News
Juadah Hari Raya Anda Akan Terasa Lebih Menyerlah Dengan Krim Masakan Ini
Apa khabar Foodies? Menjelang Aidilfitri ini, sudah pasti ramai yang ingin tonjolkan bakat memasak masing-masing. Eh, awal sangat ke? Tapi apa salahnya mencuba kan? Kepada mereka yang ingin menjamu tetamu dengan juadah yang lain daripada yang lain, apa kata anda cuba serapkan elemen moden di dalam resepi anda? Krim masakan daripada Anchor ini sudah pasti akan menyerlahkan lagi keenakan menu Syawal anda.
Berikan Elemen Moden Kepada Juadah Tradisional Dengan Menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream
Juadah tradisional seperti ketupat, lemang dan nasi impit sudahpun sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jadi sudah tentulah kita perlu sediakan lauk pauk dan hidangan yang sepadan dengannya. Kebetulan pula kami telah pun menemui resepi yang sesuai untuk anda!
Baru-baru ini, Anchor Food Professionals telah mengeluarkan 10 resepi juadah Hari Raya bersempena dengan kempen ‘Inspirasi Raya’ mereka. Tapi, apa yang membuatkan resepi-resepi ini begitu istimewa?
Memperkenalkan, Anchor Extra Yield Cooking Cream – diformulakan bagi kestabilan haba dan memberikan tekstur yang lebih berkrim. Menjadikan ia bahan yang sesuai untuk menyuntik elemen moden ke dalam hidangan tradisional anda. Tambahan pula, krim masakan ini akan memberikan rasa tenusu asli yang lemak berkrim kepada juadah anda. Bahan yang cukup ringkas tetapi sangat menyelerakan. Nak masak kuih-muih pun boleh!
Berikut adalah 10 juadah yang direka semula menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream:
- Rendang Tok
- Rendang Ayam Pedas
- Bubur Pedas Sarawak
- Rendang Kambing Hitam
- Lontong Johor
- Ayam Masak Lemak Cili Padi
- Ikan Bakar
- Kuih Lapis
- Kuih Puteri Ayu
- Salted Caramel Kurma Banana Shake
Semua resepi ini didapati melalui laman Facebook Anchor Food Professionals.
Rendang Ayam Pedas: Juadah Raya Ikonik Untuk Juadah Raya yang Terhebat (Menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream)
Bahan-bahan:
Pes Rendang
- 300g bawang merah di potong kasar
- 80g bawang putih yang dikupas kulitnya
- 80g halia yang siap dihiris
- 8 tangkai serai yang telah dipotong
- 40g lengkuas dihiris secukupnya
Bahan Lain
- 80g pes cili kering (jangan buang biji cili jika ingin lebih pedas)
- 1 helai daun kunyit
- 1.5kg ayam yang telah dipotong
- 250ml Anchor Extra Yield Cooking Cream
- 300ml air
- 2 sudu besar kerisik
- 2 helai daun limau purut segar
- 2 biji asam keping
- Garam dan lada hitam (secukup rasa)
- Daun kunyit yang telah dihiris (untuk hiasan)
Langkah 1: Untuk membuat pes rendang, kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas sehingga lumat.
Langkah 2: Tuang pes rendang tadi ke dalam periuk besar bersama cili kisar, ayam, Anchor Extra Yield Cooking Cream, air, kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
Langkah 3: Masak menggunakan api sederhana selama 50 minit sehingga ayam menjadi empuk dan masak.
Langkah 4: Masukkan garam dan lada hitam mengikut citarasa sendiri.
Langkah 5: Sebelum api dipadamkan, tabur hirisan daun kunyit sebagai hiasan dan anda sudah boleh menjamu selera!
Nikmatilah Jamuan Raya Terhebat Bersama Yang Tersayang!
Memandangkan membeli-belah secara atas talian kini makin digemari ramai, krim masakan ini juga boleh didapati di laman sesawang Shopee, Lazada dan juga Kedai Barangan Bakeri berhampiran anda. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang resipi-resipi yang telah direka semula menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream, anda boleh layari laman Facebook Anchor Food Professionals.
Tambahan lagi, jika anda ingin mencuba resipi Rendang Ayam Pedas ini, jangan lupa ambil gambar dan kongsikan bersama di Facebook sini! Ikut serta hujung minggu ini untuk memenangi hadiah menarik! Selamat mencuba!
Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram
Artikel Berkaitan: