News

BKC: Bujang B40 Akan Menerima Bantuan RM200 Mulai Ogos 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas COVID19 (BKC) melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).Pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini. Berikut dikongsikan info lanjut tentang kelayakan serta bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media Khas Tersebut.

Apakah Bantuan Khas COVID-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rkayat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Syarat Kelayakan

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar
  • B40
  • M40

Jumlah Bayaran Yang Layak Diterima Mengikut Kategori

Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:

Miskin Tegar

  • RM1,300 (Isi Rumah)
  • RM500 (Bujang)

B40

  • RM800 (Isi Rumah)
  • RM200 (Bujang)

M40

  • RM250 (Isi Rumah)
  • RM100 (Bujang)

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Pembayaran BKC akan dibuat seperti yang tertera di jadual berikut:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Kategori Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  • Kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  • Kategori M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Cara Permohonan

Semakan status boleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) apabila tarikh rasmi diumum kelak.

  1. Layari portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  3. Rujuk menu semakan untuk melihat status pembayaran.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini tentang bayaran BKC, sila rujuk Portal BPR dan Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19 di SINI. Semoga perkongsian kali ini dapat memudahkan urusan anda.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close