Sebut floating market mesti semua dah terbayang floating market di Hatyai,Thailand. Kalau korang nak tahu, kat Malaysia pun dah ada floating market jadi korang tak perlu ke Hatyai lagi sebab kat Malaysia semua ada! Setakat ni Malaysia sudah ada tiga lokasi floating market iaitu 2 di Kelantan dan terbaru di Perlis. Jadi kalau korang nak budget vacay, tiga lokasi floating market ni boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan kedalam bucket list.
Floating Market
Floating market ialah tempat dimana para peniaga berkumpul diatas sampan dalam satu barisan panjang dan menjual makanan dari atas sampan! Pembeli akan berada didarat dan urusan jual beli makanan biasanya dilakukan dengan pelanggan meletak duit didalam bakul yang dihulur oleh peniaga dan makanan juga diberikan dengan cara yang sama. Bagi yang pernah pergi ke Hatyai, pengalaman di floating market pastinya sesuatu yang dirindui. Tapi jangan risau sebab kat Malaysia pun dah ada floating market ni. Bolehlah korang lepas rindu dengan budget yang lebih rendah!
Kelantan
Floating Market Pulau Suri
Floating market di Kelantan merupakan floating market pertama di Malaysia dimana ia telah beroperasi sejak 2016. Apa? 2016 dah ada floating market kat Malaysia? Ya guys, 2016 lagi dah ada floating market ni kat Malaysia tapi waktu tu floating market tak hype lagi jadi agak kurang liputan pasal ni dan tak ramai tahu pasal kewujudan floating market kat Kelantan ni.
Untuk sampai ke floating market, korang perlu menaiki bot berbayar dari Jeti Kuala Besar di Kota Bharu. Bayaran untuk sehala bagi ke floating market boleh didapati serendah RM2 dan perjalan dari jeti ke floating market hanya 10 minit. So bolehlah korang rasai pengalaman naik bot sebelum makan makanan yang sedap-sedap kat sana. Dah sampai di jeti, korang akan dikenakan bayaran RM2 pulak tau untuk masuk ke dalam kawasan floating market tu. Total perbelanjaan pergi balik dari Jeti Kuala Besar – Floating Market – Jeti Kuala Besar cuma RM6 sahaja! Tips dari orang yang pernah berkunjung kesana, bawak duit lebih sikit sebab makanan dan barang kat sana murah. Rugi kalau tak grab!
Bahagian makanan kat sana pula, memang korang akan rambang mata sebab banyak sangat pilihan makanan sampai korang rambang mata nak pilih. Antara makanan yang korang boleh cuba kat sini ialah jeli kelapa, kerabu nipah, lokan bakar, seafood celup tepung, ketupat sotong dan macam-macam lagi. Floating market kat Pantai Suri hanya beroperasi seminggu sekali tau iaitu hari Sabtu jadi pastikan korang take note dan plan awal-awal okay.
Lokasi: Pulau Suri, Tumpat, Kelantan
Waktu Operasi: 8 AM – 3 PM, Setiap Sabtu
Floating Market Pengkalan Datu
Selepas kejayaan floating market pertama di Pulau Suri, satu lagi floating market telah dibuka dan kali ini bertempat di Lembangan Sungai Pengkalan Datu (LSPD). Floating market ini di Pengkalan Datu mengetengahkan konsep pasar darat dan pasar terapung pada masa yang sama. Tempat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasar darat yang diusahakan oleh peniaga pasar tani manakala satu bahagian lagi dusahakan oleh peniaga diatas boat seperti di Hatyai.
Pengunjung boleh mencuba pelbagai makanan asli kelantan disini seperti nasi kerabu, laksam, nasi lauk pagi, aneka buah-buahan tempatan dan juga ikan segar yang dijual terus dari atas bot oleh nelayan. Prasarana di floating market ini juga menjadikan tempat ini sangat ideal untuk korang jalan-jalan dan makan disana. Terdapat kelong berdekatan dengan tempat peniaga yang menyediakan meja bagi pengunjung menjamu selera disana.Selain makanan, korang juga boleh mencuba dan merasai pelbagai aktiviti lain seperti river cruise, membuat wau bulan dan menyaksikan persembahan dikir barat dan juga kolam renang! Confirm best giler kat sini jadi jangan terlepas untuk rasai pengalaman ni sendiri.
Lokasi: Lembangan Sungai Pengkalan Datu
Waktu Operasi: 8 AM- 3 PM, Setiap Sabtu
Perlis
Floating Market Pengkalan Tok Kuning
Seperti yang dah viral padan bulan September ni, satu lagi floating market dirasmikan dan kali ni, di Utara pula iaitu di Perlis Indera Kayangan. Jadi bagi orang utara, jangan lepaskan peluang untuk jadi antara orang terawal untuk merasai pengalaman floating market di Perlis! Floating Market ini telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 23 September 2018.
Floating market ini bertempat di Pengkalan Tok Kuning iaitu kira-kira 5km dari bandar Kangar dan floating market ni beroperasi 2 minggu sekali pada setiap Ahad. Korang boleh cuba pelbagai makanan dan minuman yang sedap-sedap belaka di floating market ni. Antara makanan yang boleh didapati ialah pulut, nasi ayam, laksa, kerabu maggi, somtam dan lain-lain. Uniknya floating market disini kerana barangan basah seperti ikan segar dan buah-buahan tempatan juga boleh didapati pada harga yang murah.
Di peringkat permulaan ni, hanya 10 bot yang menjalankan perniagaan namun bilangan peniaga akan bertambah dari masa ke semasa. Selain makanan, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki cruise menyelusuri Sungai Perlis dari Jeti Nelayan Pengkalan Tok Kuning menuju Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis dengan bayaran RM6 untuk seorang. Bagi yang berada di sekitar Perlis, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman ke floating market di Malaysia!
Lokasi: Pengkalan Tok Kuning, Kangar, Perlis
Waktu Operasi: 5 PM – 10 PM, (Setiap Ahad,dua minggu sekali)
Konklusi
Penulis telah menyenaraikan 3 floating market di Malaysia yang telah beroperasi di Kelantan dan Perlis. Jangan lepaskan peluang untuk pergi kesini dan rasai sendiri pengalaman di floating market dalam Malaysia! Jimat masa dan jimat wang!