FoodUncategorized
6 Benda Berkaitan Dengan Kopi Yang Orang Malaysia Boleh Faham
Orang Malaysia memang suka sangat kopi. Tak kiralah kopi di Kopitiam, kedai Mamak, kafe ataupun di rumah. Kalau nak mulakan hari mestilah minum secawan Kopi Peng atau Kopi Cham dulu kan? Untuk kita penggemar Kopi, tak ada benda yang lebih masuk akal selain kopi! Sempena Hari Kopi Antarabangsa, jom kita tengok beberapa MEME yang kami dah kumpulkan dan cuba teka yang mana anda!
6 Benda Tentang Kopi Yang Orang Malaysia Boleh Faham
1. Terangkan Perbezaan Americano & Kopi O
Faham sangat kes ni. Memang seakan-akan perbincangan bezanya Cappuccino dan Latte. Mestilah, kita suka minum kopi di Kopitiam. Semuanya ada rasa unik yang tersendiri. Tapi kalau dah macam ni, macam mana nak terangkan perbezaan Americano dan Kopi O? Pst! Kami pun ada situasi yang sama dengan ibubapa kami, kalau tahu jawapan tolonglah kongsi dengan kami.
2. Hari-hariku Tanpa Kopi
Satu cawan kopi mana cukup macha! Apalah sarapan, makan tengah hari dan makan malam tanpa kopi? Minum petang pun kita boleh ngopi dengan Kopi Cham! Eh, gitu. Aplikasi kesihatan kita yang kira-kira kalori semua tu pun dah kenal kopi sebagai makanan harian ya. Tapi, kalau korang masih fikir minum banyak-banyak kopi ni bahaya, oh percayalah, bukan kami tapi orang sekeliling yang akan kee siao nanti.
3. Kopi Cayaq
Kopi cair?? Kalau orang utara panggil kopi cayaq. Panggil boss sekarang, nak cakap sikit. Eh, gurau jelah tapi murunglah kan kalau kopi kita cair, kan? Dah la setiap tegukkan tu terasa nikmat! Tapi, bayangkan kopi tu tak cukup KAW. Tak chun lah, kan?
4. Kopi Kurang Manis
Pernah tak order “Mamak, kopi KURANG KURANG KURANG manis satu” tapi yang datang Kopi O Kosong? Haiya boss, kami nak kopi kurang manis yang tak pahit sangat saja. Macam manalah nak bagitahu?
5. Kopi? NAK!
Bawa bertenang semua! Kami masih cintakan Teh O Ais & Teh Tarik. Jangan salah faham. Tapi, kalau boleh pilih, mestilah nak kopi setiap hari setiap masa kan? Tambah-tambah spesies Burung Hantu yang suka berjaga malam-malam kena belajar, buat kerja ni – memang perlukan kopi baru tak nampak macam zombi.
6. Kopi Tapi Aiskrim
Ya ya. Sekarang semua dah tahu betapa cintanya kita pada kopi. Tak kiralah gula-gula, kek, pai atau apa-apa sekali pun – kalau kopi mesti onz! Kegilaan terbaru kami mestilah NESCAFÉ GOLD Cappuccino ni!
Sempena bulan Kopi Antarabangsa, mestilah kami nak syorkan aiskrim terbaru kegemaran kami! Disaluti ganache lembut kopi NESCAFÉ GOLD sebenar, bahagian dalamnya pula terdapat kelazatan seimbang antara aiskrim vanilla dan kopi NESCAFÉ GOLD. Oh! Kami juga ada buat eksperimen macam mana nak nikmati aiskrim ni dengan sepenuhnya – gigit, bukan jilat! Bila anda gigit aiskrim ni, salutan kopi di bahagian luar tu akan cair dalam mulut sekali dengan aiskrim di bahagian dalam dan anda boleh nikmati kelazatan rasa kopi, susu dan kemanisan yang luar biasa! Dengar macam susah kan tapi percayalah! Anda akan berterima kasih nanti.
Selamat Ngopi!
Kesimpulannya, kopi tak pernah gagal membahagiakan hari kita. Jadi kalau anda rasa murung hari ni, mesti sebab belum minum kopi. Sehari tanpa kopi pastinya akan, bak kata orang, depresso. Gurau jelah, nah satu lagi MEME untuk anda. Semoga hari yang indah dan kekal selamat, bye!
Baca Juga: Terokai 3 Tempat Percutian Yang Semakin Hangat Di Vietnam: Nha Trang, Da Lat & Phu Quoc
Tonton Siri Dokumentari – Foodie Originals
–
Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways), dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!