Makanan

15 Makanan Sedap dan Viral Johor 2019

Johor, I'm Coming!

Hi, harini kami akan senaraikan 15 tempat yang ada makanan sedap dan viral di sekitar Johor. Kalau korang nak pergi Singapore tu, alang-alang lalu kat Johor, jangan lupa terjah tempat-tempat makanan best ni okay? Rugi la kalau datang Johor tapi tak try makanan kat Johor sebab semua makanan kat sini memang superb sampaikan bangsa Johor kalau keluar dari Johor tu rindu-rinduan la kat makanan Johor ni.

15 Makanan Sedap Johor

Orang Malaysia ni memang suka makan, pergilah mana pun, mesti cari kedai makan yang sedap. Makanan kat hotel pun pandang sepi je kalau tahu ada port best nak makan. So, jom tengok 15 makanan yang sedap kat Johor.

1. Restoran BP Bariani Power

Sumber: @lets_jalan

Sebut saja Batu Pahat Johor, mesti semua dan terbayang-bayang nasi beriani kan. Orang Johor memang pakar buat nasi beriani. Sebab tu la korang kena cuba nasi beriani kalau datang kat Johor. It is a must! Nasi beriani kat Johor ni biasanya ada dua jenis, satu yang biasa, satu lagi beriani gam. Kalau beriani gam ni, lauk tu dikukus sekali dengan nasi. So rasa kuah semua memang mesra la dengan nasi. Kalau korang hantu kambing, memang layan habis la makan nasi beriani dengan lauk kambing.

Lokasi: Restoran BP Bariani Power, 18 Jalan Tukas 2, Taman Soga,Batu Pahat, 83000

Waktu Operasi: 10 am – 7 pm

2. Onn Kitchen

Sumber: @serijaes

Orang Johor kalau sebut je Onn Kitchen ni mesti dah terbayang lontong dia yang sedap giler tu. Onn Kitchen ni bukan setakat tempat dia makan dan unik, lokasi dia pun unik juga sebab dia terletak diantara dua cabang jalan. Tak pelik la kenapa kedai ni tak putus-putus orang datang. Kedai ni menawarkan menu yang berbeza untuk sarapan pagi, lunch dan jugak dinner. Signature dish untuk sarapan pagi dia roti canai, lontong dan lempeng kelapa makan dengan sambal. Walaupun bunyi macam makanan biasa je, ramai yang datang cari tau! So korang jangan terlepas untuk cuba makanan kat sini okay.

Lokasi: Onn Kitchen, 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 7 am – 12 am, ( Sabtu | 7 am – 12 pm, 5 pm -12 am), Tutup: Jumaat

3. Kacang Pool Haji

Sumber: @dilla_jalil

Kaalu turun ke JB, tak lengkap kalau tak cuba makanan kebanggaan orang Johor iaitu Kacang Pool. Sebenarnya kacang pool ni berasal dari timur tengah tetapi telah diolah untuk memnuhi citarasa orang Malaysia. Kuah kacang pool ni dibuat menggunakan kacang yang dimasal sampai pekat dan ditambah daging sebelum dimakan dengan roti bakar. Tambah pulak dengan telur goyang, perah limau kasturi sikit pehhh memang layan la makan kacang pool ni.

Lokasi: Restoran Kacang Pool Haji, Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 7 am – 11 pm

4. Krusty Lobster and Crab (Krusty J’ Crab)

Sumber: @crabkakis

Bagi peminat Spongebob Squarepants, anda wajib datang kat sini dan boleh feeling ada kat Krusty Crab. Hiasan dalaman dia semua berasaskan kartun Spongebob, cuma takda Spongebob la yang kerja kat sini. Kalau bawak anak-anak datang makan, mesti diorang excited dengan hiasan macam tu.Kalau nama restoran pun dah Lobster and Crab, mestilah itu signature dish dia. Korang boleh pilih nak America Rock Lobster, Canadian Lobster atau Alaskan King Crab. Walaupun agak pricey (ye la makan crab dengan lobster kot), rata-rata pengunjung berpuasa hati dengan servis dan rasa makanan kat sini. Setiap ekor lobster atau crab akan dapat percuma 2 set nasi lemak telur dan dua botol sparkling.

Lokasi: Krusty Lobster and Crab, 49, Jalan Bukit Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 6 pm-11.30 pm, Tutup: Selasa

5. Murtabak Majid Special Cheese No. 1

Sumber: @eyranne_

Murtabak Majid ni memang dah lama famous dan menjadi bualan orang kalau baru balik dari JB. Ini antara tempat yang wajib singgah kalau turun JB. Korang boleh pilih 3 jenis initi iaitu ayam, daging dan kambing dan setiap satu ada 3 pilihan lagi iaitu biasa, special atau jumbo. Korang juga boleh pilih nak letak cheese atau tidak dalam murtabak tu. Tapi kalau dah datang jauh-jauh, mestilah kena cuba yang ada cheese! Makan panas-panas lepastu cheese tu tertarik-tarik pulak, mesti rasa nak lagi.

Lokasi: Murtabak Majid Special Cheese No. 1, No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 12 pm – 7 pm

6. Warung Boyan (Bakso Kubur Cina)

Sumber: @akifjurimi

Apa Bakso Kubur Cina? Kenapa ada kubur? Kalau korang nak tau, bakso ni betul-betul kat depan kubur cina, sebab tu nama dia Bakso Kubur Cina. Yang menariknya, bakso ni dijual oleh orang Indonesia sendiri tau. Jadi memang bakso tu rasa asli bakso dari negara seberang la. Dan korang bolih pilih nak makan bakso dengan mee, bihun, maggi atau su’un. Selain itu, korang jugak kena try Rojak Boyanese style kat sini. Overall makanan kat sini memang sedap dan harganya pun murah. So korang jangan terlepas untuk cuba makanan kat sini.

Lokasi: Warung Boyan, Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 7 am – 11 pm

7. Nasi Lemak Wak Kentut

Sumber: @usamahbinmohamad

Nama yang unik dan tak asing lagi bagi penduduk Johor, lebih-lebih lagi bagi orang Kulai. Nama Wak Kentut ini merupakan gelaran untuk pengusaha asal nasi lemak ini memandangkan dia ialah orang Jawa. Nasi lemak ni dah beroperasi lebih 30 tahun dan ramai pelanggan tetap sanggup datang dari jauh sebab nak makan nasi lemak yang sedap ni. Orang ramai sanggup beratur panjang demi sepinggan nasi lemak dengan ayam yang digoreng panas-panas setiap masa. Jadi kalau korang berada di sekitar Kulai, pastikan korang tak terlepas untuk rasai sendiri keenakkan Nasi Lemak Wak Kentut ni.

Lokasi: Nasi Lemak Wak Kentut, 130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

Waktu Operasi: 5 pm – 12 am

8. Mughni Saujana Cafe

Sumber: @kiswonderbake

Kalau datang makan kat sini sila tabah ya, sebab orang memang ramai dan kena beratur. Ye, korang kena beratur nak ambil makanan. Tapi penat-penat beratur tu nanti semua hilang lepas dapat makanan. Korang nak makan apa? Just name it, Mee Hoon Soto, Nasi Lemak, Lontong Basah dan Lontong Kering semua ada! Lepastu kalau makan Nasi lemak, letak paru, ayam goreng, telur puyuh. Huishh, memang menangis la makan semua ni sebab sedap sangat! Oh ya, jangan lupa juga untuk try rendang kambing dan daging jugak kat sini.

Lokasi:Mughni Saujana Cafe, 8, Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 7 am – 12 pm (Tutup:Jumaat)

9. Kedai Siput Sedut Wak Dol

Sumber: @ayunnihassan

Mana nak cari lunch kat Johor ni ye? Okay kalau nak cari lunch, tolonglah pergi Kedai Siput Sedut Wak Dol sebab makanan kat sana memang banyak pilihan dan korang surely akan suka dengan makanan kat sedap semuanya sedap giler. Nak ikan bakar, nak ulam dengan sambal? Semua ada. Dan satu menu yang korang wajib cuba mestilah Siput Sedut  masak lemak cili api! pehhh rasa makanan kat sini memang kenalah dengan selera orang Malaysia. Sebab tu kedai ni dikunjungi oleh pelbagai bangsa tau.

Lokasi: Warung Siput Sedut Kg Pasir, 13 13J Jalan Dato Musa Pengkalan Rinting Tampoi 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 10 am – 4 pm

10. Sweet Banana Pisang Goreng

Sumber: @kaklynn

Kalau korang tengah cari minum petang atau makanan ringan, inilah tempat yang paling sesuai untu korang terjah. Kat sini bukan setakat pisang goreng saja ada tau, macam-macam makanan lain pun ada jugak, antaranya keropok lekor yang dibawa khas dari Kelantan. Selain itu diorang juga jual ubi keledek goreng, tofu goreng, dan pelbagai lagi jenis makanan goreng. Yang pastinya, korang akan puas hati dengan semua jenis juadah yang dijual kat sini tau. Apa yang menjadikan pisang goreng kat sini istimewa sebab tepung yang digunakan tu digoreng sehingga garing kriuk-kriuk.

Lokasi: Sweet Banana Pisang Goreng, Jalan Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 1 pm – 6 pm

11. JB Bubur Nasi Istimewa No.1

Sumber: @whtsgood_

Jika korang sukakan makanan yang ringkas untuk makan malam, inilah lokasi yang sangat sesuai untuk korang kunjungi. Bubur nasi disini sangat sedap dan disertakan dengan sedikit lauk seperti kangkung goreng belacan, telur masin, lobak cincang, kacang serta ikan bilis. Apabila semua ini digaul, pastinya ia memukau tekak korang. Memandangkan kedai ni anda dikawasan yang jual makanan lain juga, korang boleh la order makanan lain seperti kerang rebus dan sate.

Lokasi: Bubur Istimewa No. 1 Sentosa, 28, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 6 pm – 3 am, Tutup: Isnin

12. Al Mizan Satay House

Sumber: @fizfeezfiz

Hello peminat sate! Dah cuba the best sate kat Johor ke belum? Satay Al Mizan ni dah beroperasi dari 1973 dan masih beroperasi sampai harini. Rahsia sate ni mampu bertahan mestilah sebab rasa sate dia yang sedap, ditambah dengan saiz sate yang besar-besar! Kuah sate kat sini memang pekat dan sedap giler weh! Selain sate, korang jugak boleh try mee bandung dia. Fuh memang terangkat tambah-tambah dengan saiz udang dia yang besar gedabak tu. So make sure tempat ni masuk dalam bucket list korang!

Lokasi: Al Mizan Satay House, 1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 12 pm -12 am, Tutup: Khamis

13. Mee Racun Tulang

Sumber: @chasingaplate

Dengar nama pun anda semua mesti dah pelik kenapa racun? Mati ke lepas makan mee ni? Jangan risau, bukan ada racun cuma deria rasa anda akan teracun dek rasa mee racun yang sedap lagi lazat ni! Kalau dah selalu makan mee dengan udang dan sotong, korang kena try Mee Racun Tulang ni pulak Mee racun tulang ni menu wajib yang korang kena makan kalau datang ke Batu Pahat. Kuah mee yang pekat yang mesra dengan mee ditambah dengan tulang pastinya membuka selera anda. Bagi peminat gearbox, jangan lepaskan peluang untuk merasai mee racun tulang gearbox.

Lokasi: Mee Racun Tulang, TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Operasi: 4 pm-12 am

14. Alan Thai Cafe

Sumber; @alanthaicafe

Nak try bingsu yang sedap? Korang boleh cuba kat Alan Thai Cafe ni sebab bingsu diorang viral sampai semua warga Twitter dan Facebook dah tau. Macam-macam bingsu ada kat sini tau. Bingsu oreo, greentea, strawberry, watermelo semua ada. Selain bingsu, korang jugak boleh dinner kat sini sebab kedai ni sebenarnya kedai masakan Thai jadi semua makanan Thailand macam tomyam semua tu ada. Jangan lupa try kerabu meggi kat sini sebab dengar kata orang siap tapau bawak balik lagi kalau lepas makan!

Lokasi: Alan Thai Cafe, No. 64, Jalan Intan 12, Taman Cahaya Masai,Pasir Gudang, Johor

Waktu Operasi: 4.30 pm – 2.30 am

15. Pot and Pans Cafe

Sumber: @malayfoodlicious

Bagi cafe hipster hunter, inilah port paling best untuk korang terjah kat Johor. Dekorasi kat dalam sangat minimal dan kemas. For sure korang akan suka. Kat sini ada macam-macam makanan juga dari starters, entree, pasta dan desserts. Untuk Minuman pulak ada coffee, tea, milkshake dan macam-macam lagi. Apa yang recommended kat sini ialah salted egg yolk prawn pasta sebab sedap giler! Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan rasa dan harga kat sini. Ada yang pernah try tak makanan kat sini?

Lokasi: Pots & Pans Cafe, 15, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 12 pm – 3 pm , 6 pm –11 pm , ( Jumaat | 3 pm – 11 pm), Tutup: Isnin

Konklusi

Jadi kami dah senaraikan 15 makanan yang sedap dan viral di Johor untuk korang. Jangan lupa untuk terjah dan try semua makanan yang sedap dan power diatas kalau korang pergi Johor okay?

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close