Bantuan Kerajaan
Cara Untuk Dapatkan Diskaun 50% Pakej Video Foodie Melalui Geran Digital PMKS 2025

Kalau korang ada kafe, bakeri dari rumah, butik aksesori atau apa-apa je bisnes kecil, inilah peluang korang untuk kembangkan lagi bisnes korang! Sekarang korang boleh dapat DISKAUN 50% (maksimum RM5,000) dengan pakej pengiklanan Foodie melalui Geran Digital PMKS 2025.
Apakah Geran Digital PMKS 2025?
Geran Digital PMKS 2025 ni adalah inisiatif kerajaan untuk bantu perniagaan kecil dan sederhana berkembang secara digital. Geran ni dibawakan oleh:
-
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
-
Bank Simpanan Nasional (BSN)
-
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Foodie Media pula adalah salah satu penyedia digital rasmi yang ambil bahagian jadi korang boleh terus mohon servis seperti video promosi, konten media sosial & banyak lagi.
Melalui Geran Digital PMKS 2025, Foodie Media berbangga untuk menawarkan diskaun 50% bagi iklan video — membantu kafe, restoran dan peruncit Malaysia mengembangkan jenama mereka bersama kami.”
– Pinn Yang.
Contoh Harga Pakej
📦 Pakej Video Foodie
Harga asal: RM6,000 (termasuk 8% SST)
Korang bayar: RM3,240 (50% daripada harga asal)
BSN bayar: RM3240 (baki)
Tapi jangan lupaa, bayaran harus dibuat dalam masa 14 hari lepas kelulusan. Kalau tak, permohonan akan terbatal dan perlu mohon balik.
Siapa Boleh Mohon?
✅ Perniagaan milik sekurang-kurangnya 60% rakyat Malaysia
✅ Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
✅ Dah beroperasi minimum 6 bulan
✅ Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000
❌ Pernah terima geran ni sebelum ni? Tak boleh mohon lagi ya.
Kalau korang berminat, boleh daftar klik di sini.
Cara Penyertaan
Permohonan ini dibuka pada 20 Julai 2025. Apa yang korang kena sediakan:
-
Isi borang online, klik di sini (link akan dibuka pada 20 Julai 2025).
-
Sediakan dokumen berikut:
-
Kad Pengenalan pemilik/pengarah (depan & belakang)
-
Profil perniagaan SSM terkini
-
Penyata kewangan terkini ATAU 2 bulan penyata bank terbaru
-
Sebutharga atau invois dari Foodie Media
-
Proses ambil masa lebih kurang 3–7 hari bekerja. Korang akan dapat emel bila lulus.
Cara Pembayaran
✔️ Lepas lulus, bayar 50% melalui pautan pembayaran FPX yang akan dihantar oleh Funding Societies
⛔ Jangan bank in terus ke akaun Foodie Media (tak dibenarkan)
📧 Korang akan terima resit rasmi selepas pembayaran selesai
Peringatan: Harus buat bayaran dalam masa 14 hari. Kalau lambat, permohonan akan terbatal secara automatik.
Tip Terakhir: Mohon Sekarang!
Geran ni memang laku keras, siapa mohon dulu, dia dapat dulu. Jadi, siapkan dokumen awal-awal dan bersedia untuk apply pada 20 Julai 2025 nanti! Kalau nak kembangkan bisnes tanpa jumlah belanja yang besar, inilah masanya.
Nak info lanjut? Klik disini.