Resepi

5 Jenis Hidangan Yang Anda Boleh Buat Dengan Lebihan Makanan Hari Raya

Tiada lagi pembaziran makanan

Selamat Hari Raya! Hari kemenangan akhirnya tiba setelah sebulan berpuasa. Tiba masa untuk menjamu Ketupat, Lemang, Rendang, and Kuih Raya! Malangnya, ada satu perkara yang sering kita lakukan ialah memasak terlalu banyak sehingga banyak berbaki. Jadi, apa patut kita buat dengan makanan tersebut? Dengan resepi di bawah, anda boleh jadi kretif dengan bahan sedia ada dan tidak membazir makanan.

5 Jenis Resepi Yang Anda Boleh Buat Dengan Lebihan Makanan Hari Raya!

1. Nasi Goreng Rendang

Gambar: @novita._.sari (Instagram)

Tentulah menjadi satu pembaziran jika kita terpaksa membuang makanan yang paling lazat di dunia. Apabila anda sudah muak selepas memakannya dengan Ketupat atau Lemang, anda masih boleh menikmati rendang dengan cara yang berbeza. Jom kita buat Nasi Goreng Rendang!

Bahan-bahan:
Nasi putih (1 Pinggan)
Perencah Rendang (1 Sudu Besar)
Telur (1)
Daging rendang, dihiris nipis (2 keping)
Kicap (1 Sudu teh)
Minyak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, buat telur hancur, angkat dari api, dan ketepikan.
  2. Masukkan kicap, kacau rata.
  3. Masak hingga bumbu agak kering dan nasi bersalut sepenuhnya.
  4. Sedia untuk dihidangkan!

2. Karipap Rendang

Gambar: @anakbungsuamsterdam (Instagram)

Selain sebagai makanan utama, rendang juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan. Tetapi bukan sekadar untuk dimakan, bermakna anda boleh memproses daging rendang bersama herba dan bahan-bahan lain untuk dijadikan inti Karipap. Rasanya lebih sedap daripada karipap Sardin atau kentang yang biasa anda makan. Tak percaya? Jom cuba buat!

Bahan-bahan pastri:
Tepung (250 gram)
Garam (1/4 sudu teh)
Minyak sayuran (50 ml)
Air (100 ml)

Cara-caranya:

  1. Buat pastri dengan mencampurkan semua bahan dan uli hingga rata.
  2. Bulatkan adunan menjadi ketulan kecil, ratakan dengan penggelek
  3. Isikan inti Rendang, kemudian lipat dan kepilkan bahagian tepinya.
  4. Goreng dalam minyak panas sehingga masak, dan sedia untuk dihidangkan!

Lontong Goreng

Gambar: @arifeddy (Instagram)

Lepas raya pertama mesti ada yang segelintir tiada lagi lauk tetapi ada banyak baki Nasi Impit / Ketupat di rumah kan? Apa kata kita buat Lontong Goreng? Ia sangat mudah untuk dibuat!

Bahan-bahan:
Nasi Impit/Ketupat (1 mangkuk)
Pes cili (1 Sudu Besar)
3 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih – blend
Udang kering (2 Sudu Besar) – blend kering
Udang – kupas kulitnya
Sos tiram (2 Sudu Besar)
Kicap (2 Sudu Besar)
Kicap pekat (1 Sudu Besar)
4 biji telur
daun kucai
Taugeh
Bawang goreng
Minyak
Garam dan Gula

Cara-caranya:

Mula-mula tumis cili api, bawang besar, bawang putih, udang kering. Seterusnya, masukkan sos tiram, kicap, kicap gelap, udang, dan perasakan dengan garam dan gula. Kemudian, pecahkan telur dan kacau rata. Diikuti dengan Nasi impit/ketupat, taugeh dan daun kucai. Akhir sekali, taburkan pada bawang goreng. Ia sedia untuk dihidangkan!

  1. Tumis cili api, bawang besar, bawang putih, udang kering.
  2. Masukkan sos tiram, kicap, kicap pekat, udang, dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Diikuti dengan Nasi impit/ketupat, taugeh dan daun kucai.
  4. Akhir sekali, taburkan pada bawang goreng. Ia sedia untuk dihidangkan!
Gambar: @zila_norazila (Instagram)

Masih mempunyai lebihan lauk raya seperti kari, sambal kacang ataupun rendang di rumah? Anda mungkin bosan memakannya bersama Ketupat, jadi apa kata cuba makan bersama Lempeng? Selalu nya lempeng dimakan bersama kelapa atau sambal tumis kan? Ia sangat cepat untuk dibuat dan sangat lazat! Hidangkan kepada tetamu, mesti bertambah punya!

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air biasa
2 sudu besar minyak
1 biji telur
sedikit garam
sedikit gula jika suka
Daun bawang – dihiris halus

Cara-caranya:

Taburkan bawang besar dan daun kucai, masak dengan api perlahan. Apabila ia masak, terbalikkan dan masak sebelah lagi. Canai Lempeng dan potong 3 bahagian. Sedia untuk dihidangkan dan celup dengan kari!

  1. Campurkan tepung gandum, air & garam hingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper, masukkan sedikit minyak masak, ambil senduk adunan tadi dan ratakan adunan.
  3. Apabila ia masak, terbalikkan dan masak sebelah lagi.
  4. Ulang proses sampai habis adunan.
  5. Sedia dihidangkan bersama kuah kacang, kari atau rendang.

5. Kuih Kacang Coklat

Gambar: @dinacookies_ (Instagram)

Adakalanya, kami mendapat begitu banyak hadiah berupa Kueh Raya daripada saudara mara dan sahabat handai. Memang seronok ada Kueh Raya di rumah, cuma kadang-kadang kita dapat jenis Kueh Raya yang sama. Untuk mengatasinya, anda boleh mengubah suai Kueh Raya sedia ada dengan resipi berikut untuk menjadikannya berbeza!

Bahan-bahan:
Kueh Raya pilihan anda (sebaiknya guna biskut butter atau biskut kacang)
Coklat (1 blok)
Kacang tanah panggang/badam, dicincang kasar (250 gram)

Cara-caranya:

  1. Cairkan coklat dan celup kuih Raya ke dalam coklat.
  2. Kemudian, tabur kacang ke keliling kuih Raya
  3. Ketepikan dan biarkan sehingga mengeras.
  4. Ulang proses sampai habis dan nikmati kuih Raya

Selamat Hari Raya!

Apa pun yang anda lakukan pada musim hari raya ini, jangan lupa untuk terus menerapkan etika dan jaga kebersihan untuk menjaga kesihatan orang tersayang. Dengan artikel ini, ahli-ahli Foodie mengucapkan Selamat Hari Raya!

Resepi: @novita._.sari (Instagram), @zila_norazila (Instagram), @dinacookies_ (Instagram)

Baca Juga: Begini Caranya Untuk Memohon Sijil Halal Untuk Perniagaan Dari JAKIM

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close