News
Cubalah Cara Ini Untuk Mendapatkan Tarikh Vaksinasi Dengan Lebih Awal
Seperti yang kita tahu, begitu ramai lagi rakyat Malaysia yang masih lagi belum mendapat tarikh vaksinasi mereka. Perkara ini sudah tentulah sangat merisaukan. Lebih-lebih lagi kerana ada lagi warga emas, dan orang kurang upaya yang masih lagi menanti waktu untuk dipanggil. Tetapi nampaknya ramai rakyat Malaysia yang telah menemui taktik untuk mendapatkan tarikh vaksinasi dengan lebih awal.
Dua Cara Untuk Mendapatkan Tarikh Vaksinasi Dengan Awal
Okay, jangan buat andaian yang bukan-bukan ya. “Trick” yang tular di media sosial ini bukanlah berdasarkan saranan kerajaan. Namun begitu, ramai yang mengaku bahawa teknik ini telah membantu mereka untuk mendapatkan tarikh vaksinasi dengan lebih cepat. Jadi tak salah kan kalau kita nak cuba?
Cara Pertama: Daftar Semula
Langkah 1: Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke menu utama. Tekan simbol jarum (COVID-19 Vaccination).
Langkah 2: Tekan www.vaksincovid.gov.my
Langkah 3: Anda boleh tekan “Daftar Sekarang” dan isi semua borang daftar vaksinasi.
Cara Kedua: Membuat Laporan Di Aplikasi MySejahtera
Langkah 1: Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke menu utama. Tekan simbol meja (Helpdesk).
Langkah 2: Tekan “Start”
Langkah 3: Pergi ke bahagian yang paling bawah dalam menu dan tekan huruk “K” atau “Other Queries”
Langkah 4: Tekan huruf “E” atau “Other Issues”.
Semoga Berjaya!
Menurut mereka yang telah menggunakan teknik-teknik ini, anda akan mendapatkan tarikh vaksinasi anda seawal 3 – 14 hari. Jadi harap bersabarlah ye sementara nak tunggu dapat tarikh tu. Sekiranya teknik ini tidak berjaya tidak apalah.
Sementara itu, mengikut posting terbaharu Khairy Jamaluddin, warga emas tidak perlu lagi menunggu tarikh dan boleh terus pergi ke pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan.Tarikh perlaksanaan ini akan diumumkan di kemudian hari.
Artikel Berkaitan: