Resepi

Tips & Petua Untuk Menikmati Rasa Asli Nasi Dagang Terengganu Di Rumah

Hai, Foodie sekalian! Hari ini kita nak berkongsi ilmu yang sangat menarik. Siapa rindu nak makan Nasi Dagang? Oleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa, mesti susah untuk dapatkan makanan asli negeri Terengganu ini. Oleh itu, Mayusnizam Mohamad telah mengambil peluang ini untuk berkongsi tips dan petua memasak Nasi Dagang supaya anda boleh menikmati rasa asli di rumah saja!

Tip & Petua Memasak Nasi Dagang: Ikan, Beras & Gulai

1. Ikan

Tips Nasi Dagang
Gambar: Nik Mohamad Khairi (Facebook)

Ikan yang digunakan ialah Ikan Tongkol. Ikan Aya atau ikan Tongkol ini ada dua jenis – hitam dan putih. Tips untuk tahu jenis Ikan Tongkol ini boleh kita lihat pada sirip ikan tersebut. Kalau sirip ikan panjang bermakna ia Tongkol Hitam, tapi kalau siripnya pendek bermakna ia Tongkol Putih. Anda boleh rujuk pada gambar oleh Nik Mohamad Khari (Facebook) diatas supaya lebih jelas. Kebanyakan orang guna Tongkol Hitam untuk resipi Nasi Dagang.

Untuk merebus ikan pula, bahan yang digunakan adalah:

  • Daun pandan (untuk menghilangkan hanyir)
  • Gula perang
  • Lengkuas
  • Asam keping
  • Garam
  • Cuka (supaya isi ikan lebih pejal, terutamanya tongkol hitam sebab isinya lembut)

2. Beras

Tips Nasi Dagang
Gambar: Mayusnizam Mohamad (Facebook)

Bab ikan sudah pun selesai. Kita teruskan dengan bab beras pula. Terdapat empat jenis beras yang boleh digunakan untuk membuat nasi dagang iaitu beras biasa, beras siam, beras wangi, beras Basmathi. Untuk beras pulut, lebih baik guna beras pulut susu sebab beras ini lebih lembut dan mudah masak.

Ada juga sesetengah orang suka campur beras-beras untuk membuat nasi dagang lebih menarik dan menyelerakan. Sama ada nak campur empat beras yang disenaraikan atau boleh campur dengan beras pulut. Untuk beras pulut, lebih baik guna beras pulut susu sebab beras ini lebih lembut dan mudah masak.

Menurut Mayusnizam, nisbah campuran beras adalah 4+1=5 seperti dibawah:

  • 4 cawan beras wangi, 1 cawan beras pulut
  • 4 cawan beras wangi, 1 cawan beras Basmathi
  • 4 cawan beras biasa, 1 cawan beras pulut
  • 4 cawan beras siam, 1 cawan beras pulut

Seperti yang anda sudah tahu, nasi dagang harus digaul dengan air atau santan sebanyak 2 kali semasa proses mengukus. Untuk gaul kali pertama, anda perlukan 2 cawan air atau 2 cawan santan cair. Manakala, 1 cawan santan pekat untuk gaul kali kedua. Gunakan saja cawan yang anda sukat beras supaya lebih mudah dan elak kekeliruan sebab kalau air terlebih, nasi akan “pecah perut”.

3. Gulai Nasi Dagang

Tips Nasi Dagang
Gambar: Mayusnizam Mohamad (Facebook)

Tak lengkaplah Nasi Dagang kalau tak ada gulai, betul tak? Maka, tips terakhir untuk resepi Nasi Dagang adalah cara memasak gulai. Semestinya ada pelbagai cara dan stail untuk memasak gulai ini. Tips yang dikongsikan Mayusnizam ini juga sangatlah mudah difahami.

1. Tumis / tak tumis:

  • Tumis cili boh sampai pecah minyak dengan gula atau nisan supaya tumisan berkilat dan terlihat cantik.
  • Tak tumis, tapi terus masukkan santan. Setelah pecah minyak, barulah masukkan bahan kisar.

2. Masukkan belacan atau seekor ikan kering dalam kuah gulai untuk dapatkan aroma ikan.

3. Kalau nak pedas, masukkan jenis cili kering dipanggil “Cili Kering Gemok”.

4. Cili boh perlu guna banyak. 1kg kuah gulai boleh guna 200g-250g cili boh.

5. Untuk 1 hidangan nasi dagang, 1 senduk kuah gulai.

6. Sukatan bagi kuah gulai untuk 1kg nasi dangan adalah 1kg – 1.5kg, bersamaan dengan 1 setengah air bekas kisar (tidak termasuk santan). Air ini kemudian dicampur dengan 1 atau 2 cawan air ikan.

7. Untuk sekilo kuah gulai, gunakan 2 cawan santan pekat.

8. Sebelum masukkan ikan yang telah direbus, pastikan ikan itu bersih dan tidak ada apa-apa bahan atau asam keping pada ikan untuk elakkan kuah gulai terlebih masam.

9. Tambahkan halba untuk menaikan lagi aroma kuah gulai.

Selamat Mencuba!

Walaupun kali ini bukan resepi, tetapi artikel ini ditujukan kepada semua yang ingin cuba mencapai rasa asli Nasi Dagang Terengganu dan bagi semua orang Terengganu yang tidak dapat pulang ke kampung halaman pada masa ini. Kami berharap agar tips dan petua yang dikongsi oleh Mayusnizam Mohamad dapat mengobati rasa rindu anda untuk menikmati rasa asli Nasi Dagang. Bagi yang telah mencuba petua-petua diatas, jangan lupa kongikan masakan anda dengan kami di bahagian komen dibawah. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

Artikel Berkaitan:

Gambar: Reha Rahma & Watie Paidi (Facebook)

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Sekarang, Episod Baru Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tonton Foodie Canteen di Spotify, YouTube, dan Apple Podcast atau di mana sahaja anda menonton Podcast anda dengan episod baru setiap Jumaat jam 7 malam. Selamat mendengar!

Foodie Canteen dibawakan oleh Good Foodie Media; KL Foodie, Penang Foodie, Johor Foodie, Singapore Foodie, Bangkok Foodie, Halal Foodie dan Foodie 大马吃货.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close