus mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai antara negara yang terbaik dalam pengurusan hal-ehwal Haji, “TH sangat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini daripada Kerajaan Arab Saudi. Pengiktirafan tertinggi yang diperoleh di Anugerah Labaytum membuktikan komitmen TH terhadap inovasi dan amalan terbaik demi manfaat jemaah Haji Malaysia. Kami tekad untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada tahun-tahun akan datang,” kata Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Tabung Haji Labaytum Diamond Award

Anugerah Labaytum merupakan pengiktirafan tahunan yang disampaikan oleh
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada delegasi pengurusan Haji dari seluruh
dunia yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam operasi Haji.

TH telah merangkul Anugerah ‘Diamond Award’ buat julung kalinya setelah berjaya
mengendalikan keseluruhan operasi haji yang lancar untuk musim 1446H/2025M,
Sebelum ini, TH telah memenangi anugerah Labaytum untuk dua tahun berturut-turut.
Pada tahun 2023, TH menerima dua anugerah dalam Kategori Perkhidmatan Terbaik
bagi Pejabat Hal Ehwal Haji dan Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik.
Pada tahun 2024 pula, TH menerima Anugerah Labaytum dalam Kategori
Perkhidmatan Terbaik Pejabat Hal Ehwal Haji.

Anugerah ‘Diamond Award’ merupakan pengiktirafan tertinggi dan paling eksklusif
dalam Anugerah Labaytum, yang mendahului kategori-kategori am. Bagi tahun 2025,
TH telah mencapai kemuncak pengiktirafan Labaytum dengan membawa pulang
Anugerah ‘Diamond Award’.

TH sebagai penerima Anugerah ‘Diamond Award’ atas penilaian berdasarkan
kualiti perkhidmatan yang unggul dari segi operasi, teknologi, kesihatan, logistik,
bimbingan ibadah, dan tahap kepuasan jemaah Haji yang tinggi sehingga melebihi 95
peratus.

Tahniah Tabung Haji Malaysia!

Menekankan daya penggerak di sebalik pencapaian TH, Pengarah Urusan dan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Mustakim Mohamad, menjelaskan, TH
meletakkan sepenuh komitmen bagi memastikan kebajikan, keselesaan dan
keselamatan jemaah Haji Malaysia sentiasa diutamakan. Kami memegang amanah
untuk menguruskan hal ehwal Haji jemaah Malaysia. Oleh itu, kami melaksanakan
usaha berterusan bagi memastikan kualiti pengurusan jemaah Haji Malaysia
dipertingkatkan. Kejayaan ini juga adalah hasil sinergi bersama Kementerian Haji dan
Umrah Arab Saudi serta semua agensi yang terlibat dalam urusan Haji demi
keselesaan, kebajikan dan keselamatan jemaah Haji”.

Anugerah Labaytum telah disampaikan semasa Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Mekah.

Pautan: Laman Web | Facebook

Baca Juga: HWC COFFEE x Azuki: Kolaborasi Paling Comel di M’sia!

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close