News

KPT: Prosedur Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021

Ambil tahu ya!

Menurut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini, menerusi Mesyuarat Sidang Khas Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021 telah bersetuju untuk membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak. Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.

Pergerakan Pulang Bermula 7 -12 Mei 2021

KPT telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal. Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7-12 Mei 2021. Manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus ialah 15-20 Mei 2021.

Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

Aktiviti Dan Protokol

Semua aktiviti dibenarkan kecuali:

  • bersalaman dan bersentuhan
  • berkumpul tanpa menjaga penjarakan fizikal dan dalam bilangan yang ramai.

Arahan Tetap:

  • Peraturan 15 P.U.(A) 8/2021
  • Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN, KKM dan Kerajaan Negeri
  • Mematuhi Garis Panduan Pengurusan Operasi IPT

Pergerakan Diantara Semenanjung, Sabah dan Labuan

Kawalan pergerakan pelajar yang akan pulang/kembali ke kampus

  • Pergerakan di dalam Semenanjung, Sabah dan Labuan
  • Pergerakan dari Sabah dan Labuan ke Semenanjung
  • Pergerakan dari Semenanjung dan Sabah ke Labuan.

Mengenal pasti pelajar yang akan pulang

  • Pelajar yang ingin pulang perlu mendaftar dengan pihak IPT.
  • Semua pelajar dibenarkan pulang kecuali lokaliti yang dikuatkuasakan PKPD dan negeri yang menguatkuasakan larangan pergerakan.
  • Proses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memulakan pergerakan pulang.

Penetapan tarikh pergerakan pelajar pulang

  • IPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 7 hingga 12 Mei 2021.
  • Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikut;
  1. Pelajar pulang dengan menggunakan kenderaan sendiri.
  2. Pelajar IPT dijemput oleh Ibu/bapa/penjaga.
  3. IPT membantu menguruskan bas IPT/bas sewa untuk pelajar pulang

*Pelajar tidak dibenarkan untuk bergerak menggunakan kenderaan awam kecuali melalui khidmat penerbangan

Persiapan dokumen

  • IPT mengeluarkan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri kepada semua pelajar yang telah diberikan kebenaran pulang.

Sistem pelaporan pergerakan pelajar

  • IPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang telah bergerak pulang.

Pengasingan pelajar

  • Pelajar dari kawasan PKP (Kelantan) perlu menjalani pengasingan kendiri di rumah keluarga masing-masing (6 hari).

Penetapan tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampus

  • IPT menentukan jadula pergerakan pelajar secara berfasa bermula 15 hingga 21 Mei 2021
  • Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  1. Pelajar kembali dengan menggunakan kenderaan sendiri
  2. Ibu/bapa/penjaga menghantar pelajar kembali ke kampus.
  3. IPT membantu menguruskan bas IPT/bas sewa untuk pelajar kembali ke kampus

*Pelajar tidak dibenarkan untuk bergerak menggunakan kenderaan awam kecuali melalui khidmat penerbangan

Persiapan Dokumen

  • Pelajar menggunakan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri yang sedia ada.

Pergerakan pelajar ke kampus

  • Urusan pergerakan masuk pelajar mesti dipantau dan direkod
  • Pelajar menggunakan Aplikasi MySejahtera / QR Code atau menulis secara manual nama dan no. telefon.

Proses saringan kesihatan

  • Proses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memasuki kampus

Sistem pelaporan pergerakan pelajar

  • Pihak IPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang akan kembali ke kampus

Pengasingan pelajar

  • Pelajar tidak perlu menjalani proses pengasingan kecuali pelajar yang tiba dari kawasan PKP.

Pergerakan Pergi Dan Pulang Dari Sabah

Mengenal pasti pelajar yang akan pulang ke Sabah

  • Pelajar yang ingin pulang perlu mendaftar dengan pihak IPT.
  • Semua pelajar dibenarkan pulang kecuali lokaliti yang dikuatkuasakan PKPD dan negeri yang menguatkuasakan larangan pergerakan.
  • Proses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memulakan pergerakan pulang

Penetapan tarikh pergerakan pelajar pulang ke Sabah

  • IPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 7 hingga 12 Mei 2021.
  • Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikut
  1. Pelajar pulang dengan menggunakan kenderaan sendiri.
  2. Pelajar IPT dijemput oleh Ibu/bapa/penjaga.
  3. IPT membantu menguruskan bas IPT/bas sewa untuk pelajar pulang

*Pelajar tidak dibenarkan untuk bergerak menggunakan kenderaan awam kecuali melalui khidmat penerbangan

Persiapan dokumen

  • IPT mengeluarkan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri kepada semua pelajar yang telah diberikan kebenaran pulang.

Sistem pelaporan pergerakan pelajar

  • IPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang telah bergerak pulang.

Ujian Swab

  • Semua pelajar yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara/laut perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag atau berdasarkan arahan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

Penetapan tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampus

  • IPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 15 hingga 21 Mei 2021
  • Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  1. Pelajar kembali dengan menggunakan kenderaan sendiri.
  2. Ibu/bapa/penjaga menghantar pelajar keembali ke kampus.
  3. IPT membantu menguruskan bas IPT/bas sewa untuk pelajar kembali ke kampus.

*Pelajar tidak dibenarkan untuk bergerak menggunakan kenderaan awam kecuali melalui khidmat penerbangan

Persiapan dokumen

  • Pelajar menggunakan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri yang sedia ada.

Pergerakan pelajar ke kampus

  • Urusan pergerakan masuk pelajar mesti dipantau dan direkod
  • Pelajar menggunakan Aplikasi MySejahtera / QR Code atau menulis secara manual nama dan no. telefon

Proses saringan kesihatan

  • Proses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memasuki kempus

Sistem pelaporan pergerakan pelajar

  • Pihak IPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang akan kembali ke kampus.

Ujian Swab

  • Semua pelajar yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara/laut perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag.

Pengasingan pelajar

  • Pelajar tidak perlu menjalani proses pengasingan kecuali pelajar yang tiba daripada kawasan PKP

Pergerakan Hanya Melibatkan 103,994 Pelajar IPT

Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggar hanya melibatkan 103, 994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.4 juta pelajar. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam (6) kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini.

Maklumat Lanjut

Para pelajar dan ibu bapa boleh merujukĀ  Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim yang telah disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my. Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus mengubungi pegawai penyelarasa di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628. Semua pihak mestilah mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa sehingga arahan terkini berhubung perkara ini dimaklumkan.

Pautan: MoHE

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close