Makanan Timur Tengah sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, kedai-kedai yang menyajikan makanan dari Timur Tengah semakin banyak. Bagi anda yang belum tahu tentang Restoran Timur Tengah ini, Dandy Modern Food menawarkan pelbagai jenis hidangan makanan dari Timur Tengah.
Dandy Modern Food
Setelah kejayaan Restoran pertama di Bayan Baru, Dandy Modern Food melebarkan sayap dengan membuka cawangan baru mereka di Queensbay Mall! Dengan lebih 140 pilihan makanan, Dandy Modern Food sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia yang sememangnya sukakan makanan! Tak tahu apa yang anda perlu cuba? Jom lihat pilihan makanan yang kami akan syorkan.
Dandy Lamb
Nasi Arab sememangnya makanan ruji bagi masyarakat Timur Tengah. Aroma Nasi Arab dan rasanya sendiri sudah menyelerakan walaupun tanpa sebarang lauk. Lebih membuka selera pastinya daging kambing yang enak dan lembut. Dibakar sehingga masak sempurna menjadikan hidangan utama ini sungguh menyelerakan.
Chicken Shawarma
Shawarma bukan lagi makanan asing bagi masyarakat Timur Tengah. Shawarma ialah gabungan daging ayam dan sayuran yang dibalut bersama roti. Bagi anda yang tidak menggemari ayam, anda juga boleh mencuba Beef Shawarma atau Vegetable Falafel bagi vegetarian.
Picnic Pizza
Walaupun Pizza bukan makanan yang sinonim dengan Timur Tengah, Dandy Modern Food mengambil inisiatif berani dengan memperkenalkan Pizza sebagai salah satu menu utama disini. Terdapat 4 jenis pizza yang disediakan di Dandy. Jadi bagi anda yang gemarkan daging, anda boleh mencuba Picnic Pizza iaitu gabungan beberapa jenis daging bersama barbeku sos dan mozarella cheese.
Panna Cotta
Pencuci mulut selepas makan semestinya sesuatu yang wajib jika anda makan diluar. Bagi anda yang inginkan kelainan, Panna Cotta adalah pilihan yang tepat! Gabungan puding susu bersama sos buah peach yang sangat menyelerakan. Selain dari itu, ianya juga sangat sangat comel untuk dimasukkan di Instagram anda!
Cubalah Hari Ini!
Hari istimewa semakin hampir? Buatlah tempahan anda harini ini di Dandy Food Modern! Jangan lepaskan peluang untuk merasai kesedapan makanan dari Timur Tengah di Pulau Pinang! Untuk maklumat lanjut, anda lawati Facebook, Instagram dan Laman Web Dandy Modern Food.
Dandy Modern Food @ Arena Curve
? 72-1-17 & 72-1-18, Arena Curve, Jalan Mahsuri, Bayan Lepas, 11950 Pulau Pinang.
? +6 017 557 3141
Dandy Modern Food @ Queensbay Mall
? GF- 112 &113, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
? ++6 012 566 3141