Tinggal di Kuala Lumpur adalah satu bonus bagi Geng Burung Hantu. Walaupun pada waktu tengah malam, Kuala Lumpur tidak ‘mati’ dan banyak tempat yang anda boleh kunjungi terutamanya pada malam minggu. Jom baca 10 tempat yang anda boleh kunjungi untuk makan lewat malam.
10 Supper Halal Di Kuala Lumpur
Malaysia sememangnya cukup sinonim dengan makanan yang sedap. Dari sarapan pagi hingga makan lewat malam, Malaysia menawarkan pelbagai pilihan makanan yang anda boleh rasai setiap hari. Bagi anda yang mencari lokasi supper yang sedap di Kuala Lumpur, ini ialah 10 tempat yang anda boleh kunjungi!
1. RSMY Best Cheese Naan
Calling for Cheese Lover! Roti Naan panas yang penuh dengan Cheese cair pasti membuatkan supper anda sempurna! RSMY telah menjadi tempat tumpuan bagi warga kota untuk menikmati keenakkan Cheese Naan mereka. Bukan hanya tumpuan warga kota, RSMY juga terkenal bagi warga luar kota. Bagi anda yang sukakan cheese, anda boleh mencuba Triple Cheese Naan disini.
? 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? 3 PM – 2 AM (Isnin – Jumaat), 12 PM – 2 AM (Sabtu), 12 PM – 12 AM (Ahad)
? 03-2697 0700
2. Restoran Gold Chilli
Buttermilk Chicken pernah menjadi satu fenomena di Malaysia pada satu masa dahulu. Menyajikan Buttermilk Chicken, Restoran ini sentiasa dipenuhi oleh pencinta Buttermilk. Kuah yang pekat yang penuh aroma bersama ketulan ayam ranggup menjadi kegilaan pelanggan tetap restoran ini. Bagi anda yang mencari dinner atau supper yang berat, Restoran Golf Chilli adalah pilihan terbaik.
? 5, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
? 12 PM to 12 AM, Tutup: Ahad
?016-909 9873
3. Big Tree Head Mamak
Mamak memang antara port pilihan rakyat Malaysia untuk meluangkan masa. Dari makan malam, meluangkan masa dengan kawan-kawan mahupun menonton perlawanan bola sepak, Mamak adalah pilihan no.1 rakyat Malaysia. Kalau anda mengidam nasi lemak pada waktu malam, Big Tree Head Mamak adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi. Terkenal dengan jolokan ‘Crispiest Fried Chicken’, ayam goreng disini sememangnya ranggup diluar tetapi lembut dan juicy didalam.
? Persiaran Mergastua, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? 4 PM to 4 AM
?019-388 6510
4. Sedap Malam Station
Nama Sedap Malam Station bukan lagi nama yang asing bagi warga kota. Menawarkan pelbagi jenis makanan dari sarapan pagi sehingga makan lewat malam, Sedap Malam Station sememangnya layak untuk menjadi salah satu lokasi yang anda patut kunjungi. Selain Nasi Lemak Daun Pisang, mereka juga menawarkan pelbagai makanan lain termasuk Kacang Pool, Satar, Otak-otak dan juga Pepes.
? Jalan Sri Hartamas 22, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? Sarapan (6.30 AM – 10.30 AM), Makan Tengah Hari (12.30 PM – 3PM), Makan Malam (6.30 PM – 1 AM)
?019-388 6510
5. Hayaki Kopitiam
Beroperasi 24 Jam sehari, Hayaki Koptiam adalah salah satu tempat yang anda harus kunjungi jika anda teringin makanan dari Timur. Dari Nasi Kerabu ke Laksam, anda boleh merasai keaslian makanan dari Kelantan di Kuala Lumpur! Selain dari makanan dari Kelantan, anda juga boleh mencuba pelbagai pilihan makanan barat disini.
? Setapak, 87-G, Jalan Langkawi, Platinum Walk, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? 8.30 AM – 4.30 AM (Isnin-Khamis, Ahad), 24-Jam (Jumaat, Sabtu)
? 03-4142 2477
6. Sugar Rush
Tiba-tiba teringin makan kek pada waktu malam? No Problem! Sekarang anda boleh menikmati kek yang lazat walaupun pada waktu malam! Sugar Rush sememangnya terkenal dengan pelbagai kek yang lazat seperti Lavender Velvet dan Banana Salted Caramel. Sempurnakan supper anda dengan secawan kopi atau teh untuk mengimbangkan rasa manis dari kek!
? 28 Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
? 4 PM – 12 AM (Isnin-Jumaat), 11 AM – 12 AM (Sabtu-Ahad)
? 03-7954 5271
7. Al Rawsha Restaurant
Sekarang anda tidak perlu lagi terbang jauh untuk menikmati makanan dari Timur Tengah! Restoran Al Rawsha menawarkan pelbagai pilihan makanan yang pasti membuka selera anda. Jika anda ingin memakan nasi mandy pada malam hari, ianya bukan satu masalah lagi!
? No. 8, Jalan Kampung Pandan, Kelab Golf di Raja Selangor, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? 24 Jam
? 03-9200 6600
8. Sri Steven’s Corner OUG
Satu lagi port untuk anda kunjungi jika anda ingin meluangkan masa pada malam hari atau ketika perut anda berbunyi pada waktu malam! Restoran Mamak memang tidak asing lagi dengan menu Maggi Goreng dan Maggi Goreng disini ialah salah satu yang anda perlu cuba di Kuala Lumpur! Selain dari itu, anda juga perlu mencuba Naan Cheese disini yang tidak kurang hebatnya!
? Jalan Kelang Lama, 18 & 18A, Jalan Hujan Rahmat Dua, Taman Perindustrian Oug, 58200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
? 24 Jam
? 03-7788 8888
9. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Nasi Lemak dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan! Nasi Lemak sememangnya makanan universal rakyat Malaysia dimana ianya sesuai dimakan tidak kira samada pagi, tengah hari,petang, malam mahupun tengah malam! Nasi Lemak Wanjo menggunakan konsep nasi lemak cedok dimana anda boleh amaun nasi dan lauk mengikut kehendak anda. Terdapat pelbagai jenis lauk-pauk yang anda boleh untuk dipadankan dengan nasi lemak panas dan lembut di sana!
? 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? 6.30 AM–12PM, 3PM–12.30 AM
? 012-395 3884
10. Burger Abang Burn
Burger sentiasa menjadi penyelamat pada waktu malam memandangkan burger sangat mudah didapati dimana-mana. Jika anda berada di Kuala Lumpur, Burger Abang Burn ialah satu burger yang anda perlu cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup! Burger Abang Burn sangat terkenal dengan ketebalan daging dan juga jumlah cheese yang banyak sehingga melimpah ruah.
? Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? 12 AM –12 PM, 6.30 PM–12 AM
Konklusi
Penulis telah menyenaraikan 10 Tempat Supper di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua tempat makan ini dan share dengan kami port favourite korang!