Seperti yang kita tahu, suri rumah adalah mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi ‘bekerja’ di dalam rumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga, mereka ini tiada sumber pendapatan tetap. Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,teruskan membaca.
Apakah I-Suri KWSP?
i-Suri KWSP. Permohonan bantuan suri rumah RM480 kini masih diteruskan dalam Perbelanjawan 2021 bagi suri rumah yang tiada sumber pendapatan tetap semasa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif i-Suri yang patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.
Manfaat I-Suri
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun.
- Bantuan kematian sebanyak RM 2,500.
- Menerima dividen tahunan KWSP.
- Bantuan hilang upaya.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih)
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
Nota Tambahan: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Siapa Yang Boleh Mencarum
- Suami kepada pasangan yang layak.
- Diri sendiri (isteri).
Borang Pendaftaran Dan Cara Permohonan
Kepada sesiapa yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:
- Borang i-Suri – KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Pembayaran Caruman
- Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank
- Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank
- Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
- Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.
Had Bayaran
- Minimum (RM sahaja): Tiada had
- Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Semakan Status Pendaftaran
- Layari portal RASMI RASMI E-KASIH
- Masukkan maklumat No Kad Pengenalan
- Klik ‘carian’ untuk semak pendaftaran.
PERINGATAN: Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem e-Kasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (Balu, bercerai ataupun bujang).
Maklumat Lanjut
- Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)
- Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)
Sumber: KWSP
—
Artikel Berkaitan: