Shopee

6 Cara Untuk Mendapatkan Shopee Coins Yang Telah Membantu Saya Berjimat Sebanyak RM300 Setakat Ini

Kita selalu mencari barang-barangan yang bukan sahaja dari penjual yang boleh dipercayai, tetapi juga murah. Selain dari baucar Free Shipping dan baucar-baucar diskaun lain, adakah anda tahu bahawa Shopee juga mempunyai Coin yang boleh digunakan untuk menebus barangan terpilih atau menukarnya menjadi diskaun? Beginilah cara untuk mendapatkan Shopee Coins dan menikmati penjimatan yang lebih banyak pada pembelian anda yang seterusnya.

Klik untuk Shopee Coins disini.

6 Cara Pengumpulan Shopee Coins Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Diskaun & Ganjaran

1. Pesanan Yang Telah Selesai

Shopee Coins
Gambar: Shopee (Laman Web)

Seperti yang telah anda ketahui, anda pasti akan mendapat Shopee coins setelah pesanan anda selesai. Ya, anda berhak memperoleh 1 Shopee Coin bagi setiap RM1 untuk pesanan yang dibuat dari mana-mana penjual Shopee Preferred atau Shopee Mall. Sebagai contoh, jika harga pembelian akhir pesanan anda (selepas diskaun & harga penghantaran) adalah RM50, maka secara automatik anda akan menerima 50 Shopee Coins setelah pesanan anda selesai.

Namun, anda hanya dapat mengumpul maksimum 100 Shopee Coins sahaja bagi setiap pesanan walaupun jumlah pesanan tersebut melebihi RM100. Anda juga boleh mengumpul maksimum 150 Coins setiap hari dan 300 Coins seminggu melalui cara ini. Anda juga perlu tahu bahawa Shopee Coins yang telah dikreditkan ke akaun anda akan luput pada masa 3 bulan selepas pengkreditan.

2. Menilai Produk Yang Telah Dibeli

Shopee Coins
Gambar: Shopee (Laman Web)

Cara lain yang mudah untuk mendapatkan Shopee Coins adalah dengan menilai produk yang telah dibeli. Dengan cara ini, anda boleh mengumpul sebanyak 5 Coins bagi setiap produk dengan syarat penilaian tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 50 aksara, 1 foto dan 1 video. Manakala, 3 Coins akan diberi sekiranya penilaian anda mengandungi sekurang-kurangnya 50 aksara dan 1 foto atau video.

3. Ganjaran Coins Harian

Shopee Coins
Gambar: Shopee (Website)

Selain ini, anda juga boleh mengumpul Shopee Coins setiap hari dengan mengklik ikon ‘Free Coins Daily, Check In Now‘ atau ‘Daily Coins Rewards‘ di laman utama Shopee. Dengan mengkliknya, anda akan diarahkan ke ‘Coins Reward Page‘ dimana anda boleh mendaparkan Coins secara PERCUMA dengan mengklik butang ‘Check-In Today To Get 1 Coin‘. Ingin tahu apa yang lebih menarik? Sekiranya anda mendaftar masuk setiap hari secara berturut-turut, anda boleh memperolehi lebih daripada 1 Coins setiap hari.

4. Permainan & Aktiviti Pemasaran

Inilah bahagian yang menyeronokkan. Adakah anda tahu Shopee mempunyai pelbagai permainan di halaman ‘Shopee Prizes‘? Sama ada anda menanam pokok di Shopee Farm dan memenangi Shopee Coins atau hadiah-hadiah hebat selepas menuai. Atau, tukar berlian yang telah dikumpul kepada Shopee Coins melalui permainan lain, seperti Shopee Candy atau Shopee Bubble. Semestinya, ini adalah cara yang paling menyeronokkan untuk mengumpul Coins! Mungkin ada beberapa tahap yang mencabar, tetapi di mana keseronokan tanpanya, bukan?

5. Menonton Shopee Live

Shopee Coins
Gambar: Shopee (Laman Web)

Cara seterusnya adalah melalui Shopee Live. Shopee Live adalah saluran yang membolehkan penjual mengadakan sesi live streaming interaktif untuk mempromosikan kedai dan produk mereka secara langsung kepada pengguna-pengguna Shopee. Semasa siaran berlangsung, penjual tersebut boleh memberikan ganjaran kepada pengguna-pengguna Shopee yang sedang menonton sesi tersebut. Ganjaran-ganjaran yang boleh diperoleh termasuk Shopee Coins dan baucar. Ikon ‘Reward Coins‘ boleh muncul pada bila-bila masa semasa sesi tersebut, dan anda hanya perlu mengklik ‘Claim‘ untuk mendapatkan ganjaran yang ditawarkan.

6. Ganjaran Coins Cashback 

Shopee Coins
Gambar: Shopee (Laman Web)

Shopee semestinya mempuyai banyak baucar untuk ditawarkan kepada pengguna-pengguna setia Shopee. Selain baucar Free Shipping dan RM15 OFF, baucar 10% Cashback juga merupakan pilihan ramai. Bukan sahaja anda dapat menggunakan baucar ini, baucar Free Shipping dan Shopee Coins secara serentak, tetapi anda juga boleh mendapatkan pulangan tunai sebanyak 10% atau 25% dalam bentuk Shopee Coins. Walaupun sebahagian besar baucar ini tidak memerlukan jumlah pembelian minimum, ia hanya boleh digunakan untuk kedai-kedai terpilih dan Cashback Sellers sahaja.

Selamat Membeli-belah!

Sehingga kini, saya telah berjaya berjimat sebanyak RM300 dari seluruh perbelanjaan saya di Shopee. Oleh itu, saya berharap maklumat ini dapat membantu pembaca sekalin. 100 Shopee Coins adalah bersamaan dengan RM1. Ia juga boleh diguna untuk menebus produk-produk terpilih di Shopee. Jadi, jangan lupa menutut baucar-baucar yang ditawarkan setiap bulan dan kumpul Shopee Coins. Lihat juga halaman Facebook kami untuk beberapa produk Shopee yang menarik. Selamat membeli-belah!

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close