Makanan

6 Lokasi Menarik dan Makanan Sedap Cameron Highland 2019

Strawberry Land!

Sebut saja Cameron Highland mesti semua dah terbayang strawberi yang merah dan manis ataupun ladang teh yang hijau dan sangat menenangkan disana. Memandangkan UPSR dah habis dan PT3 pun dah tak lama lagi nak habis, kali ni kami bawakkan entry berkenaan tempat yang sangat famous semasa cuti persekolahan. Jadi anak-anak dah boleh mula ajak mak ayah plan untuk jalan-jalan masa cuti hujung tahun ni.

2019: Makanan Sedap Cameron Highland

Kalau pergi holiday, makanan merupakan elemen penting yang mempengaruhi percutian dan mood seseorang. Kalau dapat makanan yang sedap, mesti percutian tu terasa sangat bermakna dan sempurna. Jadi kami akan bantu korang untuk dapatkan makanan yang sedap di sekitar Cameron Highland. Jom kita tengok 15 makanan yang best dan sedap di Cameron Highland.

1.Nasi Lemak Sambal Strawberry

Sumber: @amzarismail

 

Sumber: @abang.strawberry

Sambal strawberry? Yes, they invented that too! Bagi yang belum pernah mencuba sambal strawberry, anda perlu mencubanya at least sekali seumur hidup anda. Rasa sambal strawberry bersama ikan masin ini memang sangat sepadan ditambah pula dengan nasi lemak dan ayam berempah. Memang sedap giler! Sambal strawberry ni juga ada yang dibotolkan tau. Jadi kalau takut mengidam lepas balik tu, bolehlah grab sebotol dua.

?No 27, Kampung Taman Sedia,Tanah Rata

? 8 AM – 8 PM, Rabu: 8 AM – 8 PM

? 019-478 1700

BACA LAGI: Makanan Sedap Johor

2. Tea Cake, Ladang Boh

Sumber: @rainy_96

 

Sumber: @atirahazmi

Perjalanan ke Ladang teh BOH ini memang agak sukar tapi sebaik saja korang sampai, mesti hilang semua keletihan sebab permandangan kat sini superb cantik dan sangat menenangkan minda. Selain suasana yang Instagramable kat sana, korang juga berpeluang untuk merasai kek yang sedap dan teh panas yang confirm ngam gila dengan angin sejuk kat sana. Teh yang recommended kat sana confirm la teh strawberry dan kek pulak ada banyak jenis tapi yang paling mendapat sambutan ialah Tea Cake and Nasi Lemak Cheese Cake. Yes, Nasi Lemak Cheese Cake yang pernah viral dulu. Nak tau sedap atau tak, korang kena cuba sendiri!

? BOH Sungai Palas Tea Centre, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

? 8.30 AM – 4.30 AM, Tutup: Isnin

? 05-496 2096

3. Avant Chocolate

Sumber: @lieysa_azlin

 

Sumber: @jannah_jane

Avant Chocolate ni adalah satu destinasi yang berbaloi untuk korang singgah sebab kat sini dia gabungkan dua konsep iaitu Green View Garden dan Strawberry Moment Dessert Cafe. Jadi bolehlah korang makan strawberry chocolate sambil menikmati permandangan yang indah kat sini. Kat Green View Garden tu ada beberapa port menarik lagi iaitu tanaman strawberry, House of Lavender dan Make a Wish. Untuk pengetahuan korang, Make a Wish ialah laluan yang dipenuhi botol-botol kaca kecil yang mana terdapat kertas yang situlis mesej oleh pengunjung. Ala-ala film Message in a Bottle gitu. Di Strawberry Moment Dessert pula, terdapat makanan yang berasaskan stawberry, chocolate dan ice-cream! Semua dessert kat sini memang sedap-sedap belaka sampai korang kena lupakan diet korang!

? 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

? 9 AM – 6.30 PM

? +6 05 – 4981 982

4. Restoran Nolina Food

Sumber: @Restaurant Nolina Food

Kalau korang nak cari sarapan yang best dan power kat Cameron Highland, korang boleh singgah kat Restoran Nolina Food ni sebab ada macam-macam pilihan makanan untuk sarapan. Ada nasi lemak beraneka lauk,nasi kerabu,nasi dagang,mee goreng ,bihun singapore,roti bakar, rti canai dan lain-lain lagi. Kuih-muih kat sini juga dikatakan sangat sedap dan terdapat Kuih Seri Muka Pulut Durian pada musim durian. Pada tengahari pula, anda boleh menikmati nasi lauk campur. Rata-rata pengunjung yang pernah berkunjung ke sini dangat gembira sehinggakan ada yang sanggup menikmati makanan disini sepanjang percutian mereka.

? Lot 89, Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

? 8 AM – 4 PM, Tutup: Selasa

? 019-407 5437

5. Steamboat & Grilled,  Restoran Taman Abang

Sumber: @azri.anwar

 

Sumber: @daohbooter

Suhu di Cameron Highland memang sangat sejuk lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jadi kalau korang nak menikmati makan malam, steamboat and grilled merupakan makanan yang sangat sesuai untuk dinikmati dalam suasana yang sejuk dan berangin di Cameron Highland. Satu lokasi yang boleh anda kunjungi untuk menikmati steamboat and grilled yang best dan berbaloi ialah Restoran Taman Abang. Laluan untuk masuk ke ruang makan dipenuhi pokok-pokok strawberry yang digantung diatas kepala dan hiasan dalaman kat sini juga sangat cantik. Pilihan makanan dan perapan disini juga pelbagai dan makanan sentiasa ditambah apabila makanan berkurangan dan pastinya seorang foodie akan gembira dengan unlimited food and beverage kat sini!

? 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

? 8 AM – 12 AM, Tutup:Rabu

? 016-225 0315

6. KHM Strawberry & Jam Cafe

Sumber: @wandoncha

 

Sumber: @syifa.sukir

KHM Strawberry ialah antara ladang strawberry terawal yang diusahakan oleh bumiputera dan ini antara lokasi yang korang boleh kunjungi untuk petik buah strawberry sendiri! Antara makanan yang anda boleh cuba disini ialah strawberry cheesecake, scones, waffle dan pavlova. Rata-rata pengunjung mencadangkan scones disini yang dikatakan antara yang tersedap yang pernah mereka cuba. Selain dessert dan buah strawberry, korang juga boleh membeli jam, kordial, halwa dan bebraba produk lain yang tak kurang sedapnya! Jadi jangan lupa untuk masukkan KHM Strawberry & Jam Cafe dalam bucket list korang jika datang ke Cameron Highland.

? No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

? 9 AM – 5 PM (Isnin – Khamis), 9 AM – 6 PM (Jumaat-Ahad)

? 05-491 5809

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 6 tempat dengan makanan yang sedap dan tempat yang menarik disekitar Cameron Highland. Pastikan senarai ini ada kat top list korang untuk dilawat ketika berapa di Cameron Highland!

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close