Makanan

15 Makanan Malaysia Viral

NAK!

Dah cuba semua makanan viral tahun 2019? Nak cuba makanan yang viral tapi takut tak sedap? Jangan risau, so kalini kami akan mudahkan carian korang untuk cari makanan yang viral kat Malaysia tahun 2019. Next time korang pergi mana-mana boleh la try makanan yang bukan setakat viral tapi sedap tau.

15 Makanan Viral 2019

Korang mesti tak sabar kan? Baca betul-betul tau so nanti takda yang korang missed out.

1. Rollney Penang

Gambar dari @auninadzirah (Instagram)

Musim panas kalau dapat aiskrim confirm best gila! Kalau kat tempat lain, aiskrim didatangkan dengan kon, aiskrim di Rollney Penang sangat unik. Di Rollney, aiskrim dihidangkan dengan chimney cake! Selain rasa yang sangat sedap, aiskrim ni juga Instgrammable! Jadi untuk semua kaki Instagram, jangan lepaskan peluang untuk terjah tempat ni,

Alamat: 40, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 3pm – 11 pm (Isnin-Jumaat), 12 pm – 11 pm (Sabtu-Ahad)

2. Chicken Milani

Sumber: @allabouthatfood

Okay selain nasi kandar, kat Penang korang kena cuba chicken milani ni juga. Korang boleh pilih nak makan chicken milani dengan nasi briyani, roti naan atau makan macam tu je. Kalau nak lagi best, ambil roti naan cheese. Confirm puas hati.

Alamat:Restoran Kapitan, 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu operasi: Buka 24 jam

3. Nasi Goreng Bantal

Sumber: @sarahdaud1984

Dengan harga serendah RM13, korang boeh share nasi goreng ni dengan kawan-kawan! Walaupun harga seafood kat luar mahal, lauk dan portion kat sini sangat banyak dan pemurah. Apa yang korang boleh dapat dalam sepinggan nasi ialah Nasi goreng ala pattaya, lauk-pauk seperti ayam, daging, udang dan sotong!

Alamat: Adik Char Koey Toew, 53300, Jalan 2/6, Setapak Indah, Danau Kota, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 5 pm -12 am

4. Rojak Tonggek

Sumber: @ikutdanmakan_

Rojak tonggek ni seunik nama dia. Semua bahan-bahan rojak macam buah,bebola dan sayur dicucuk kat lidi lepastu disusun keliling gerai tu dan ada mangkuk isi kuah rojak so korang just ambil mana yang nak makan celup dalam kuah tu. Kat sini la tonggeknya sebab taknak bagi kuah kena baju. Sebab kuah rojak tu semua orang kongsi, korang celup sekali la satu lidi tu. Kesian orang lain kalau bekas mulut tu korang celup lagi. Lidi yang dah habis jangan buang tau, nanti nak bayar  tak ingat pula berapa cucuk dah makan.

Alamat: Jalan Pantai, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi:

5. Daging Harimau Menangis

Sumber: @nadiaacheq

Kalau pergi Thailand wajib makan daging bakar kat sana tapi balik tu terkenang jauh sangat nak pergi. Jangan risau sekarang kat Malaysia pun boleh dapat dah daging bakar ni. Nama pun bukan main lagi Harimau Menangis! Antara tempat sedap yang korang boleh dapat daging ni kat Signature Bangkok Kitchen. Kat sini diorang jual makanan-makanan Thailand macam kat Boat Noodle tu. Semua benda kat sini sedap, so korang jangan risau okay?

Alamat: Signature Bangkok Kitchen, 83 persiaran mahsuri 1/3, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu operasi:

Baca Lagi: 30 makanan menarik di Penang

6. Mee Tulang Singkir Darat

Sumber: @shauqi_1986

Mee tulang ni viral sampai masuk dalam berita TV1 tahun ni. Walaupun perjalanan kesana agak jauh, tapi bila dapat ja makanan hilang semua penat. Sepanjang perjalanan ke kedai ni ada banyak juga kedai lain yang jual mee tulang tapi kedai ni the best la. Kalau korang nak pergi, boleh call dulu kedai book gearbox. Maklumlah orang ramai, takut gigit jari ja bila sampai.

Alamat:Mee Kuah Tulang Singkir Darat, Singkir Darat, 08100 Merbok, Kedah

Waktu operasi: 12.30 pm-11.30pm,Tutup: Jumaat

No Telefon: 019-556 1802

7. Family Mart

Sumber: @miisfoodie

Family mart ni makanan dia kebanyakannya inspirasi dari Jepun. So korang dah boleh rasa makanan Jepun tanpa perlu habiskan duit ke Jepun. Paling famous kat family mart ni dia punya oden. Kalau korang layan drama korea mesti korang selalu tengok diorang makan oden ni. Lagi satu yang famous mestilah aiskrim Matcha. Aiskrim dia lembut jee cair dimulut gitu! Tapi Family Mart ni belum ada kat semua negeri jadi sabar ye siapa yang jauh tu.

Alamat: Outlet Family Mart

Waktu operasi: 24 Jam (Outlet tertentu)

8. Coconut Briyani

Sumber: @etznowornever

Makan briyani dah biasa sangat kan? Apa kata korang try nasi briyani dalam kelapa pula. Apa yang menjadikan nasi briyani kat sini istimewa sebab lauk dan nasi briyani tu dimasukkan kedalam buah kelapa lepastu buah kelapa tu dikukus selama 20 minit menjadikan bau nasi briyani tu sangat unik. Lebih membangkitkan selera bila nasi dihidangkan atas daun pisang.

Alamat: Tengga Briyani, 1, Jalan Cempaka SD 12/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: 24 Jam

9. La Fleur X Uniqorn

Sumber: @_qhee_

Cari tempat dating yang best? atau nak belanja anak-anak? Korang boleh cuba cafe best ni. Kat sini korang boleh pakai onesie unicorn secara free gabung denga hiasan pinky, props unicorn confirm best giler nak ambil gambar post kat instagram. Okay bab makanan pula, cafe ni ada dessert yang korang mesti suka punya! Signature kat sini ialah waffle dia and korang boleh pilih sama ada nak waffle biasa, egglet atau pancake. Waffle panas-panas tu tambah pula topping aiskrim bubblegum, Unicorn Sh*t atau Unicorn Niple. Korang juga boleh jadi barista untuk latte korang sendiri tau! So jangan lupa masuk tempat ni dalam bucket list korang.

Alamat: La Fleur E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Selangor

Waktu operasi: 12 pm-12 am(Isnin-Khamis), 10 am-1 am(Jumaaat-Ahad)

10. Nasi Kak Wok

Sumber: @ikaaazmi

Nasi Kak Wok? Gapo dio pulok tu? haa, kali ni kita bagi makanan best kat Kelantan pula! Selalu kalau datang Kelantan mesti aim nak cari nasi kerabu yang best je. Korang kena tau yang Kelantan ni pun antara syurga makanan tau lepas Penang. Nasi Kak Wok ni ialah nasi berlauk ayam yang dipotong kecil-kecil dan dihidangkan bersama kuah gulai dan sambal belacan. Walaupun makanan ni dengar macam biasa je, korang kena cuba dulu baru korang tau kenapa nasi Kak Wok ni bertahan betahun-tahun lamanya.

Alamat: Kedai Nasi Kak Wok, Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: 7.30 am-2.30 pm, Tutup: Sabtu

11. Teh Tarik Madu

Sumber: @msmnj_

Korang dah pernah try belum teh tarik madu ni? Teh tarik madu ni bukan macam yang kita biasa minum kat kedai mamak tu. Teh yang dibancuh bersama madu lebah asli dan susu tepung ni menghasilkan buih yang banyak sampai melimpah keluar gelas tau. Boleh la korang ambil gambar letak kat instagram. Kalau korang order yang ais, jangan lupa tambah aiskrim. Fuh, sedap giler jadinya. Selain Teh Tarik Madu, korang jugak wajib rasa Sup Kepala Ikan kat sini. Hirup panas-panas confirm korang puas hati dengan rasa dia yang sedap tu.

Alamat: Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu, Pulau Pisang,Jalan Kuala Besar,15350 Kota Bharu,Kelantan

aktu operasi: 7.30 am-4 pm, Tutup: Cuti Umum

12. Tiny Elephant

Sumber: @tinyelephantco

It’s dessert time! Kat kedai ni signature dish dia ialah aiskrim, kek dan waffle yang sangat sedap dan comel sampai tak sampai hati nak makan. Basically semua yang ada kat kedai ni sedap-sedap belaka dan korang kena try sendiri. Ramai yang cakap makanan kat sini simple tapi sedap dan ramai jugak nak pergi lagi. So korang punya turn bila pula?

Alamat: Tiny Elephant – Soft Serve & Coffee, 1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: 12.30 pm-12 am, 2.30 pm-12 am (Jumaat)

13. Ais Kepal Milo

Sumber: @iamdhiasaraa

Kedai ais kepal milo Tok Abah ni pernah viral lepas mendapat liputan dari Majalah 3 membuatkan kedai ini diserbu oleh orang ramai. Kelebihan ais kepal milo ini terletak pada milonya yang pekat dan diperbuat daripada 100% Milo asli. Orang ramai akan mula beratur di gerai ini walaupun ianya belum dibuka dan ada juga yang membawa mangkuk sendiri untuk menikmati ais kepal milo ini berbanding menikmatinya dari plastik.

Alamat: No 3 & 5 Tingkat Bawah Ruangniaga Sinar Mekar Abadi, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu operasi: 12.30 pm- 11 pm

14. Miker Food

Sumber: @mhaniffy

Dah pernah pergi kedai yang viral tapi frust sebab makanan overrated? Sorry to hear that tapi korang kena datang kedai ni sebab makanan dia bukan indah khabar dari rupa. Kat sini makanan dah la sedap tempat makan dia pun best giler! Tomyam nyiur memang terbaik and rugi la kalau korang datang tapi tak cuba. Kat sini macam one stop centre sebab semua jenis makanan ada kat sini. Western, goreng-goreng semua ada dan semua sedap. Jalan-Jalan Cari Makan pun dah terjah tempat ni so korang tunggu apa lagi?

Alamat: Miker Food, Jalan Padang, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: 5 pm-12 am (Selasa-Jumaat), 5 pm-12.30 am(Sabtu), Tutup: Ahad

15. Mee Racun Tulang

Sumber: @chasingaplate

Dengar nama pun anda semua mesti dah pelik kenapa racun? Mati ke lepas makan mee ni? Jangan risau, bukan ada racun cuma deria rasa anda akan teracun dek rasa mee racun yang sedap lagi lazat ni! Mee racun tulang ni menu wajib yang korang kena makan kalau datang ke Batu Pahat. Kuah mee yang pekat yang mesra dengan mee ditambah dengan tulang pastinya membuka selera anda. Bagi peminat gearbox, jangan lepaskan peluang untuk merasai mee racun tulang gearbox.

Alamat: Mee Racun Tulang, TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu operasi: 4 pm-12 am

Makanan Viral 2019

So korang dah tengok 15 makanan viral kat Malaysia pada tahun ni. Jangan lepaskan peluang untuk pergi dan cuba semua makanan ni.

Untuk pelancong yang plan nak pergi bercuti, pastikan korang masukkan list kami sebagai destinasi nombor 1 untuk percutian anda dan bagi penduduk tempatan pula, jangan lupa share untuk perkenalkan makanan ditempat anda kepada dunia luar.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close