Malaysia

Baru Beli 10 Barang Dah Kena Bayar Sampai RM50!? Cuba Shopping Kedai Ni, Tak Sampai RM30 Pun!

Harga barang yang dulu RM10 dah jadi RM15. Kalau dulu RM50 boleh bawa balik satu troli barang dapur, sekarang mungkin cukup-cukup untuk isi satu bakul je. Ye, memang ramai dah rasa kesan kos sara hidup yang makin tinggi. Tapi jangan risau, kita masih boleh kawal perbelanjaan harian kalau tahu cara yang betul. Jom tengok 5 tips mudah nibukan je boleh bantu jimat, tapi boleh buat korang rasa lebih yakin setiap kali keluar shopping!  

5 Tip Mak-Mak Untuk Jimat Poket 

1. Banding Harga Dulu, Baru Beli

Korang jangan terus sambar barang masuk troli tau. Sekali sekala, ambillah masa untuk semak harga dulu. Kadang-kadang barang yang sama ada kat kedai lain dengan harga jauh lebih rendah. Contohnya, kebanyakan barang keperluan di Eco-shop ni mesra poket. Kalau dapat jimat RM2-RM3 untuk satu barang, bayangkan berapa boleh jimat kalau beli 10 barang?

2. Beli Bundle

Untuk barang yang kita memang selalu guna seperti sabun, tisu, mi segaralebih berbaloi kalau beli dalam kuantiti besar. Biasanya harga akan jadi lebih murah bila beli bundle. Dan, tak perlu ulang-alik ke kedai banyak kali. Simpan stok, hati pun tenang.

3. Hidden Gems

Korang tahu tak kedai-kedai harga tetap seperti Eco-Shop ada banyak barangan yang berkualiti dengan harga mampu milik dari jenama sendiri dari RM2.60 je! Bekas makanan, alat tulis, bahan memasak dan penjagaan diri dari jenama boleh dipercayai seperti CASA, MAMA, GANSO, EXCUE dan banyak lagi! 

4. Pilih Berdasarkan Kualiti, Bukan Hanya Jenama

Jimat Barangan Eco-Shop

Korang pernah tak terfikir, produk yang kurang dikenali atau tak terlalu popular ni sebenarnya juga berkualiti tinggi dan sesuai digunakan harian. Jangan terlalu terikat dengan jenama besar saja, korang kena cuba jenama-jenama lain juga. Manalah tahu setanding dengan yang korang selalu guna sebab keberkesanan dan kesesuaian produk dengan keperluan keluarga korang lah yang paling penting. Barulah boleh jimat tanpa korbankan mutu 

5. Tawaran Harga Rendah

Rancang pembelian berdasarkan bajet bulanan korang. Korang wajib pergi ke Eco-shop, sebab mereka tawarkan harga yang rendah berbanding kedai lain! Barulah korang boleh beli barangan keperluan harian dengan lebih jimat tanpa risau tentang bajet! 

Jimat Sebenar, Bukan Sekadar Iklan! 

Jimat Barangan Eco-Shop

Walaupun harga barang makin meningkat, bukanlah bermaksud kita perlu korbankan kualiti hidup. Dengan taktik berbelanja yang betul dan tempat membeli yang sesuai, kita masih boleh berjimat.   

Berikut adalah contoh barang yang boleh dibeli di Eco-Shop dengan bajet bawah RM30:  

Jimat Barangan Eco-Shop

Jimat Barangan Eco-Shop

Makanan: Danish Butter Cookies, Nissin Ramen, Swiss Roll, Cooking Spices  

Barangan rumah: Dish Washer, Sponges, Kitchen Towels, Storage Containers, Stationary, Cutting Boards  

Jadi, rancanglah dengan bijak dan tengoklah perubahan dan impak besar pada pengurusan kewangan bulanan korang! korang bolehlah tengok katalog diorang di sini untuk tahu lebih banyak tentang 500 jenama terkenal yang ada di Eco-shop!  

Pautan: Website | Facebook | Instagram  

Baca Juga: Kopi Lokal Kegemaran Korang, Gigi Coffee Kini Bersijil Halal!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close