Selalu sakit hati sebab makanan viral semua diluar KL? Jangan risau, kalini kami akan senaraikan 15 makanan sedap dan halal yang ada di sekitar KL untuk warga KL sekalian. Kalau anda semua nak tahu, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak tempat makan yang viral dan sedap! So bagi yang dah lama memendam rasa tengok makanan viral kat tempat lain, kita tengok pulak apa yang ada kat KL.
15 Makanan Sedap di KL
Dah tak sabar nak tau tempat makan best kat KL? Semua kedai makan yang kami senaraikan ni memang wajib pergi tambah-tambah untuk warga kota yang busy dan tak berkesempatan nak pergi bercuti.
1.Baby Coconut Briyani
Bagi penggemar nasi briyani, this is for you. Nasi briyani kat sini is another level of nasi briyani yang mana nasi dan lauk dimasukkan kedalam kelapa dan dikukus selama 10 minit sebelum dihidangkan diatas daun pisang. Sebelum dikukus, air kelapa muda dan beberapa bahan lain juga dimasukkan menjadikan nasi beriani disini sangat unik dan wajib dicuba. Manakala pilihan lauk pula ialah ayam, kambing, itik, ikan pari dan juga sayur-sayuran. Rata-rata yang telah mencuba setuju yang nasi beriani kat sini sangat sedap.
Alamat: Restoran Mahesha, 36, Jalan Tun Mohd Fuad 1,Taman Tun Dr.Ismail,6000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Waktu Operasi: Buka 24 Jam
2.Restoran Golek-Golek
Dah penat menghadap jem dengan bangunan tinggi-tingi kat ibu kota tu? Apa kata dihujung minggu korang lari kejap dari kesibukkan kota untuk makan malam dalam suasana kampung. Suasana kat sini memang cun dengan rekaan rumah melayu asli lama, siap ada pelita pada waktu malam tau.
Walaupun kedai ni suasana melayu, tapi korang boleh juga order western food kat sini. Signature kat sini ialah Ikan Bakar Sambal Petai dan ada tiga jenis ikan korang boleh pilih iaitu Siakap, Pari dan Ikan Sebelah Nabi. Sambal kat ikan bakar dia tu memang layan habisla kalau makan dengan nasi kosong pun. Kalau korang nak makan western, pukul 6 dia dah start buat tapi lauk-lauk lain kena tunggu pukul 7 baru start buat. Dan kalau korang nak ambil gambar atau nak melawat kawasan sekitar tu, datang awal sikit baru cantik nak bergambar.
Alamat: Golek Golek Restaurant, Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7 pm-12 am, Tutup: Isnin
3. Sate Zaini
Kalau sebut pasal sate, mesti semua orang dah terbayang Sate Haji Samuri yang memang tak boleh dinafikan keenakkannya. Tapi ada satu lagi sate yang warga KL boleh cuba iaitu Sate Zaini. Sedapnya Sate Zaini ni sampai masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tau!
Sate ni memang legend la sedapdah beroperasi dari tahun 1980. Walaupun sate ni mendapat banyak permintaan, namun Sate Zaini masih mengekalkan cara membakar tradisional iaitu dengan menggunakan arang sekaligus mengekalkan rasa sate yang sama untuk berzaman. Terdapat tiga jenis pilihan sate iaitu sate ayam, daging dan kambing. Kesemua sate ini diperap sempurna dan isinya juga lembut dan sangat sedap. Makan pula dengan kuah kacang yang cukup rasa, memang layan habis makan sate kat sini sebab tu la sate ni dikatakan antara the best sate in town!
Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6 pm- 11.30 pm
4. Samudra Exotic River Fish Restaurant
Bagi peminat ikan sungai, lepasni korang tak payah susah-susah pergi Temerloh dah sebab kat KL pun dah boleh dapat ikan patin yang segar. Korang nak masak asam tempoyak tu pun boleh. Restoran ni merupakan restoran pilihan artis dan juga golongan VIP tau dan diorang juga pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Makanan yang signature kat sini mestilah Asam Tempoyak Patin! Selain tu, korang jugak kena try Ikan Pekasam Goreng. Uniknya ikan pekasam kat sini sebab ia digoreng rangup dan pedas. Dalam erti kata lain, lain la dari yang korang dah selalu makan atau goreg kt rumah. Dah makan kenyang, jangan lupa makan tapai dengan aiskrim vanilla untuk dessert. Pehh, memang layan habis.
Alamat:Rumah Rohas No 59 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 11 am-10 pm
5. Restoran Ewa Chinese Cuisine
Suka makanan cina tapi susah nak cari yang halal? Bagi peminat makanan cina, inilah tempat yang paling sesuai untuk korang kunjungi. Kedai makanan Chinese Muslim sangat terkenal dengan Crispy Chicken Rice dia. Jadi bagi sesiapa yang berkunjung kesini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba signature dish yang confirm sedap! Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan makanan disini.
Alamat: 2831, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 pm-10.30 pm
6. A Plus Nasi Lemak
Dah bosan dengan nasi lemak biasa? Nak cuba nasi lemak yang best dan sedap? A Plus Nasi Lemak kan ada.. Nasi lemak kat sini special sebab nasi lemak tu panas-panas dari buluh tau! Atau korang boleh try nasi lemak sizzling. Menang rare la nasi lemak kat sini. Makan pulak dengan kuah kari kambing, pehhh memang tak toleh kiri kanan dah la. Selain tu, korang juga boleh makan free-flow ice-cream kat sini! Walaupun kedai ni berkonsep cina, tapi semua daging kat sini dari pembekal muslim tau. So korang bolehlah makan dengan senang hati kat sini.
Alamat: A Plus Nasi Lemak House, 68100, 31-63, Jalan SJ 17, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 10.30 am-9 pm
7. Roti John Titiwangsa
Kalau duduk area Keramat tapi tak tau tempat ni, memang koman la korang. Roti John kat sini memang antara yang roti john yang terbaik dan murah di abad ni. Dah la murah, sedap, portion besar pulak tu. Memang rugi la kalau tak pernah cuba roti john ni. Yang special kat sini, siap ada roti john tuna tau! Selalu ada ayam dengan daging je kan? Tu yang buat kedai ni jadi rare tu. Kalau korang order yang special, siap ada fries lagi. Boleh la kasi kat anak-anak kan. Harga roti john kat sini bermula dari RM3.50 je. Kalau korang nak special effect cheese bertali tu, haa tambah RM2.50 ajo confirm puas hati!
Alamat: Roti John Titiwangsa, 199, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 4 pm-12 am
8. RSMY Cheese Naan
Sebut pasal Cheese Naan, memang RSMY la yang terbayang kan? Mereka ni antara pelopor yang start naan cheese kat Malaysia ni. RSMY Cheese Naan ni memang wajib terjah la walau sekali dalam hidup. Kalau korang suka cheese, korang boleh order Naan Cheese extra cheese, confirm perut kenyang, hati senang. Makan pula dengan kima kambing, memang esok tu korang wajib pergi jogging. Kima kambing ni sejenis kuah yang kambing tu dihancurkan so dia jadi pekat dan memikat la. Kima kat sini, memang kambing dia lagi banyak dari kuah so makan naan cheese tu dengan kima kambing memang perfect la rasa makanan tu! RSMY ni ada 3 cawangan tau. so warga KL tu jangan tak cuba pula cheese naan kat sini.
Alamat 1:Restoran RSMY Best Cheese Naan, 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi 1: 3 pm-12 am (Isnin-Jumaat), 12 pm-2 am (Sabtu), 12 pm-12 am (Ahad)
Alamat 2: RSMY Best Cheese Naan, 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi 2: 11 am- 12 am (Isnin-Jumaat, Ahad) , 11 am-1 am (Sabtu)
Alamat 3: RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN, G8,, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi 3: 11 am- 12 am (Isnin-Jumaat, Ahad) , 11 am-1 am (Sabtu)
9. Restoran Sambal Hijau
Tekak melayu menangis asyik makan makanan hispter? Kat sini la korang boleh pujuk tekak korang dengan lebih 80 jenis lauk yang dimasak segar setiap jam. Restoran ini telah mula beroperasi sejak tahun 2004 dan pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pada 2008 menjadikan pengunjung kedai ini melebihi 2000 orang setiap hari! Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan variasi lauk yang ada kat sini so orang KL, jangan terlepas peluang untuk makan kat sini.
Alamat: Sambal Hijau Restaurant, 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7 am-2 am
10. Ayam Gepuk Pak Gembus
Tentukan sendiri pedasmu, Anda pedas kami puas! Gempak kan slogan Ayam Gepuk Pak Gembus ni. Dan mereka memang maksudkan tau slogan tu. Macam mana? Korang boleh pilih berapa jumlah cili yang korang nak dalam sambal korang. nak 10? 40? 100? sampai 300 pun bole mintak tau. Jadi kedai ni memang sesuai dengan orang yang suka makan pedas. Yang bestnya, lepas korang order baru sambal tu dibua tau! Bahan-bahan untuk sambal tu mestilah cili, lepastu ada bawang putih, kacang dan minyak goreng ayam. Minyak goreng ayam ni rahsia sambal tu sedap tau. Sambal tu kemudian dituang atas ayam goreng yang dah diketuk. Peh memang mesra habis la ayam tu kalau makan dengan sambal. Set makanan kat sini bermula dengan RM7.90 je so sangat berbaloi kalau korang nak try.
Alamat 1: Ayam Gepuk Pak Gembus, 108-134, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi 1: 11 am-10 pm, Tutup: Isnin
Alamat 2: Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia Cawangan Ke2 Selayang, Taman Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi 2: 11 am-10 pm, Tutup: Jumaat
11. Ikan Bakar Mat Teh
Makan ikan bakar selalu tak fresh dan isi dah tak manis? Jangan risau sebab kat Keramat ni ada satu kedai yang memang terbaik dan sedap untuk makan ikan bakar. Kalau datang sini, cukup ambil ikan bakar, nasi putih, air asam, ulam-ulaman dan sambal. Tu pun memang dah cukup layan dah nak makan. Lauk-lauk lain boleh juga nak ambil buat extra cause why not kan? Ikan kat sini dibakar kosong dengan daun kunyit dan daun pisang sahaja tapi memang sedap giler bila cicah dengan air asam tu! Ada macam-macam jenis ikan kat sini tapi ikan yang korang wajib rasa ialah ikan terubuk dan ikan pari. Memang berbaloi-baloi dengan saiz dan isi ikan yang manis tu. Ada yang dah pernah cuba ikan bakar Mat Teh ni?
Alamat: Mat Teh Ikan Bakar, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 am-4 pm, Tutup: Ahad
Baca Lagi: Resepi Roti Gulung
12. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
Sebut sahaja ayam goreng kunyit, pasti semua orang sudah dapat mengagak menu simple dimana ketulan ayam kecil yang digaul kunyit dan digoreng garing bersama kacang panjang dan lobak merah. Walaupun menu ini ringkas, Mat Rock Ayam Goreng Kunyit berjaya mendapat tempat dihati warga kota buat sekian lama dan berjaya membuka beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur.Kalau korang sukakan makanan yang ringkas tetapi sedap, makanan ini sangat sesuai untuk anda dek rasanya yang cukup sedap.
Alamat: Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 am- 11 pm
13. Restoran Patatimo
Untuk sek kito yang rindu kampung halaman tapi tak dapat cuti nak balik Kelate, korang boleh datang Restoran Patatimo ni untuk melepaskan rindu dekat makanan-makanan di Kelantan. Kalau dah restoran pun nama Patatimo (Pantai Timur), mesti lah semua makanan kat sini makanan asli dari Kelantan. jadi kalau tak boleh balik, jangan sedih-sedih deh, pergi je restoran ni confirm terubat rindu kat makanan di Kelantan. Makanan kat sini sedap dia sma macam kat Kelantan tu!
Alamat: Restoran Patatimo, D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7.30 am-5 pm
14. Rocket Kitchen
Okay kat rocket kitchen ni, korang wajib cuba nasi kukus dia sebab memang the best. Tapi kalau korang jenis yang suka makan pedas, korang kena makan Mee Panas Punggung kat sini. Nama pun dah gempak kan. Kat sini korang boleh pilih tahap kepedasan dia sama ada 10%,50% atau 100%. Jadi kalau korang memang jenis yang makan pedas, boleh lah cuba yang 100% tapi confirm meleleh-leleh juga air mata sebab diorang guna cili burung yang dikeringkan dan mee itudibuat berkuah so memang lain la dari yang korang pernah makan samyang tu. Memang sedap la layan mee ni kalau korang memang hantu pedas.
Alamat: B-11-G, Jalan Serai Wangi G 16/G,Alam Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10 am-10 pm, Tutup: Ahad
15. Toowomba Deli & Meats
Kalau korang mencari makan western pada harga yang berpatutan, mungkin ini adalah lokasi yang terbaik untuk korang kunjungi. Pada harga serendah RM16.90, korang dah boleh makan lamb chop yang mengenyangkan dan sedap. Portion untuk lamb chop ini agak besar dan rasanya pastinya sangat memuaskan hati. Selain itu, mashed potato disini juga sangat memuaskan hati dan menjadi pujaan ramai pengunjung dek kelembutan dan kegebuan makanan itu.
Alamat: Toowoomba Deli & Meats (Steak House), G-3A, PV 128, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6 pm-12 am
Baca Lagi: 15 Makanan Yang Sedap Di Johor 2019
Konklusi
Dalam entri kali ini penulis telah menyenaraikan 15 makanan sedap daan halal di sekitar Kuala Lumpur. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan-makanan sedap dan viral ini jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur!